Image and video hosting by TinyPic

16 June 2016

You Tuze - Application You Tube Untuk Kanak-Kanak

Video Untuk Merosakkan Minda Anak


Tak sangka entry lepas pasal Bahaya You Tube untuk anak-anak kita menjadi viral. Rupanya memang ramai parent yang perasan anak mereka leka tonton video yang tak senonoh gitu, mereka kaburkan mata kita dengan watak Elsa, Spiderman, Anna semua, padahal adegan-adegan dalam tu serius memang tak patut anak-anak kita tengok, mungkin mat saleh tak kisah pasal benda ni, tapi kita kisah, sangat kisah.

Smlm ada sorg mommy komen kat post aku, dia kata, mmg video-video mcm ni sengaja di buat dan di upload dalam agenda merosakkan akhlak anak-anak kita, nauzubillah. Aku memula tengok video tu, dalam hati terfikir juga, siapalah yang rajin sangat berlakon semua watak-watak elsa ni, kalau org org biasa mcm kita, ada masa ke nak berlakon watak tu balik, mesti takde kan, ni aku rasa mmg betul lah dorg ni mcm ada team yang wujudkan video mcm ni. Sbb banyak sgt kalau tengok kat youtube tu. bukan 1 2 ye.

Okeylah, kelmarin aku up entry tu, aku just meluahkan rasa, aku takde pun bagi cadangan solution mcm mana nk hide video tu kan, kalau aku senang, aku HIDE terus You Tube haritu, mmg Princess menangis lah sbb asal balik rumah je kerja dia tengok you tube, tapi kali ni BIG NO!

Aku banyak download je cerita-cerita yang dia nak tengok, skrg no more you tube, bg tengok video je, tapi bila dia nak sangat, aku bagi jugak, tapi bukan tengok cerita Elsa tu, mmg aku tak bagi, cerita lain takpe.

Tau tak, walaupun mcm mana kita hide channel tu, mcm mana kita clear history, mcm mana kita setting location untuk video Malaysia je, tapi video ' cilake ' tu tetap keluar, geram sgt aku ni! kita dah klik pada not interested pun masih lagi video tu kekal kat situ, something fishy sangat kan! Zaman akhir-akhir zaman ni, takde benda yang mustahil kan korang!

Okeh, lagi satu solution, tadi YB Shehan ada suggest install application You Tube Kids, tapi takde apps tu utk fon aku, tak support maybe, then aku godek-godek jumpa satu lg apps ni, YOU TUZE. dia lain dr You Tube sebab kita kena pilih, video apa je yang boleh add di dalam tu, video takkan randomly keluar sesuka hati.

1. Install application You Tuze


2. klik pada 3 titik belah kanan utk add channel


3. Taip channel apa yang korang nak add

4. dia akan keluar macam ni.

5. video pulak, taip nak video apa.

6. lepas pilih, hanya akan ada video yang korang pilih saja dalam ' folder ' tu, takkan ada video lain yang bukan-bukan, agak-agak anak korang dh bosan, korang buang lah video tu, add video lain, much better kan.

Hope sedikit sebanyak apps ni boleh control anak kita, ada masa kita bg dia tengok you tube, tapi secara secure, kita pilih apa yg dorg boleh tengok. Anak-anak skrg ni mmg kena control sikit kan, mmg tak boleh nak bg dorg explore sgt semua benda, semua kena pantau. Peringatan utk aku jugak!

okeh, bagi yang kata korang punya You Tube tak boleh HIDE, ni cara HIDE yang betul, nak uninstall memang tak boleh kan? so kita HIDE, mmg dorg tak jumpa dah.

1. tekan option dan klik Hide apps

2. pilih apps apa yang korang nak hide, nanti bila DONE, You Tube memang dah takde.

Ni sedikit perkongsian dari aku, mana tak betul, jom sama-sama betulkan, zaman skrg ni zaman menakutkan, semua benda menakutkan dan tidak di sangka-sangka betul x? Berjaga-jaga lah kita, semalam aku baca jugak pasal kes pedophile, tak sangka, baya-baya bapak kita pun ' suka ' pada budak-budak, pancing dr We Chat, then ajak keluar, pancing dengan duit. Budak seawal form 1 tau korang! Ya Allah. Picit kepala aku nak fikir.

Tak bagi anak fon pun masalah, bila bagi lagi masalah. Semoga keluarga dan anak-anak kita dijauhi lah dari benda-benda yang tak elok mcm ni kan. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. ya Allah..mekasih byk ra utk entry ni.. perkongsian yg sgt bagus utk mak2 mcm kita..

    ReplyDelete
  2. Tqvm for info. Laju2 gi buat skrg. Hehe.

    ReplyDelete
  3. xtau pulak pasal viral tu..tp sy pon sama, sy dunlod je katun yg anak suka tgk lepas tu pasang kat tv hihi

    ReplyDelete
  4. Wah laju rara. Hehehe.. Menarik ni. Nsb jmpk alternatif. Nak cari la You tuze.

    ReplyDelete
  5. tq atas info belum ada anak lagi boleh guna untuk anak2 saudara nanti

    ReplyDelete
  6. bagus gak ni memang kena pantau skrg,bahaya

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com