31 July 2016

First Time Beli Handbag di Lazada

Hai korang, saje update sementara tunggu pavlova sejuk dalam oven, nak cerita pasal Lazada. Percaya tak aku tak pernah beli barang kat Lazada? Mesti lah tak percaya kan. Hahaha. Tak silap aku sebelum ni aku pernah beli. Aku beli penimbang digital. Murah. Rm25 je, lazada kan suka buat offer yg gila gila. Tu yang malas terjebak dengan lazada. Dia sengaja je lalu iklan barang murah murah depan mata, geram sangat aku. Hahaha.


Lepas tu, yang bestnya, haritu tengah layan layan FB, nampak 1 handbag ni, eh tetiba aku perkenan sangat. Aku jarang lah beli handbag kat online, selalu beli kat Zalora je, sbb percaya dgn zalora. Kali ni try lah beli kat lazada plak, murohhhh plak tu. Kaler biru plak tu. Eh beli jelah. Hahaha.


Dulu dah keluar design handbag mcm ni, dulu dulu masa aku muda remaja punya design, skrg dah keluar balik design ni, aku perkenan gak handbag Sometimes ( niko niko ) tu, tp sebab aku tengok dorang berebut perang depan pc. Aku malas lah, aku dah lah cepat nebes, kang mst x sempat nak beli. So lupakan hajat. Tetiba lalu lak iklan handbag ala ala niko niko, ok jadiklah. Mak beli sebijik. Hahaha. Brand Mango je.



Bila aku post kat fb, ramai lak suka handbag ni. Ramai gak yg beli lepas tu, lols, sama lah nt handbag kita yewww. Haha. Kak Haiza Sofi pun beli, tp tup tup sampai lain dr yg dia order, sampai beg petak. Brand mango gak, kaler biru, ich mcm beg zaman dulu, sian kak Haiza. Last last dia report balik, so lazada kata tak yah return, dia bg je sekali lagi voucer rm48, then beli balik handbag tu, huntong huntong. Hahaha.



Yang kes aku plak, beg aku x sampai sampai, aku dh biasa beli kt zalora, harini oder, esok trus sampai, ni aku tunggu punya tunggu punya tunggu tak sampai sampai, risau lak, bayar sume dh ok. Last last aku anta email kat cust service dia, dan dan tu ckp barang aku akan di shipping. Lols. Baru nak hantar lepas 3 hari? Sabar jelah aku. 

Tu yang semalam ( jumaat ) baru dapat handbagnya, Sabtu harini nak g beraya rumah Ros Anis, aku melaram lah. Hahaha. Kemahen kan! Eh ntah lah, aku suka pulak dengan warna biru skrg ni, sesuatu sangat kan!!! Sume benda nak biru. Pink jarang sgt aku nak beli skrg. Biru handbag ni pun biru lain tau, nak kata cair tak cair, nak kata pekat tak pekat, mcm warna kaler luna. Hahaha. Luna pon bolehhh. 


Tp okay lah, kualiti okay jugak, xde lah low sangat, mcm ros anis ckp, dia pernah beli handbag kat Lazada. Tp kualiti teruk. So dia return balik. Aku ni okay lah, rezeki kan.

So melaram lah mak dengan handbag biru mak, kemahen, abaikan muka x makeup tu, hahaha. Sampai lambat rumah ros anis, terus Zohor, bag makeup lupa nak bawak naik? So togel lah muka mak. Lols. Nasib sempat snap pic pakai makeup, aku skrg tgh sibuk suka style makeup muka kilat kilat tu, kemahen kan perangai sejak preggy ni. Hahaha. Melaram sesaja. Nak nak skrg geng gojes pon sibuk buat team makeup, mak mmg suka lah bila ada geng. Dulu takde geng. Haha.

Ni muka makeup kilat kilat, tp mak tak pro lagi, nak beli foundation yg boleh buat conturing tu, tazabar lak rasa, nt dapat lah muka runcing. Hahahahah. Tadi beli lg 1 lipstik kt mak mimi, Anastasia mcm ciknaa, kaler peach peach, lawaaaa. Nanti mak laramkan ye. Haha. Sekian bebelan, jom tido yuk.

6 comments:

Mimi Azirah said...

Akak pun tak pernah shopping kat lazada...selalu beli kat zalora aje

Chekgu Azrine said...

Akk berkenan yg niko2 tu jugak tp biarla dulu...rasa mcm xperlu handbag baru..yg lazada ni saje je beli...sbb rsa mcm comel je

Rosmiza Ali said...

Tak pernah lagi shopping kat online.. Risau kualiti tak bagus.. Huhu~ Eh, samela kite.. Sejak2 preggy ni giler nak melawa kemahen ni haa.. Kihkih! Tapi kite hujung2 pregnancy ni baru giler.. Awal2 hari tu x lalu nak membela diri.. Kemabukan.. Tskk!
RosmizaAli.Com

KakLong said...

LAwa la warna biru tu..
Mengancam gitu...

Syira Lokman said...

lawanyaaa bag diee.. selamat malam..syira lokman singgah sini nak bisik bisik...hehehe..nantikan giveaway di blog syira lokman tau ! tak lama je lagi..tunggu :D

mama tisya said...

tk pernh shopping lazada, zalora or mana2 online kalo melibatkan brg2 yg nk kena belek2 dlu..kdg2 tgk katalog lain...dpt lain...hehe...tp beg rara bli tu dlm gmbr mcm blueblack..in real cerah skit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...