Image and video hosting by TinyPic

20 September 2016

Lenovo Ideapad 100s Laptop Best Mampu Milik

Review Laptop Lenovo


Hai korang, nak update laju-laju pasal lappy Lenovo mak ni hah, kalau buat lambat-lambat kang lupo, nak bagitau, ni bukan update guna lappy baru ye, masih ' pinjam ' pc opis. kahhhh~ Kan haritu aku cite nak beli Lappy baru, sebabnya lappy lama toshiba tu skrin pecah, ntah sape lah memijaknya, sume tak mengaku. lols. Walaupun dah crack screennya, masih boleh pakai, kena connect ke TV, kau lalu ke tiap kali nak guna, nak update blog yang urgent dari client, kena guna TV, hoihhh pitam mak nakkk, hahaha. So nak tak nak mcm kena beli jugak, dah tak menahan dah, yang toshiba tu, biar lah iya kekal disambung kan ke tv untuk tengok movie, kahhh.

Laptop Lenovo ni aku guna sepenuhnya guna duit hasil blog dan berniaga, Alhamdulillah. Jangan kedekut untuk melabur, insyaAllah rezeki akan datang lagi banyak lepas ni, Amin. Sebelum ni beli camera pakai duit blog, now beli laptop pula, kiranya tak sia-sia jadi blogger suka suka since 2009 dulu. kihkih.

Tempat Beli Laptop Yang Boleh Dipercayai


Semalam Papa princess cuti, laki aku walaupun cuti, dia tetap busy, haha. tapi culik sekejap, asalnya nak survey je dulu laptop kat Mara Digital tu, last last dia kata " beli jelah terus " hehe, dah memang kita mencari laptop kan. Dapat pulak dengan harga yg reasonable. so terus beli.

Sebelum beli, aku tanya dulu kawan-kawan kat fb, kat mana tempat nak beli laptop yang boleh dipercayai, since Lowyatt orang dah boikot kan, so dah tak tau nak beli kat mana. Tapi memang lah kat, lowyatt tu memang banyak kes, menipu je kerjanya.

So dorang suggest aku beli laptop di Mara Digital, Bangunan Mara. Bangunan Mara memang suami aku tau, tapi nak pergi Mara Digital baru tu tak tau kat mana, nasib ada hakak blogger kita kerja kat sana, boleh tanya-tanya, TQ kak Izwa sbb melayan pertanyaan saya. hehe.

So kalau korang tercari-cari tempat untuk beli laptop yang boleh dipercayai dan original, boleh lah ke Mara Digital Bangunan Baru, Tingkat 3, Tingkat 3 ni tempat jual laptop semua, walaupun tak meriah macam lowyatt, but semua trusted, peniaga semua melayu, mereka tak boleh jual barang second hand pun, nanti kena terminate. Cuma yelah, korang kena rajin pergi tanya dari 1 kedai ke 1 kedai, harga memang lain lain, beza tak banyak pun, but if dapat less rm20 rm30 okay lah jugak kan, boleh cover duit parking. hehe.

Panjangnya mukadimah hoiii. hahaha. ok sambung cerita pasal laptop pulak. Ni lah laptop baru mak, new bff wannabe, hehehe. Cik Biru kaler luna. hahaha. Comei tak, Biru ni kaler baru sikit, baru keluar, sebelum ni dia ada kaler silver dengan merah je. so mak nak kelainan sikit, mak amik lah biru ni. kofkofkof.

Maaf gambar tak cantik, direct dr Note3 Neo jeee, tak edit pun, malas. kihkih. Laptop Lenovo Ideapad 100s ni keyboard dan bahagian dalam dia putih, luar biru, mula macam ' boleh ke amik putih ni, karang kotor pulak ' tapi amik jelah, jaga lah elok-elok kan, sebelum nak guna, pastikan cuci tangan dulu, kahhh #dasar, #barangbaru #jagaelokeloklah. hihi.

Kenapa aku pilih laptop Lenovo Ideapad 100s ni? first sebab aku dah lama dah survey laptop ni, sebelum ni tengok kawan-kawan beli, harga dia baru rm799, tapi aku tak tau spec dia macam mana, bagi aku untuk sebiji laptop dengan harga rm799 memang murah lah, hp samsung note3 neo aku ni pun rm1500 masa beli dulu, ni laptop rm799 memang murah lahhhh!

second sebab aku nak guna untuk update blog, buat kerja kat rumah dan yelah, berbisness lah kan, so aku tak memerlukan laptop yang spec tinggi sangat, biasa-biasa pun cukup, sebab gambar-gambar semua aku simpan dalam external hard disk. Kat office aku ada 1 tera punya external, kahkah. So takde masalah disitu.

third, aku nak yang ringan, ringan dan nipis yang senang aku nak bawak kemana-mana. dan aku rasa Lenovo ni lah yang paling terbaik, dengan berat hanya 1kg, woooweee, 1kg jeee, pejam mata je galas, handbag aku lagi berat. hahaha.

Mulanya, kami masuk terus kedai Lenovo, budak tu terangkan segala tentang laptop ni, harga dia Rm999, tak boleh kurang langsung, mengikut pengalaman yang ada, kami tak terus beli, kami survey lagi, jalan-jalan di kiosk-kiosk depan kedai pulak, memang dorang main harga, ada kedai yg jual rm1099 without install anything, tapi yang best, kami jumpa 1 kiosk ni, betul-betul depan Kedai Lenovo. dia paling best price lah. hehe. Nama kedai CEMONG Computer Technology. Bukan Cemong kucing ye, kedainya nama Cemong. lols.

Untuk Laptop Lenovo Ideapad 100s aku ni, aku tak dapat harga Rm799 tu, sebab apa? sebab color biru ni color baru katanya, baru je keluar, dan dia didatangkan dengan storage 64gb ssd, so besar sikit storage nya, kalau yang Rm799 tu, storage dia just 32gb saja, dan harga tu belum install Microsoft words segala. So baik aku amik yang 64gb ni. memory dia 2gb. ( item all Original, warranty 1year )

LCD size dia 11.6 inch LED, besar sikit dari laptop lama aku, memang puas sikit tengok screen dia. nak edit gambar senang sikit lah. idok lah kena pakai kanta pembesar. hehe.

Battery dia build-in, tak boleh buka, dan yang bestnya, kalau kita charge battery dia, bila dah full, power akan automatic cut-off, so tak de masalah battery panas ke, rosak ke, tak tahan lama ke, itu yang aku mahu, sebab aku mmg sokmo lupa nak tutup suis kalau battery dah full. kihkih.

Camera standard lah, 0.3M je, idok lah cantik mcm oppo ye, tapi stakat nak skype tu boleh lah. hehe. okay lagi apa lagi nak tau? oh Harga aku tak bagi tau lagi, hahaha. harga dia aku dapat Rm970 je, hehehe. Rm970 tu siap install semua Microsoft words, with window 10. Lifetime tau, bukan yang trial pack tu.

Barang FOC mcm biasa, bag lah. hehe. then dia nak bagi item 12 in 1 dalam kotak tu, tp aku tak nak lah yang tu, aku tukar dengan wireless mouse. Yang tu Papa princess dah cop, dia nak, haha. lagipun aku tak suka sebab yg dia bagi tu besar sgt, tak sesuai dengan mak. hahaha.

So dengan harga Rm970 dengan spec yang macam ni, aku rasa memang best dah untuk aku. memang laju, berdesup pergi dia. hahaha. Mak dah senang hati dah. kihkih. Dalam Mara Digital ni, ada jugak kedai Ustaz yang popular meletop-letop tu, korang suka kan pergi situ? aku tak pernah pergi lagi, so semalam terjah sekali lah.

Kedai Gadjet Ustaz Bangunan Mara Digital. Patutlah korang suka sangat kedai ni, memang murah gilaaa! casing stakat yang transparent tu rm1 jeee, hahahaha. Murah sangatttt! So aku beli mouse yang kecik sikit untuk aku, wireless mouse cap Lenovo ni baru Rm18, aku amik kaler silver, sebab kaler lain tak perkenan.

Then papa Princess beli USB light ni, baru 80sen hoiii! Ya Allah, aku ingat kami beli kat kedai Rm2 tu dah habis murah dah, rupanya kat sini lagi murah. bape lah agaknya dorang ni beli borong kan? Then aku beli cable charger baru, ni high speed punya, dulu ingat lagi, masa mula-mula keluar cable ni, ada yg jual sampai rm25, Charger cable kedai ustaz ni, with high speed baru rm5, lols. nak gelak aku rasa, aku dah test cable ni, ingat dorg menipu, tapi menang laju sangat! dari 4% battery, baru tinggal 5 minit, dah charge 21%, whoaaaa. hebak hebak, korang sila beli kt Ustaz ye segala gadjet, sila jadi pembeli bijak. hehe.

tetiba cable pun nak biru, melampau! hahaha. so sekian lah review dari mak yong blogger ni, nak tanya pape, tanya kat kotak komen eh, mak try jawap. hahaha. mak pun idok lah reti sangat nak review gadjet ni, review ikut citarasa sesedap rasa mak je. hehehe.

So jangan lupa, Mara Digital Bangunan Baru Tingkat 3 okay! beli laptop kat sana. okayyy? bubbaiiiii~ love chaaaa, see u next entry ♥ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Biru dia cantik nyerrrrr! Terbekenan jugekkkk

    ReplyDelete
  2. wa murahnya rara dapat harga.
    PG pun lama tak pakai laptop.
    nampaknya kena wishlist lenovo lepas ni ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha kemain semangat mak nak update pasni kan. Cantik gak warna biru tu ra. Nanti nak try la gi sana gak cari seketul hehe

    ReplyDelete
  4. Cantik la ra laptop color biru tu.. kedai ustaz tu murah sgt la.. kalo dekat dah boleh terjah dah.. haha

    ReplyDelete
  5. kira notebook juga la kan kak.. kecik comel!

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com