Baju Raya pun kami tahun ni sedih sangat, sangat carca marba, laki aku tak nak beli baju melayu, dia kata takde mood sbb aku tak sihat, makanya mmg kami takde lah baju raya, papa pakai Kurta yg nenek belikan ntah tahun bila, tak pernah pakai, aku last minute beli kat times squre, Princess lak aku belikan kat pokoks.com je. Tu pun masa baju sampai, singkat pulerrr, nasib lah boleh tukar, ngam ngam sampai 30hb. Aku punya lah nervous nak mampus masa tu. Aku sebenarnya nak jalan lama lama sangat pun tak larat, jalan 30minit pun dah mengah, haha. Padahal baru 16w. Haha. Laki aku gelakkan saje aku. Hampeh.
Tahun ni aku dgn adik aku Raya Ipoh, so kami ramai-ramai lah kat Ipoh tahun ni, seronok sekali skali lepak skali, yg paling happy mak aku lah, mcm mcm nak masak utk anak anak, sampai kami tak larat makan lah. Sebenarnya tu lah kan, raya ni bukan anak anak je happy, mak ayah pun happy sbb anak anak semua balik kan.
Pagi raya as usual, lepas dorg balik solat Raya, makan makan, mula lah majlis salam salam. Masa ni lah paling sedih. Meleleh air mata. Aku sebak sgt sbb mak aku lah, penat jaga aku bulan puasa ni. Melayan kerenah aku. Sebak sgt rasanya, bersalam dengan laki aku, mengejek aku je kerjanya, aku nangis dia buat muka. Ngader! Hahaha.
Lepas bersalam, pergi beraya rumah sedara mara, ptg dah balik, panasnya Ya Allah, Allah je tahu, balik rumah semua terbongkang tidur tak sedar diri. Haha. Penat sgt kekdahnya, penat makan pun sama, aku masih pantang makan lagi, tak boleh makan sembarangan yg gatal gatal.
Hari Jumaat ni aku gerak balik Gua Musang jap, adik aku pun dah nak beraya dengan mertua dia pulak, sekejap je rasanya kan, dah masuk kerja balik. Moga moga aku terus sihat lah, lepas ni cuti lama sbb bersalin pulak. Hihi.
Ni baju yg beli kt pokoks.com tu, aku suka baju pokoks ni, berbaloi lah beli dgn harga tu, kain dia sedap, asalnya amik size 4y tapi singkat dan ngam ngam sangat dengan princess, last last tukar 6y, baru lah sedap nampak dia pakai. Lega rasanya. Tahun depan leh beli sini lg kalau design lawa. Hehe.
Our 1st Raya family photo, kul 11am dah panas. Tp tetap bergambar, happy sangat! 1 happy sbb dh sihat, 2 happy sbb dapat beraya beramai-ramai. Alhamdulillah. Ketuk ketuk ramadhan. #ehh. Hahaha.

Salam aidilfitri Rara n family moga terus diberi kesihatan yg baik2. Salam dari kami.. pcl raya kat Sg Petani umh mertua. #bajukamipuntaksedondon :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin (:
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga terus sihat sihat okey dik.
ReplyDeleteMeriahh ! Selamat Hari Raya kak Rara. Moga lebaran kali ini lebih bermakna :)
ReplyDeleteTetiba je kau ketuk2 ramadhonnn hahaaha
ReplyDeletexlarat pun tetap semangat!!
ReplyDeleteMak berseri sgt tau..take care tau wehh..nnt aku dtg kl aku roger ehh..
ReplyDelete