Image and video hosting by TinyPic

19 July 2016

Resepi Lala Kamheong Yang Sedap Gila

Resipi Lala Kamheong


Masa kat Ipoh haritu, kami kan lama cuti raya kat Ipoh, laki aku pergi pasar pagi tu amik stock ayam utk masa rendang pagi raya tu, aku ingatkan dia amik stock ayam je, rupanya pergi beli barang basah lain lagi, aku rasa laki aku kalau pergi pasar, memang kalah aku, sume benda dia nak beli, aku tak tau lah kalau kami duk rumah sendiri nanti, mau penuh peti ais. hahaha. Dia mmg suka beli barang basah, dan kalau beli tak reti sikit sikit.

Tetiba balik rumah, dia cakap, dia ada beli lala, nak masa Kamheong. haha. Aku kalau balik Ipoh mmg keje aku memasak, certain certain menu je mak aku masak, sume nak merasa air tangan kakak kekdahnya, lols.

so menu bukak puasa last ramadhan haritu terjadi lah seketul lala kamheong, senang je nak masak ni, pejam mata pun boleh, mcm mana rasa dia? ermm pedas-pedas rempah-rempah sikit, mkn dia saja dgn nasi panas pun dah sedap, tapi aku tak makan lah, masih pantang seafood lg, rinduuunyaaa nak mkn seafood. sobs.

ok meh nak share resepi.

Resepi Lala Kamheong

Bahan-bahan :

300 grm lala (dicuci & ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk) - Tak bubuh
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara-cara :

- Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.

- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih.

- Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati.

- Tambahkan garam serta gula secukup rasa.

- Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Kalau nak pedas, tambah cili, lagi pedas lg sedap. Nak ada kuah, tambah air sikit, jgn banyak tau! lg best! ermm selamat mencuba korang! sedap tauuu! tak yah makan kt kedai, mahal. hahaha. lols. Kredit resepi tu hanguskualisaya.blogspot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Favourite!!
    Hrtu mengidam nk makan ni.. tp smpi sudah beranak tak jmpa. I ol pggil ni retak seribu.

    ReplyDelete
  2. Baca resepi je dah terliur...huhuhu

    ReplyDelete
  3. wah..terliur la Ra..makan saja ni pun sedap..dulu kalau beli lalal ke kerang ke memang tak makan dengan nasi.kami anak beranak ratah je..

    ReplyDelete
  4. Tengok gambar pun dah nampak dan terasa-rasa je kesedapannya

    ReplyDelete
  5. Nampak sedak.. resepi pun mudah.. boleh cuba ini..

    ReplyDelete
  6. Tengok gambar tu pun dah kecur ailio. Hahah. Mudah aje kalau tengok resepi ni, nanti boleh lah cuba. Heheh :)

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com