10 August 2016

Randomly Yesterday

Kelmarin is my bad day sbb terpotong tangan sendiri, semalam pun mcm bad day aku rasa, hurmm. aku bukan boleh kalau badan sakit, mst buat apa pun mcm tak jadi. mcm tak perfect. Petang semalam pergi giant dgn Princess, nk cr buah untuk pavlova, minggu ni aku close order untuk customers, aku buat utk cafe je, selalu laki aku g belikan buah, tapi dia demam, kena lah cari sendiri, sampai je giant, buah lain ada, tp buah UTAMA, stoberi takde, haih, luluh rasa hati, tak pelah, beli lah buah lain dulu. Kiwi, Orange and Seedless grapes, then tanya Princess nak makan apa, dia kata nak makan " besgetti " ok lah, ibuu buat aglio olio je, senang. Budak tu kalau spaghetti mmg gemor benor. tak makan nasi xpe.

Then nak tak nak aku kena jugak pergi tesco, beli stoberi, dan telur. Ingat kan pergi giant senang sbb dekat, parking pun kat basement, tapi tetiba kena jugak g tesco, dah 2 kali kerja, Sabar jelah. Takpelah, aku redha, mls nk runsing runsing kan diri. lex lex je layan keadaan.

Dalam kelam kabut nak cr stoberi, nampak 1 booth Savee ni baru bukak, aku tak tau jenama apa, tp aku teruja sbb nampak sume barang ni Rm1, hahaha. ada jugak yg rm5, bekas tu idok lah besar, kecik kecik je, tp ok lah korang, leh pakai banyak kali jugak.

Aku cepat cepat pergi beli stoberi kat dalam, then singgah jap booth tu laju-laju, pilih pilih total rm5 semua. ikut hati nak amik lg, tapi sila jangan melampau ye safura! sudah! tapi sok kita g beli lg. HAHAHA. Dorg kata mask Savee ni best! ok nanti kita try. Savee 1 brand from Singapore. dorg lah kata. kihkih.

Sampai rumah dalam kul 7pm, nasib jalan x jem sgt kat mrr2 tu walaupun hujan, terus sinsing legan buat pavlova jap, sbb sempat lagi buat sebiji sblm magrib, masa tgh pukul telur, aku tengok telur tu lain mcm, cair semacam, aku dah x sedap hati, pukul jugak, bakar jugak, lepas mandi solat, turun bawah tgk dia mcm dah lain mcm, mmg tak jadi lah ni, terus aku bake lg 1, yg ni masukkan dlm oven lg 1, 2 jam aku bakar, masih x naik, nipis mcm pinggan dah aku tengok, sedih rasa hati ni, tapi malas nk layan perasaan, ko tak nak jadi elok sudah, aku buat lain.

Buat lg sebiji yang lain, jadi, tp runtuh, tak cantik gebu as usual. haih ntah lah, aku xtau nak cakap apa, kalau nak buang, rugi 12biji telur dah. aku biar dulu then buh je topping, yang lg 1 yg awal-awal td aku potong bagi Princess makan, sedap, tp nipis, x gebu. Princess ckp " ibuu pavlova ibuu mcm pizza " hahahaha.

Last-last 1.30am jugak aku tidur smlm, penatnya rasa badan ni. hurmmm.

Lepas siap baking, aku masak utk princess jap, sbb dah kul 9, kesian dia. dia asek tny, ibuu masa besgetti kakak. ok ok jap ibuu masak. hmmm. selalu kul 8pm dh boleh makan, ni dh lewat. kelam kabut lah masak, nasib lah besgetti senang je masak, ada yg tanya resipi, alahai ngader korg ni, senang nk mampus lah. hahaha. nt lah aku taip resipi eh. rebus speghetti, then potong2 bahan, siap rebus, masak terus. tp smlm tersalah beli, pergi capai fettuchini pulak. tak pelah, adik beradik.

Pagi ni lambat lagi pergi kerja, adoiyaiii, ntah lah, bila lambat g kerja, Princess kena lah mandikan siap-siap, dia pun terkulat-kulat nak bangun sbb mengantuk. mana taknya, selagi aku x tidur, dia pun x tidur gak. mcm mana nak buat xtau, jenis mmg tak reti tidur sendiri. dia nak aku peluk dia, bacakan segala doa dengan dia, baru nak tido. hmm, mcm mana ada adik nanti kakak. sobs. takpelah, kakak slow slow belajar nanti ye.

Hurm sekian luahan untuk hari semalam, lols. harini? cuba nasib baking lg semula petang ni, moga elok lah kejadiannya. Biasa lah meniaga, rugi sikit kan. hahaha. #ayatsedapkanhati. Bai, nak pergi lunch!

4 comments:

Normi Nieza said...

sabar yer rara..:)

wahida said...

mmg ada sesekali akan jadi mcm tu...
akan ada satu hari tu macam serba tak kena, serba tak menjadi...huhu...

sabar ok...

CikLily Putih said...

boleh jadi leper camtu ek.. ntah k lily mana reti buat, baik aku order sajor huahauaha

::EIDA:: said...

aku tunggu rsepi besgheti tu hahahhahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...