03 August 2016

Peel Mengandung Kali Ni ( Suka Benda Cantik )

Aku tak tau lah kenapa mengandung kali ni, ye sebelum mengandung pun memang aku suka benda cantik, tapi masa mengandung ni, aku lagi sukakan benda cantik cantik dan obses nak jadi cantik. hahahaha lols. cantik ke masalah dia skrg ni?

Dulu sblm pregnant, aku malas makeup tau, seyes, pergi mana-mana malas gila makeup, sbb sejak pakai TATI ( masuk kotak ke 4 ) aku rasa kulit muka aku dah tak kusam, cuma mata je ada lah dark circle sbb tak cukup tido, tapi aku rasa okaylah, confident nk keluar tanpa makeup. Tapi masa preggy ni tak boleh, nk keluar mst kena makeup, mst kena nampak cantik, dan skrg pulak geng mak gojes sume tengah addicted pasal makeup, so aku ada geng, kemahen membeli lipstik lah, brush lah, mcm mcm lagi, padahal sblm ni tak amik port pun, sibuk sume nak makeup mula glowing-glowing. haha.

Tau tak, aku jenis kalau beli barang makeup contoh : lipstick ke, lip cream ke, eye shadow ke? aku takkan beli lebih dr 1, aku akan beli, guna sampai habis dan baru beli lain, tp kali ni, mcm suka nk beli banyak-banyak kaler, suka nk pakai, eye shadow pun aku beli yg mcm mcm kaler tu, salah 1 nya mcm dlm pic kat bawah ni, tau tak aku beli ni kat mana? kat kedai Rm2 kat Ipoh. hahahahaha.

Eh korang jangan pandang rendah kat eye shadow ni tau! hasil dia WOW sangat, mcm eye shadow sephora yg aku beli seketoi Rm45 tu, sama hasil dia, long lasting gak. best tauuu! ada jugak org ckp, xde effect apa apa ke? so far aku pakai okay, kihkih. Nanti boleh beli set kaler lain.

see, eye shadow sephora aku tu pon dah robek separuh sbb pecah. haha. aku pakai betul betul sampai habis, baru beli lain, aku mmg jenis pakai 1 kaler je. haha. ( makeup yg lain-lain aku ada tu sume dapat utk review, jarang beli ) oppsss. hahaha. tengok muka kalau tak makeup, tak bermaya kan? tu tak suka tu, lebih suka melawa lagi skrg ni. hahaha.

Skrg ni aku tengah gila nk beli brush, mcm berus cat tu, skrg kan tgh trend, Brush Anastasia, korg google lah sendiri mcm mana brush tu eh, habis sume tempat online shopping aku register, beli handbag kat Lazada. hahaha. choii sangat. Habis lah aku. Bila aku dh mula melawa, anak dara aku apatah lagi, sibuk lah nak jugakkk! dia nk pakai eye shadow, nk pakai lipstick, sume nak pakai, tapi aku bagi alasan dia kecik lagi, kena tunggu besar. hahahaha. Dia tahu tau mula mula nak pakai apa, second nak pakai apa, semua dia tahu. anak dara sangat!

Color Pop - Echo Park

Anastasia - Blush, next collection??? tungguuu. haha

Sampai kan Pavlova aku pun jadi mangsa, kena hias lawa-lawa, kalau tak lawa, aku sanggup bake yang baru, sbb nak nampak lawa, teruknyaaaa! hahahaha. pavlova pun jadi mangsa!

Lepas tu aku skrg sibuk usha tudung jenis satin gini kat Ariani, dr sebelum Raya ritu nak beli, tapi kan sakit, x boleh keluar rumah, so bertabahlah, dah habis raya baru nak mencari, tapi xpe, leh pakai g kenduri kan. lols. Dara By Nurfathia pun lawa, tp tak selawa ariani, takpe, Jumaat ni kita terjah ariani tau! ahahahaha.

Lee Jong-Suk! aku minat dia, dr dulu! now ada cerita baru! W!!! harus tengok, haritu aku letak pic dia as wallpaper utk lock screen hp, ada orang tu jealous!!! hahahaha. Baiklah kita tukar, cukup lah tengok awak dlm drama je! hahahaha. aku suka bibir dia, terbentuk je! hhahahaha. ok lah, cukup sampai sini! hahaha.

Aku harap addicted aku pada kecantikan ni bersifat kekal lah, jangan kan anak dh dua, mengendong anak sana sini dah mcm mak lampir, cantik untuk suami, cantik untuk diri sendiri, orang sekeliling pun sejukkk mata tengok kita, betul x? kalau tak nak makeup pun, biarlah tak selekeh. tapi aku pun duk umah selekeh. hahaha. aku tengok org org skrg ni, lipstik pun xnak pakai, kenapa eh? susah ke? pakai lah lip balm walau secalit, baru lah muka nampak fresh~ ecehhhh kalau ayat tu kan, hahaha. Tapi yelah kan, kita ni ada masa masanya jugak yg rajin, ada yg malas, kalau malas tu datang, sarung je apa yg ada kan? aku rasa aku ni lebih kepada pembawakan ni. hahahaha. ok lah, tu je nak cite, bai~

14 comments:

Diana Rashid said...

Rara bukan memang dah cantik ke??heheheh..betul tu Ra..kalau boleh biarlah berterusan..jangan dalam,pantang dah hilang semua cantik2 tu..lepas tu melarat sampai habis pantang pun tak reti dah nak berhias sebab dalam pantang lagi tak berhias.Orang tua dulu2 kan kata dalam pantang tak boleh cantik2 sebab takut suami dekat..tapi sekarang dah lain...Ada banyak benda suami boleh buat masa kita dalam pantang..dulu lain la..tv pun ada tv1 tv2 tv3 je..heheheh..

Jueliza Jamani said...

jue plak awal2 kehamilan rasa sengal jer.. mekap2 nak keluar boleh pi cuci & tak mekap langsung keluar.. lama gak sampai dah stabil baru skrg terhegeh2 nak mekap.. hahaha.. hari2 kat umah jer pun pakai lipstik.. en laki kata mama buang tebiat apa ni pkai lipstik duk dlm umah.. hahahahha

Wawa Yusoff said...

bestnye pandai mekap ra.. aku tak pandai. foundation dengan concealer pon x pandai beza. huhuhuh

aRz MoHa said...

macam-macam peel mengandung ya...baby lelaki agaknya

mrs kayrul said...

cantiknya mekap ra..sekata jer nampak

Azlinda Azman said...

pakai apa pun lawa rara ni..hehehe.

Chekgu Azrine said...

Bg akk muka kita kena la bersiap..at least calit lipstik kan..bknla sbb akk suka makeup ke apa..tp kita ni manusia sukakan kecantikan..kan

Kaklong said...

Wah, anak dara tu pun nak melaram..
besar nanti mesti cantik macam mama dia.. ^^

Liyana said...

berseri2 sgt.. boboy kot? :)
daku klu pakai lipstik kat rumah kang si anak bujang tu sibuk tanya ibu pakai lipstik ni nak pergi mana? dah dia pulak sibuk bersiap tukar jeans bagai konon2 nak folo ibu -___-'

Hana Soffelia said...

mu mcm aku suka cantik time pregnantkan irfan. hbs benda aku nk borong. setakat g guardian beli brg mekap aje hbs rm300 tu rileks je. cuba shopping skarang 40 kali fkr nak beli ke x. hahaha masa naurah dulu kemain selekeh.

ameris said...

lama akak telek muka rara.. x puas tgk wpun yg tanpa mekap.

Miss Moon said...

Rara even kalau tak make up pun dah lawa tau ....
suka sgt tgk bulu mata Rara ...lebat elok je

Rara, akak pun beli eyeshadow murah. Hari tuh beli eyeshadow kat Daiso hahahha elok je shimmer dia hahahhaha

saya tak tipu!!nina the mummy said...

punye lama tak bukak blog,almost a year, bukak2, tengok2 dia peknen!!!! alhamdulilah.....makin cantik berseri kak nina tengok.

Manusia Berubah said...

ehhh..!! akak pun samaaaaaa... duk usha tudung2 satin Ariani yg macam Dato CT pakai tu... arrrggghhh... cantik2 kann.. sweet je colour2 pun.. haiihhh..! wajib la kita gi Ariani ni.. kehh kehh kehhh..

tapiiii satu je lah 'size' tudung tu takut Pokchik tak approve.. huwaaaaaa.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...