19 September 2016

Hotel Best di Pantai Cenang, Langkawi

Sandy Beach Resort, Langkawi


Hai korang, baru nak terhegeh-hegeh update cerita pasal langkawi, hehe, tak basi lagi kan, ada lagi yang nak baca kan. Jadilah, cerita jugak untuk kenangan kami dihari tua nanti, ecehhh~ Percutian Langkawi ni sebenarnya baru je rancang, 2 3 bulan sebelum nak pergi, tiket flight pun cari last minute, semua last minute. Kami baru tersedar yang tahun ni kami belum pergi bercuti yang betul-betul cuti #ehh. hehe. Tahun lepas sempat ke Krabi, tahun ni cadangnya hujung tahun nak ke Kundasang, tapi, perancangan Allah lagi terbaik buat kami, aku pregnant, so mcm mano nk ke Kundasang nun. hehe.

So Papa Princess pun ckp, tak pelah, kita bercuti kat langkawi je lah, spend time dengan Kakak Princess, nanti dah nak ada adik, kita habiskan masa untuk dia, bawak dia mandi laut, dia memang suka laut. Kundasang insyaAllah tahun depan bawak adikbaby. Papa dengan ibuu pun dah berpuluh tahun tak jejak kaki ke Langkawi, so okaylah.

Tiket flight kami jangan tanya lah berapa, hahaha. Ida marah aku sbb beli tix mahal, org pergi langkawi tiket rm20 je, aku g beli mahal-mahal, nak buat mcm mana kan, dah last minute, lols. Kami pergi 3 hari 2 malam, and satu kesilapan jugak, tak cukup rupanya 3hari 2 malam, sobs. Kena pergi 4 hari baru cukup. #dasar~

peminat frozen #imannsopheaholiday
yeay HAPPY!
Flight kami pagi pada hari Sabtu tu, amik pagi-pagi sebab nak jimat masa, sampai awal best sikit, 8.45am flight kami, dr rumah naik grab car je, rm65 dr Ampang ke KLIA2, tapi flight delay, dalam jam 10 lebih jugak kami sampai Langkawi, Alhamdulillah selamat sampai, KL hujan pagi tu, tapi sampai je Langkawi, panas lit lit. hehehe. ok bab sewa kereta kita cerita kemudian okay.

Hotel Menarik Langkawi


Papa Princess dah pesan, nak cari hotel, dia nak cari yang dekat Pantai Cenang, sbb kat pantai Cenang lah yang happening malam-malam, kalau stay di pekan kuah, malam pekan tu mati ( tak ada apa ), kawan-kawan pun pesan mcm tu jugak, so kami stay lah di Pantai Cenang.

Sebenarnya, banyak je hotel bajet, hotel murah di pantai cenang dan hotel dan Langkawi hotels yang best, cuma, semua hotel-hotel ni korang kena pandai cari, sekarang dah banyak dah website yang memudahkan kita untuk cari hotel-hotel yang ikut budget kita. contoh macam Traveloka, taip je mana destinasi dan tarikh, kemudian akan keluar bermacam jenis hotel.

Dia akan list kan Hotel Popular Langkawi, Area mana kita suka, Price yang kita nak, semua boleh cari kat situ, siap ada bintang. hehehe.

Banyak Langkawi hotels yang best, contoh macam AB Motel Langkawi, Mali-Mali, Malibest, semua ni tepi pantai, tapi tarikh yang kami pergi tu, semua dah full, ada pun Sandy Beach ni, tapi asalnya, dalam website, laki aku book yang Hotel, means dalam bangunan, Rm100 je satu malam, tapi bila dah sampai Langkawi, mcm tak puas hati pulak, kebetulan chalet ada satu kosong, chalet ni bukan dalam bangunan, dia sebuah-sebuah, tepi laut jugak, betul-betul hotel tepi pantai cenang ni, kira bukak-bukak pintu nampak pantai, memang itulah yang di idam-idam kan, so Papa Princess upgrade lah bilik, Rm150 satu malam untuk Chalet ni, takpelah, asalkan puas hati, asalkan dapat apa yang di idamkan, memang mahal sikit lah sbb walk in kan. tapi nak buat macam mana, semua dah full, nak stay De Baron pun full.
cute sangat!
Sebenarnya papa Princess risau aku tak selesa je dengan chalet ni, yelah, kan dah sarat, dia nak aku selesa je, tapi aku sebenarnya okay je, ASALKAN, bilik aircond, katil okay, bilik air selesa, dan ada TV. hahahahaha.

Bagi aku Sandy Beach Chalet ni okay lah, selesa jugak, memang nampak macam chalet lama lah, tapi still okay, ada water heater, TV siap astro, ada peti ais, aircond, katil selesa, dan biliknya bersih. yang penting tak perlu nak naik tangga or lif. hehehe. Tapi kalau nak gosok baju or ambil air panas, kena pergi bangunan sebelah lah. Ada penapis air Coway disediakan. so okay lahh, mak jemah puas hati.

dan yang paling happy is our daughter lah, berzikir nak pakai baju swimming, maklumlah baju swimming baru beli, tazabar nak rasmi, nak mandi laut, so petang tu bawak jugak mandi laut, siap pakai sun block sebab memang panas betul haritu. Ibuu tak mandi pun sebab takde seluar. lols.

my happy dauhter
hehehe kena pakai sun block, nanti hitam. lols.
her FAV!

Aktiviti Best di Pantai Cenang


Jalan sikit 2 3 tapak, dah sampai laut, seronok, pantai cenang happening dr pagi sampai malam sampai tengah malam, kalau nak cari tempat happening di Langkawi, sini lah tempatnya, chill chill, lepak-lepak, layan perasaan, tengok orang, kihkih. Aktiviti pun banyak kat sini, naik parasailing, naik jet ski, naik banana boat, dan lain lain lagi, haritu nampak jugak orang buat family day kat sini, dan memang aku rasa, sini salah satu tempat best untuk Family Day. ( Tempat Best Family Day )

Keadaan Pantai Cenang di Waktu Malam


Orang kata Pantai Cenang waktu malam dah mcm Krabi, mula aku macam tak percaya, kenapa pulak macam Krabi, rupanya, no wonder lah, memang sama macam Krabi, kedai-kedai penuh tepi jalan, jual macam-macam benda, makanan, cenderahati, baju, seluar, alatan untuk island hopping, dan yang paling best, semuanya murah-murah belaka, seluar setakat rm10, berlambak, aku beli seluar batik, kain sedap juga lah, rm18 je. murahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Cuma belum ada Pancake Krabi je kat sini, kalau ada, sebijik sejibun sama, tempat urut pun banyak kat sini, tempat urut HALAL lah, hehehe. baru Rm18 setengah jam, nak buat bekam pun boleh. Laki aku sempat buat bekam malam last tu. hehe.
Malam tu kami jalan kaki je berjalan, banyak dah perubahan kat sini, berbanding masa aku pergi masa umur 17tahun dulu. hehe. Ada Cenang Mall, ada subway, pizza, mcD, senang lah kira, nak pergi ATM pun senang. Mana-mana pun ada.

Anak dara aku, nampak orang buat inai, dia pun sibuk lah, nak jugak buat inai, nasib murah, Rm5 je hoiii, murah gilaaa! hahaha. Berbaloi lagi lah bercuti kat Langkawi ni. Haih seronoknya, tak puas.

Lagi 1 part yang best stay di Sandy Beach ni, breakfast disediakan, aku memang suka breakfast kat hotel ni. haha. sebab suka roti dia, mcm lah kat rumah tak boleh makan kan, tapi feel dia lain kalau kat rumah. Kalau Hotel di Langkawi ni, breakfast pun boleh feeling-feeling, tepi laut kata kooooo. ko mamphuuu~ hahaha.

Pagi tu menu breakfast kami siap ada nasi dengan gulai kari ayam, ada kuetiow sup, english breakfast mcm biasa lah, then air panas dan juice. Okaylahhh, not bad, lepas breakfast, jalan-jalan tepi laut, Princess main pasir kejap, then kami siap-siap pergi jalan.

Bab Jalan, nanti aku cerita entry lain okay, ni nak cerita pasal Hotel je dulu padahalnya, tapi dah melalut bab lain, biasa lah bila dah bercerita, mana boleh berhenti. kahhh, dasar suka sembang.

So if korang nak cari Hotel Budget Langkawi, Hotel menarik Langkawi, Motel Pantai Cenang, Hotel Best Langkawi, boleh terus bukak website Traveloka okay! semua ada, ikut lah price range yang korang nak macam mana, boleh laraskan sendiri. Actually banyak hotel best di sini - my hotel langkawi, sunset beach resort langkawi, best star resort langkawi, perdana beach resort langkawi, seaview hotel langkawi, federal villa langkawi, berjaya hotel langkawi, berjaya resort langkawi, cuma ikut korang lah nak bermalam di tempat yang macam mana, okay? Jangan lupa.

Traveloka.com Okay! Bai ♥

7 comments:

Kaklong said...

Thanks!
Kitorang rancang nak gi Langkawi hujung tahun ni..
Gi Pantai Cenang la gamaknya.. ^_^

Myra Jay said...

Lama tak singgah sini dah besar anak dara ha.. :)

Pantai Chenang memang hidup waktu malam kan, meriah je :)

Aeen said...

ain haritu pun stay kat sandy beach ni gak...mmg best tepi laut...malam2 kat pantai cenang pun happening...arghh rasa nk repeat lagi je pegi...walaupun dua tahun beturut2 pegi Langkawi je..tetap x puas...hehe..

CikNaa said...

best kan stay tepi laut.. lain kali nak book sini plak la..

qaseh dalia said...

Cantiknya chalet tu kak rara ~ best nye holiday .. Bila nk smpai langkawi ni time budak2 dulu kala je penah dtg haha ..

::EIDA:: said...

weehooo!

Chekgu Azrine said...

Akk hari tu pegi menyesal jgk pilh kuah..sbb xtahu mcmna..1st time plak..nx time pegi kena pilih cenang plak...adala alasan nk gi lagi khen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...