26 August 2016

Beli Makeup di Lazada

Salam Jumaat korang! kejap je dah jumaat, ritu aku cite aku beli brush kabuki kat Lazada kan? dah sampai dah, yeay! aku amik free shipping, so lambat sikit sampai, tapi okay lah, ETA 22-25hb, tp awal lagi dr tu dah sampai. Sejak suka beli barang kat Lazada ni, banyak gila iklan keluar pasal Lazada, itu lah ini lah, geram betul aku.

Dorang tanya, brush tu okay ke? apa material dia, okay sini nak bg tips beli barang kat Lazada, idok lah tips hebat sgt, tipsnya simple je, sebelum nak beli, rajin-rajin scroll bawah sikit, baca description dia, then tengok feedback dia. tengok komen komen cust sebelum ni mcm mana, tengok lah komen yang boleh dipercayai sikit, aku sebelum beli yang ni, banyak jugak aku baca komen, tapi last last aku beli set kabuki ni sebab ramai komen kat situ, Brush dia best, lembut sangat, yang lain punya brush ada yg bagi feedback tak best.

Lagi 1, korg kena rajin belek barang-barang kat lazada ni, jangan main beli je, sbb kadang kadang ada jugak barang yg sama, tapi harga lagi murah, sbb lain-lain ' kedai ' kan, so ada yg tawarkan harga lagi murah, mcm brush aku ni, aku beli rm26, ada yang dapat rm11 je, choii. hahahaha. Tapi takpelah, dah rezeki aku mcm tu kan. hiks.

Aku tak test lagi brush ni, tp dah pegang, mmg sedap sgt, lembut gila bulu dia, ada 1 brush tu mmg comei sgt, kecik cinonet je, utk blusher kot. rasa nak campak-campak je sebab geram. HAHA. Lagi satu aku beli set contouring tu. Gaya mcm pandai sangat guna kan, beli set gitu, padahal idok pandai, tapi xpe, nanti kita belajar kat You Tube, hahaha. Set tu aku beli pun sbb Rm5.90 je, siap dpt brush, ko ghase? mana dapat tempat lain, dia tak besar sangat tau, potion dia pun sikit je, tp okay lah, kena dengan harga.

Lepas tu aku beli highlighter, kemahennnn nak kilat-kilat muka, hahahaha. Silap silap kang jd opera cina. lols. Laki aku kan, sebenarnya dia x suka aku makeup beriye mcm skrg ni tau, dia kata tak cantik. HAHAHA. dia kata muka aku jadi hitam, padahal aku tak lah hitam mcm tu kulit asal aku. Aku rasa kaler bedak dan foundation aku beli salah lah, maybe aku beli sama dgn kulit aku, bila blend blend, dia jd gelap. selalu kalau tengok video makeup, dia akan pakai foundation yang cerah dr kulit dia, bila blend baru jadi cantik, x nampak gelap. Ermmm nak shopping lagi ke cm ne ni. hahaha.

So korang nak beli brush ke set makeup ke, boleh lah korang beli kat Lazada, no worries so far, ada jugak lah barang yang tak ok, tapi yang penting, korang baca dulu komen-komen cust yang pernah beli sebelum-sebelum ni okay. Banyak yang unbranded item kat Lazada ni, sama mcm kat online-online shop tu, tp lagi murah.

oh, aku nk update pasal recipe Besgetthi Princess ni, sok lah eh, asek lupa je, tiap kali aku masak, tiap kali org mintak recipe, hehehe. tunggu tau! Senang kacang goreng jeww~ ok lah baiiii~ Skrg tengah addicted buat photobook pulekkk~ hahahaha.

8 comments:

Izzati Suhaide said...

ok kak rara..terima kasih..anda sudah buat saya tergoda..hahaha..nak beli jugakss la..hikhik

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui xde bulu bulu ni psl x reti makeup. tkpe t nak bljr..eekekek

Chekgu Azrine said...

Nti nk order kt mak syamimi berus tu...

Busyra Bt Takiyudin said...

bnyknya brush.. bestnya.. hehe.

Yatie Owner said...

harga tu memang mengoda untuk mendapatkannya :D

εïзmummyHazaεïз said...

Dah lama x make up :) Kena terjah lazada ni.. Comel jek brush tu

Inani Hazwani said...

Kak Rara banyak betul share pasal make up lately ni. Hahah ! I loikeee :D

yanie yusuf said...

Amboi patut makin cantik rara..


Jom join Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com. Klik : http://yanieyusuf.com/2016/08/fabulous-four-terbaru-dari-dominos-pizza/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...