13 July 2016

AdikBaby dah mula tendang kuat!

Assalammualaikum, hai korang! aku dah masuk 17week rupanya, kejap nya masa berlalu. Patutlah bila tengok perut ni, mcm dah makin kedepan dah. hahaha. kalau baru lepas makan, lagilah memboncet, hahaha. Alhamdulillah, lepas ' sakit ' teruk haritu, doc kata baby tak de pape, baby sihat dan membesar dengan jayanya, lega rasa hati. Walaupun aku sakit haritu, segala vitamin aku tak tinggal, cuma skip je kdg-kdg sbb lupa, tapi obimin aku makan hari-hari, ubat tambah darah dengan pil calcium pun amik hari hari, yang nebes nya sebab bila aku gosok gigi, gusi aku darah sikit, maknanya aku kurang nutrisi lah tu. Skrg dok pulun minum susu banyak-banyak.

Aku makan pun takleh makan yang bukan-bukan lagi, ayam pun yg boleh ayam organik, lain lain aku tak try lagi, aku mkn ikan je dgn sayur, sedih mmg sedih, jemu, tapi nk buat mcm mana, nk badan sihat, kena lah struggle sikit.

Sebelum puasa haritu masa pergi cek baby, berat aku 66kg, cek sebelum raya, 65.5kg, lost 500gram, doc dah marah masa tu, ni semalam timbang kt rumah 64.9 kg pulak. Ampunnn, rasa mcm badan naik, tp rupanya turun pulak. Kalau g checkup mau kena marah ni. haha.

Tapi mmg aku tak nak gemuk sgt pun masa preggy ni, sbb masa princess dulu last berat aku 83kg, hahaha. gila lah dah mcm apa dah badan, kali ni nak maintain je, nt nak kurus x susah sgt. Asalkan baby sihat, membesar chubby bila keluar nanti. hehe.

Kali ni preggy aku x minat sgt minum manis, susu coklat pun kureng, suka masam-masam, makan pun nak yg rasa masam-masam, baru selera, kalau yg manis manis langsung tak lalu, masa princess dulu suka yg manis-manis. Aku tengok kek segala sebelah mata je. haha. Kalau McD ke, beger ke? lagilah aku tak lalu, bau maggi tu buat aku nk muntah. serius! pelik gila. padahal sume tu fav kot dulu.

Kali ni gatal-gatal aku makin menjadi-jadi, tetiba kan, akan rasa mcm merenyam je satu badan, kalau dpt garu, sedap sgt, sampai pedih-pedih bila mandi, kulit pun jadi buruk bila tengok, sedih je, tapi skrg aku tak menggaru dah, asal rasa gatal, aku g basuh dgn air sejuk, air panas x boleh, sbb nanti kulit lg kering, aku dah lah mmg jenis kulit kering. Then tiap kali lepas mandi, aku kena sapu losen, wajib! kalau kering kulit aku aku, perghhh mmg rasa mcm tertarik, tegang je rasa, tu yg buat gatal.

Lepas tu kan, adikbaby ni, masa aku bape weeks ke, dlm 3 bulan kot, aku dh rasa tau dia tendang, aku ckp kt doc, dia x percaya, tp aku dpt rasa. ni dah masuk 17week, bukan takat dpt rasa dia tendang, siap terbonjol lagi perut aku, hahaha. comel sgt rasa! aduhhhhh! lama aku tunggu rasa ni, finally dapat jugak merasa lg skali. Alhamdulillah, syukur sgt. Happy sgt!

mak aku kata adikbaby ni lasak, nanti kalau dah 7 8 bulan, mau lagi lasak. mak aku ckp, nt mst kami sakit bila dia tendang2, sbb skrg pun dh rasa kuat. selalu dia start tendang pagi-pagi, lepas lunch dengan tengah malam. hahaha. sbb tu bila dia diam masa bulan puasa haritu, aku risau sangat.

Now tetiba rasa mcm tazabar nak tunggu dia lahir, tazabar nk tau jantina, tazabar nak tengok reaksi kakak bila ada adik. hehehe. Baju baby brg baby sume aku tak beli lg, tunggu 7 bulan nt baru beli, baru lah excited kan! hehehe. Korang doakan aku dan baby sihat ye, doakan baby boy tau! Amin. hehehe.

Raya Pertama 16week.
Memang perancangan Allah tu tepat pada masanya kan. kami ni dalam merancang-rancang, tup tup dapat baby, alahai, tetiba rasa excited lain mcm, yang belum lg tu, aku selalu mendoakan korang, jgn putus asa okay! sampai masa Allah mesti bagi, InsyaAllah.

17 comments:

Cik Ash said...

terimA RARA... harap ekin dapat lalui macam ni gak suatu hari nanti

CikNaa said...

adik boy lah tu. tu sebab kuat sangat tendang. hihi..

idzwa kamaruddin said...

sama la tak sabar nak tunggu kemunculan adik baby !

shalimar yusof said...

semoga Rara sihat2 aje lepas nii,,,adikbaby jgn buli ibu yeaa..xlama dh princess nk jd kakak...

Jueliza Jamani said...

jue plak suka giler manis2.. hahaha..

Ekin Jamal said...

rindu kenangan nie
tp nnti dulu
lambat lg
huhu

Normi Nieza said...

semoga dpermudahkan semuanya rara..

Nazlee Ismail PCL said...

Bestnya nk dpt baby lg.. tahniah korang. Tumpang hepi.

nurul harnani kasmari said...

Jaga diri rara. Semoga sihat dan ceria selalu. Salam perkenalan.

YieN said...

Hadoiii rindunya moment ni lagi, hehe..!

nuyui a.k.a miss YUI said...

inshaaALLAH moga dipermudahkan semua ya kak..

ArELeEz said...

tq for the doa. i pray for u & baby too..! aminn..

Umiesyahida said...

Hihi..comey je kan bile rse 1st tendangan tu..

Yana Libra said...

awal dpt rasa ye..moga semua ok2 :)

Inani Hazwani said...

In sha allah baby dan kak Rara sihat sihat selalu :)

qaseh dalia said...

take care kak rara .. moga adikbaby always sihat .. jgn tendang kuat2 sgt tau , cian ibu hikhik

Sheila Salim said...

Assalamualaikum rara. Normal 2nd time pregnant kita senang detect baby menendang awal. Hehehe bestnya.. semoga dipermudahkan ye rara. Ubat jgn culas. Mkn lah yg sihat2 utk awak & baby. Tak sabo tgu kawan baru Umar keluar.. due tahun ni kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...