24 September 2016

Cara makan kek choc cheese berhantu dengan betul

Nowaday, kalau ko nak jual kek, ko jual kek yang ada cheese, berasaskan cheese, cream cheese, then letak coklat, letak nutella, confirm meletops. Mmg gila lah skrg, mana mana kek mst ada cheese. Sampai aku pun terjebak. Dah hari - hari tengok orang post, mana lah boleh tahan wehhh. Haritu aku dah nak buat sendiri dah, tp kena minum air gula pulak, so tahan sikit keinginan tu. Pas tu result air gula pun okay, xde kencing manis, mula lah nak mencari semula kek kek yg aku craving tu.

Ingat lagi, masa mula mula preggy dulu, makan manis langsung tak nak, air manis tak nak, tak boleh telan, now, masuk 6 bulan, semua kek aku terliur. Hampeh betullah. Haha. Orang kata makan je, jgn tahan tahan. Baik lah. Saya makan. Lols.

Skrg org tengah viral pasal choc cheese cake berhantu ni, aku dah tengok bahan dia, apa yg hantu sangat nya, hahaha. Rupanya mmg hantu lah. Sbb ada cheese, ada choclate ganace, ada choc kek lg. Mmg hantu betul. Aku rasa mcm nak buat sendiri je, tp risau, kang kalau buat, makan tak sedar diri pulak, so beli jelah. Aku kt ipoh skrg ni, so terus tanya kat group Ipoh Ipoh Ajerr, sapa ada jual choc cheese berhantu, ramai yang membalas, so jumpa lah sorg sis ni yg duduk dekat area rumah aku, terus cod weiii. Tak de tunggu tunggu dah. Hahahahaha. Sebekas ni baru rm12. Okay lah kan.

Mmg sedap sgt lah bila kek + cheese + choc ganace digabungkan. Mmg meletop letop. Lemak pun meletop jugak nanti. Hahaha. Korang nak ke? Nanti aku jual. Hahaha. Senang je buat, aku belajar kt kolej komuniti selayang dulu buat cake ni.

Lepas tu. Tu belum kira aku craving manggo cheese cake lg. Actually nak yg Kula Cake kuantan tu punya, tp apa kan daya, takkan nak ke Kuantan, sape nak bawak weii, kebetulan, ada sorg bakers ni, borak punya borak kt IG, tup tup dia nak hantar sample cake kt Owlery Cafe. Lawak gila rasa, so aku mtk lah beli 1, tup tup dia bg je as tester. Murah betul rezeki adik baby tauuu. Sedap gak manggo cheese cake dia. Siap ada extra drizzle manggo lg. X manis, x muak, sesedap rasa jerr. Kalau korg nak try. Cr ig @klfoodservices. Boleh DM dia.

Manggo cheesecake ni mmg sedap makan sejuk sejuk, aduhhhh lalu kat anak tekak. Mmg sedap gila!!! Tapi, lain pulak dengan cara makan choc cheese berhantu ni tau. Hah makan kek pun kena ada skill. Jgn main bedal je. Hahaha.

Aku buat eksperimen, memula aku masukkan choc cheese berhantu ni dalam peti, ingat makan sejuk sejuk dia sedap, rupanya salah! Dia lg sedap makan masa cair, bila choc ganace tu cair, cheese tu pun cair, tu yg buat sedap weiii. Tu yg buat berhantu tu, sebekas pun boleh habis sorang. Hahahaha. Aduhhhh. Tak leh jadi ni, kena gak buat ni. Lols.

Lepas tu triple choc cheese cake, haritu aku dh start jual ni kt cafe dah. Perghhh. Licin weiii. Atas pulak aku drizzle kan dengan nutella, ada daim pulak lagi, mmg perghhh habis lahhh. Kalau nak rasa, g Owlery cafe kt Dagang avenue okay!! Hehe. Jgn lambat lambat, nanti habis, nak tau bila cake available, boleh follow ig aku, @safurara or @sugarlandbyrara okayy. Baiii. 

5 comments:

IK Tia said...

Tengah menahan ayaq liuq dari jatuh ni 😂

yaya_flanella said...

Dappnyaa huwaaa jauhhh

ujie othman said...

Tmpt akak ada org jual choc cheese cake berhantu bekas tu rm15. Berkira2 nak membeli..hahaaa

pandainya rara buat kek! sgt tertarik!

Diana Rashid said...

bestnya Ra..tapi akak kalau buat memang tak de letak cheese sebab anak2 tak suka cheese..akak sorang makan jadi tak best pulak..hehe

Nory Zoulkefle said...

Alamakkk tak memasal dah craving tak tentu hala dahni..hurmmmmm nyammmmnyammm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...