09 August 2016

Terasa Seperti Menzalimi Diri Sendiri

Suami aku demam dr ahad haritu, dia kata tak sedap badan, semalam demam makin teruk, last-last smlm tak tahan, pergi jugak hospital. kelam kabut aku balik, settle kat hospital, dia demam biasa, Alhamdulillah takde pape yang teruk, aku tanya dia, " sayang nak makan luar ke nk sy masak " dia kata masak jelah, sbb dia tak larat, dia nak baring. ok lah, dia nak sup ayam, aku pun pergi beli ayam, bahan-bahan buat sup. Ya Ampun, ayam mahal kan korang, aku beli sebelah smlm, kecik je pong! rm8.70, dapat sekali masak je. ok lah, xpelah. semua barang pun mahal kan, tapi tiada tandingannya dengan air tangan isteri, ciaaciaaciaaa. haha.

Semalam masak lah aku dengan penuh semangatnya, mak mertua aku kebetulan tengah masak gak, xpelah, aku masak jugak sup ayam tu, dah siap basuh ayam, potong carrot, siap potong carrot tu bentuk bunga tau, hahaha. punya lah nak bg laki makan benda cantik dan sedap. lepas tu aku nk potong celery. skali! tetiba rasa berdesing, pedih, darah meleleh-leleh keluar, banyak gila!!!

terus aku ke singki, basuh tangan, tapi darah still keluar banyak, takut gila aku masa tu, terus pening. Ya Allah, punya lah dah lama gila tgn x kena pisau, bila kena skali ni, ngeri gila rasa. Sakit nk mampus, sikit lg nak terpotong habis isi tu, Ya Allah. Terus kelam kabut semua jadi rescue 911, cr minyak gamat, cr plaster. tapi dah plaster pun still banyak darah keluar.

Nak tak nak aku teruskan potong potong, then mil aku sambung masak. aduhhhhh~ nak masak utk suami, last last injured. apekahhh~ Nasib laki aku kata sup sedap. hahaha. sup sedap sbb bukan aku yg masak, mak mertua yg masak. hahaha. dan nasib xde sape jd raja bersiong smlm. lols.
tp serius sakit korang! lama x kena, bila ingat balik pagi td, Ya Allah ngeri rasa, naik bulu roma aku.

3 comments:

Normi Nieza said...

seriau plk tgk..:)

Inani Hazwani said...

Aduhh kak. Nani tengok pun rasa ngeri. Heheh. Tak boleh betul kalau kena pisau macam ni

idzwa kamaruddin said...

ngilu pulak~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...