17 August 2016

Borak Kosong Hari Rabu

Hai korang, harini dah Rabu ye? sok dah khamis, apekah apekahhh! hahahaha. Aku sampai org order Pavlova pon aku lupa dah, aduhhh seyes tak sempat, semalam aku pergi pos segala barang cust, penat gila, bertapa 2 jam kat pej pos gara-gara tertinggal cop, kena tulis sume alamat sendiri, alamat aku, alamat cust, mmg nak gila jap rasanya, hahahaha. Balik semalam ingat takde nak buat apa, sekali Laki aku kata, Brownies kat Cafe dah habis, errrrr, okay lah, buat sebiji lah, pas tu si Anez Zamri pun rupanya tak lepas lagi ngidam, dah lah 38w dah, risau pulak aku, buat sebiji untuk dia, pos ke Teluk Intan Perak, hebat tak, brownies aku boleh pos, guna pos laju je pon. hahaha.

Lepas tu si Yatie pun wasap, nak brownies, nak bawak balik Ipoh, dia ni mmg peel dia lah ni, asal teringat terus wasap nak brownies. hahahaha. nasib selalu dia lucky, sempat lah aku buat kan utk dia, then dia nak 1 yg small untuk birthday, lupa lak tny dia ni utk besday sape. hehehe. So settle bab brownies, pas tu adik ipar aku pulak msg, katanya Pavlova kat Cafe pulak habis, alamak! tak dapek nak nolong, kul 11pm mak baru nak melurus pinggang. skrg dah x larat sangat nak diri lama korang, lenguh rasa kaki.

Harini, g pos brownies Anez, then hantarkan Munafie kak amy ke SSM, alang-alang hantar, kak amy ajak makan mee udang, kak amy nak banjer, aku dengar mee udang, laju jelah, nk g makan kat kak Laila jauh sangat, susah nak pergi sana. Borak borak dengan kak amy, kul 1pm kak amy dh nak masuk opis, sian kak amy kelam kabut sbb aku sampai lambat, parking xde hooiii. hehehe.

Dah lah kak amy banjer mee, banjer lagi kuih, banjer lagi parking, adehhhh, wahai kak amy ku, nape lah baik sangat, ntah bape rm lah mee udang tu tak tahu, air lagi, semoga kak amy murah rezeki tauuu! Enjoy Jepun bulan 10 ni okay! sy doakan selamat pergi dan pulang, Happy for u! Doakan sy sampai Gunung Fuji tu jugak! lols.

Aku dan selfie mana boleh di pisahkan, semalam aku ada update entry pasal SUSUK MODEN HALAL, Bedazzle Diamond Serum yang best tu, korang g baca okay! memang best serum ni, aku bukan puji sbb aku review, tapi aku puji sebab dia mmg best sgt korang! serius, mmg rasa perubahan kat kulit, plus rasa kulit mcm cerah sikit. Flawless of-course lah kan!

Pasal Imann Sophea pun lama tak cerita, budak ni mcm biasa lah, kalau cakap mmg dah mcm org tua, hari hari excited nak jumpa adik, hari hari ckp adik dh besar ibuu, kalau g klinik, dia paling excited sbb boleh tengok adik. hehehe. Ibuu happy bila tengok kakak Happy, tp kakak jgn buat perangai sgt ye. ibuu babap kang. hahaha. pape pun ibuu sayang sgt kat kakak.

Adik baby pulak dah 22w, kejap nya rasa, adik baby Alhamdulillah membesar dengan jayanya, baru baru ni masa balik kelantan, air ketuban mcm leaking sikit, but semuanya okay, dah pergi cek doc kelmarin, doc kata air ketuban cukup. Adik baby pun dah cukup sifatnya, Alhamdulillah, aku rasa sume dah boleh teka baby apa ni, hehehe. aku tiap kali tengok adik baby, aku rasa sedih nak nangis, ada 1 nyawa lagi sedang membesar dalam perut aku, dah lama aku rindukan rasa ni, dapat jugak aku rasa lg skali.

excited dia sama je mcm mengandungkan kakak dia dulu, tak tau nak describe mcm mana, tp happy sgt, tapi adik baby aktif, kuat gila tendang, dr pagi main je kerja dia, hehe, tp xpe, ibuu suka. tu pic paling latest, isnin haritu, nampak dah pipi, tangan, kaki, hidung, nampak cam mancung sikit hidung tu. kihkih. Ibuu tak kisah lah awak ikut muka sape, asal kan awak membesar dengan sihat dan dijauhkan dr sebarang penyakit, membesar dengan sihat sampai lahir, sampai besar nanti, Amin.

Nanti aku nak share apa yang aku minum sepanjang aku preggy, tapi kurma still xleh telan. haih lah safura.

ok lah, habis dah bebel, balik ni nak beli barang baking, sume dh habis, mlm ni nk buat 2 biji lagi Pavlova XL, hope semua okay! Amin. Bai korang! luffchaaa ♥

4 comments:

Eny Abdullah said...

Ya ampun Rara, igtkan hr ni selasa.. hahahahhahaha.. nasib baca entry ni... sedapppp mee udang!

Inani Hazwani said...

Sedapnyaa brownies, mee udangg !

ameris said...

adoiii rara oiii... detail lak dia citer. tq raa munafik sgt sedap dipakai. renda2 tu buat akak rasa auuwww sgt tau.

Nory Zoulkefle said...

alahaiii tetiba kite pon termengidam brownies Rara..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...