06 August 2016

Ariani Square Series Idaman Hati dan Foundation best!

Lama dah sebenarnya aku perkenan Tudung Ariani Square series ni, aku suka sbb satin, kilat kilat, corak plak sweet je, warna pastel pastel, memang tergoda habis. Tapi sebab tak sihat nak dekat 3weeks masa bulan puasa haritu, so aku pendam kan hasrat, masa Raya haritu, kemahen deme melaram tudung arini ni, jelesnyaaaa. Jelesnyaaaaa. Tp sabar lagi, sbb aku fikir mcm aku nak kemana beli tudung, mcm xde event penting sangat untuk beli tudung baru, tp last last aku beli jugak, sbb tak tahan hari hari duk belek IG Galeri Ariani tu. Huaaaa. Pas tu bila tengok kwn kwn pakai, kakak kakak aku pakai, semua nampak lawa, semua nampak malatops habis ahhh!! Xleh tahan lahhh. Terus g beli jugak. Lantak lahhh. Ingatkan mcm nak pergi esok ( sabtu ) tp nanti xde sape nak teman lak, xpelah, trus ajak Ida Baharum teman. Kebetulan dia order brownis kat aku, so culik terus lah.

Kisah culik ida bukan takat situ je, boleh pulak budak ni kena pergi Kajang last minute, nak tak nak aku kena gak keluar sbb nak delivery Mini Pavlova kat Maju Junction nun, so redah je, lepas tu terus g Jakel mall, sorang sorang pun aku jadi, pedulik! Then ida baharum datang Jakel mall, hahaha. Cepat pulak dia sampai, rezeki nak shopping sama sama khennnn. Hahaha. Tp ida tak terpengaruh dengan aku, kebal betul budak ni! Hahaha.

Finally, nak dekat sejam aku kt situ, 2 design ni jadik milik makkk. Hahaha. Bukan senang nak pilih hoiii. Aku paling benci bila kena buat pilihan, x suka! Nasib aku x rembat 3 helai, sabar safura sabar! Next kita try DarabyFathia plak lah. Buat apa beli banyak banyak. Lols. Budak yg intertain aku tu tabah sungguh, semua design dia bukak untuk aku, tolong pegang, tolong pilih, hahaha. Tq dik!

Banyak sebenarnya lawa, tp bila dah kt situ, mmg rambang mata wei, harga Square series ni baru Rm89, kalau tak seratus lebih x silap aku, walaupun satin, tp senang je bentuk, elok cantik terletak, kain tebal dan sejuk, mmg puas hati! Aku suka!!! Tazabar nak pakai. Hahaha. Jgn risau, dia bukan satin yang licin tu, eh aku siap beli inner ala ala dato Siti tu tau, choiii sangat perangai. Haha.


Ada je design lain, che ta punya, instant shawl, tp aku x minat sgt. Kenan yg satin ni je. Dulu aku tak ikut sgt ariani ni, skrg je terjebak sbb satin punya design ni, aku suka lah design sweet sweet gini. Kofkofkof.

Lepas tu pergi Sunway Putra Mall pulak, satu jalan je sebelum nak hantar si Ida Baharum ni balik, dia nak beli makeup katanya, tapi aku yang over masalahnya skrg, aku sebenarnya mmg dah lama nak beli foundation, sebelum ni aku x pakai foundation tau, lols, pas tu rasa mcm teringin nak pakai foundation, so terjebak beli Golden Rose punya foundation.


Golden Rose ni product dr Turkey tau, dulu aku pernah buat 1 entry pasal Golden rose ni, korg cr lah eh. Haha. Tp product golden rose ni mmg best sgt! Aku beli foundation ni yg paling murah, rm35 je. Then aku beli pressed powder, nak beli loose powder asalnya, tp xde, beli pressed powder pun boleh lah, mcm aku ckp td, ada yg mahal dan lg cantik, tp aku yg murah je. Haha. Rm27 je. Bila pakai mmg nice je dia blend. Then conceler utk tutup mata lebam, haha. And eye shadow Rm20, total baru Rm105. Murah je kannn. Tp best.

Aku kalau lipstik ke, eye shadow x kisah beli yg murah, tp kalau bedak, foundation x berani sikit, sbb kang muka aku mst naik bintik bintik merah. Tu risau, biar beli yg betul betul product yg tau asal usul. Nak tau x eye shadow tu sebenarnya aku nak buat apa? Aku nak jadikan blusher. Baru lah pipi nampak kilat kilat gittew. Lols. 

Tengok aku punya x betul mcm mana, mlm mlm dok gatai try brg yg aku beli tu, ntah kenapa lah addicted sgt, banyak sgt tgk you tube, ni lah jadinya. Hahaha. Aku tgk sibuk cr skill utk tutup kening aku yg bersepah sepah tu, dh jumpa cara dia, tp still kena belajar lg. Sbb bulu kening aku jenis tebal gilaaa. So susah nak cover. Makeup sebelah je woi sbb sayang foundation. Hahahahahaha.

Ni siang td masa kenduri yaya natcumi, dah rasmi dah weiii tudung Ariani aku, rasa bergaya sangat mak! Sbr jelahhh. Satu je nak bgtau, besh sgt tudung ni. Sukaaaaaaaa. Nak suh papa banjer selai lagi lah. Hahahaha. Okeh dah lah. Nak tido, sebenarnya perenggan atas tu dah karang semalam, perenggan bawah ni karang malam ni, smlm tgh tgh taip, terlelap pulak. Hahahahaha. Nak tgk video makeup x? Nanti aku buat. #errrr bila tu tak tau. Hahaha. Nite! Muahhh.

7 comments:

Inani Hazwani said...

Kak Rara sekarang ni tetiba Nani pulak rasa nak pergi beli Ariani sehelai. Hahaha ! Cantiklah pulak :D

emalin mohd said...

Cantik tudung tu. Rasa macam tengah in je corak tu. Baju pun ada banyak corak macam tu kat Jakel

Yana MIB said...

cantik corak tudung tu..tp mcm x berani pakai satin..sbb bila time mkn tudung pn join mkn sekali...LOL! serik oke! >_<

apesal xjmpe ko kt kenduri yaya??

YieN said...

Cantik Ra.. Cantik sangat.. Seri ibu preggy :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg cun tgk akk pakai tudung tu..

::EIDA:: said...

aku memang kebal kan!!! ko je yg terjebak ngan aku HAHHAHAHAHHAHAHA

Bila Hati Berbicara said...

rara...kita ada jual gak square serie Ariani tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...