07 June 2016

Stock LUX sebulan di rumah

Rezeki bila jadi blogger ni, kdg-kdg adalah rezeki yang kita pun tak jangka, semua datang secara mengejut dan terkejut. hehehe. Kdg-kdg pergi event free, kdg-kdg pergi event ada payment, kdg-kdg pergi event dapat product berkodi-kodi. Tapi yelah, tetap syukur kan, kalau kita pakai produk tu, untunglah kita, kalau tak pakai, leh sedekah-sedekah kat orang sikit sikit.

Haritu aku pergi event Koleksi Raya Jovian Mandagie, dorg bercoloborasi lah dengan Lux and Zalora, masa tu mmg dah dapat gift, dan kami diberitahu akan dapat gift dari Lux lagi, ok lah, tunggu punya tunggu, skali yang sampai, amik kau! segedebuk sekotak besar, dah lah sampai kat opis mak mertua aku, jenuh dia mengangkut kotak berat masuk kete. haha.


Office mak mertua aku mmg tempat kami pos barang, lol, sbb kat rumah tak de orang, so kalau kat ofis MIL aku, mmg kompom barang sampai, so tiap-tiap hari MIL aku lah tukang bawak balik barang kami, hari-hari ada barang sampai, sampai sume org dah kenal tu barang siapa. hahaha. Posmen pun dh kenal MIL aku. hahaha.

Tengok lah stock lux tu, gila banyak kan! mmg stock aku rasa makan tahun jugak ni, sbb kalau botol besar tu pun leh tahan 2 3 bulan gak, semalam aku dapat 3 botol besar, 6 refill pack, 6 botol kecik, botol kecik tu takpelah, senang nak bawak travel, botol besar tu leh pakai kat rumah je, nanti nak bawak balik Ipoh sikit.

Syukur kan! TQSM LUX! mmg terbaik, aku ingat lagi, lux ni mmg sabun aku guna dr kecik dulu kot dah ada, tapi dulu yang buku tu je. skrg dah ada shower gel segala.

Nak bagi tau korang, Lux magic spell yang purple tu kan, memang wangi sangat! mmg aku suka bau dia, long lasting gila, kalau lepas mandi, masuk balik toilet pun mmg bau melekat dlm toilet, wangi sangat. Tapi aku tak leh selalu pakai, sbb kulit aku akan jadi kering sangat nanti.

Tapi Ika kata yang Pink tu lembut, pink tu sedap gak bau, mcm softener, kah! tapi takpe, leh try, dia keringkan kulit ke tak. Korang cuba lah juga Lux purple tu, wangi tau! hehe.

ok lah, saje je nak merepek. bai! TQ sbb baca.

10 comments:

Farhain Azmi said...

bestnya dapat gift byk2 cmtu..jimat duit setahun beli sabun mandi.. hihi

Inani Hazwani said...

Tudiaa cukup ni stok sampai hujung tahun. Hehehe :D

::EIDA:: said...

andi pun sibuk pakai LUX aku !

Cik Puan Eka said...

eh eh ada nama iols plak kat situ ahahaha.

Serius sonok gak jadi blogger ni hahaha. Lagi2 dapat barang. 2 tahun lepas eka pegi event loreal. Minggu lepas kemas rumah, ada lagi 2 botol belom guna hahahahaha. Tak perasan langsung. Elok je terletak kat dalam paper bag. Nasib expired lambat lagi.

Trylah yg pink. Eka suka. Soft je.

mama tisya said...

untung la stok lebih sethn ni hehe...yg pepel tu mmg wangi..yg putih tu best gk yg merah tu tk pernh try

Farah Dafri said...

syoknya kak! boleh buat pesta buih *ops! hahaa :p

Mysara Ab Rahman said...

Banyaknyer.. best la. Purple n pink mmg wangi. Kte byase beli antra 2 tu. Kdang2 tukar putih ke. Tu pn wangi gk

qaseh dalia said...

Masa dok asrama dulu suka pakai lux , sabun dia ade bunga2 ros haha

Chekgu Azrine said...

Akk pun suka lux ..tp mesti pakai yg putih je...cuba la..series..sbb ramai xthu putih tu wangi sebenarnya. Bila dh pakai putih akk xbeli dh purple..pink pun not bad tau sis..xkenal maka xcinta..hahaha

Nurfaezah Abdullah said...

mintak satu hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...