21 July 2016

Kenapa nak sibuk hal orang lain?

Kadang-kadang kita bukan nak sibuk hal orang, tapi bila orang tayang apa yg dia ada, apa yang dia lakukan, kita pun tetiba jadi teringin nak tahu, kalau dulu zaman takde IG, takde FB, tak tahu hal orang xpe, ni dia yang tayang, so kita sibuk lah nak tahu.

Kalau orang tu pakai makeup cantik, kita tanya dia, beli kat mana? jenama apa? murah ke mahal? mampu ke kita nak beli, gittew~ sbb kita pun nak cantik jugak. Sama-sama share info. Pasal kesihatan anak-anak, lagi lah kita lagi nak jadi penyibuk, kalau anak dia sihat, kita tanya dia, apa tips dia, cara dia jaga anak, cara pemakanan dia, kalau anak dia sakit, mcm mana boleh sakit, punca sakit, supaya kita boleh berhati-hati, gitulah kehidupan kita hari-hari.

Macam aku, aku cr duit, baking, buat semua benda, ada je org yg PM aku, tanya itu ini, hahaha. sampai ada orang tanya aku " kenapa nak cari duit banyak-banyak? kenapa gigih sangat kerja? " hahaha. Nampak tak betapa kepochinya org disekeliling kita, ( yelah tak semua ) hahaha. Tapi ada.

Aku cari duit sebab nak mudahkan hidup aku, andai kata aku sesak, aku ada simpanan, andai kata aku nk beli apa-apa, aku ada duit sendiri, ( tapi aku kedekut sikit ) hahaha. Kalau family susah kena mintak pertolongan, emergency, aku boleh bantu sikit-sikit walau tak banyak,tu motif aku. dan aku nak anak-anak aku ' selesa ' tak terlalu mewah, tak terlalu susah. Biar orang tengok, baju kemas, makan cukup, semua cukup. Itu matlamat aku. ( dan masih berusaha nak jadi perfect ofcourse ).

Aku jenis suka tengok kehidupan orang, kalau dia cantik, bahagia, hidup dia bagus, aku jadikan inspire, aku tak kata nak jadi mcm dia, tapi aku nak dia jadi pemangkin hidup aku. Tapi bila orang tayangkan hidup dia bergitu-begini dalam IG dan Fb dia, kita mesti tanya, kenapa dia buat mcm tu, kenapa kehidupan dia mcm tu, sbb yg dia tunjuk hanya gambar, tak menerangkan apa-apa, mcm aku ckp tadi, org kita ni kepochi. hahahaha.

Tapi yelah, sape lah kita nak sebuk hal orang kan, kang hidup dia ok ok je, kita pulak yang sibuk nak menanggung dosa. Ich ntah hape-hape je aku ni. Jenuh pulak nak PM mintak maaf kang. Tak pelah, teruskan dengan hidup kita, lepas ni ingat safura! jangan sibuk hal orang, even org biasa ke artis pun jangan. Kalau nak sibuk pun, sibuk hal yang baik baik je. hehehe. Nora danish nak kawen tahun ni kan? teruja nyaaaa! hahaha. Nak tengok baju dia, mesti meletops! lols. Aku pun skrg dah banyak berubah #ehh, dulu blog ni sibuk hal artis. Pandai-pandai je nk judge orang, tp skrg aku tak nak dah, risau aku kat akhirat nanti. Slow slow nak delete nanti.

ok lah, aku baru lepas breakfast ni, mkn nasi lemak, hari hari nasi lemak dgn sambal, telur tak leh makan, ayam tak leh makan, kacang tak leh makan. ermmmm. tak pelah Safura, janji sihat. Jap lagi nak pergi beraya rumah ex-boss aku. Mintak-mintak ada Soto. #ehh. aku teringin nak makan soto, tapi nak yang org buat, xnk sendiri buat. Air tangan orang lain rasa sedap sgt! pelik. hahaha.

Saje je tayang brownies, nak order, PM eh. kihkih. Order next week masih dibuka. lols.

6 comments:

Normi Nieza said...

tgk brownies tu terliur sgt..tp jauh nak order..:)

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

mama tisya said...

Dapnye tgk brownies tu

achiek anis said...

Kan..dh ko tayang org nk tau la..hihi..ku pernah tye jgk tp jawapan diberi ala beli kt kedai la..ok la..iols ni org kmpg..xpndi shopping2 sgt...ko tak sebut specific kedai mau jenuh ku nk round satu KL nun...btw gitu la ragam kehidupan

ameris said...

lifestyle dulu & skrg dah jauh beza kan raaa

Love Razila said...

sedapnya brownies itu....suka.
Nak order tapi kene tunggu gusi yang bengkak ni baik dahulu baru boleh makan if not...puasa jelah =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...