22 September 2016

Perkembangan Puteri Imann Sophea 4 Tahun

Princess dah 4 tahun, takde special entry pun untuk birthday dia haritu, 1st time terlupa nak buat entry birthday untuk anak, alahaiiii~ selalu tiap-tiap tahun akan ada 1 entry, okay takpelah, ibuu buat 1 entry untuk kakak ye, nanti kalau wujud lagi blog ibuu untuk 20 tahun akan datang, kakak boleh baca dan tengok all the picture masa kakak kecik, tu pun kalau gambar semua tak hilang lah. lols.

7 September 2016 - Kakak Puteri Imann Sophea 4 tahun, sekejap sangat rasa kakak dah besar, tahun depan kakak dah sekolah, haritu dah survey tadika untuk kakak, memula decide nak hantar ke PASTI je, papa pun setuju, pas tu tengok Q-dees pun mcm best, usha dulu, last last pilih tadika yang dekat dengan cafe, tanah luas siap ada daycare, Islamic base mcm yang papa nak. InsyaAllah next week boleh pergi register. 

But kakak tak boleh terus sekolah awal tahun depan, sebab ibuu masa tu dalam pantang, kakak masuk lambat sikit ye sayang, nanti ibuu ajar awal-awal macam mana nak eja nama kakak. hiks.

Birthday kakak haritu kami sambut kecil-kecilan sangat, mmg kecil sangat lah! hahahaha. hanya kami je, lols. Beli belon untuk kakak, then beli cake sebiji yg 6 inch, bagi dia tiup lilin and rasa happy yang haritu adalah birthday dia. sebab nanti bulan 10 nak buat birthday party dia kat Ipoh, opah dah bising sebab tahun lepas tak sambut birthday kakak, tahun ni opah dah warning awal-awal. kahhh.

InsyaAllah sekali dengan doa selamat sbb ibuu dah 7 bulan, lagipun 7hb tu birthday ibuu, kahhh!

Tak dinafikan, masa mula-mula aku pregnant dulu, kakak sangat suka buat perangai, perangai yang pelik-pelik yang bukan selalu dia buat, tapi lama-kelamaan dia makin behave, makin faham bila tengok perut aku makin membesar, makin senang nak educate dia, dia pun faham sangat dan excited bila nak tengok baby, dia tau yang dia akan jadi kakak, sobs, ibuu sedih.

Mulut makin becok, cakap memang Alhamdulillah takde pelat dari umur setahun dulu, dan sekarang dah 4 tahun, boleh bayangkan tak mulut dia mcm mana? bercakap tak macam umur 4 tahun, hahaha. kalau nak tengok video dia, boleh cr #imannsophea kat IG. hehehe.

Aku ni kadang-kadang, sampai tak larat nak layan dia, sampai ermmm yelah kakak, yelahhhh~ hahaha. Dia ni, bab menangis number 1, bab menyakat orang pun number 1, mmg juara, sebiji ikut perangai papa, pak lawak dari kecik. haha. 

Dan jenis dia, kalau dia nangis, ko marah dia, lg melalak kuat gila, jangan harap dia nak diam, tapi kalau dia nangis, ko cakap elok-elok, pujuk elok-elok, dia ok, terus diam. sabar jelah, dan skrg ni semua benda nak ibuu, SEMUA IBUU!!! tak nak orang lain. aku faham, dia nak manja-manja sebab nanti nak dapat adik, so aku layankan aje. 
Bab makan, dia tak banyak hal sebenarnya, tapi haritu, ntah apa mood dia, nak makan speghetti je, selama 2 minggu aku hari hari masak spegetti, ko ghase??? aku sampai nak muntah tengok spegetti, nasi langsung tak nak weiiii, aku layan kan jugak, sampai satu tahap, dia dah tak nak. hahahaha. nak makan nasi pulak, BUT! just nasi dengan kicap! ko bayangkan kicap tu dia buat KUAH! siap hirup, risau betul aku, ikan xnk, ayam xnk, semua dia tak nak. Ya Allah, sabar jelah aku ni. takpelah nak, asalkan awak nak makan.

THEN! yang kelakar, dia suka sushi, hahahaha. bagi lah dia sushi mcm mana pun, dia akan makan, sampai haritu tetiba cakap " ibuu jom makan sushi nak? " hahahaha ko mamphuuuu~ Tapi banyak makan pun, dia tetap kurus, baru 17kg je budak ni, tapi tinggi hamat! semua baju or seluar, memang cepat singkat. 

Dia ni bab melawa number satu, dia memang suka lah kalau pakai baju lawa, haha. tetiba kang amik brush aku, pakai blusher. hahaha. Tapi dia tak nak makeup makeup, dia kata dia kecik lagi, dah besar macam ibuu, baru boleh makeup. hehehe. good girl. aku pun tak nak ajar dia, risau rosak muka.

Cat lover? huh still! cat mainan ni, mana-mana nampak pun masih nak beli. 

Spiderman. skrg dia suka spiderman, dia ni kan, memang suka tengok movie tau, dia tak mcm budak lain yang addicted dengan kartun, maybe sebab dia tak biasa kot, dia biasa tengok movie, banyak movie dia dah hafal, dia tengok cite Jurassic park dengan papa dia relax je, tapi cite Jungle tu dia tak suka, ntah kenapa takut sangat cite tu. lols. kalau Frozen, maleficent, in side out, angry bird, semua tu makanan dia, sampai dialog Angelina tu dia dah hafal! hahaha.

Tapi now dia tetiba suka tengok kartun Doc Mcstuffin, aku rasa dia suka sbb cite tu berkenaan dengan doktor-doktor, dia mmg suka jadi doktor. habis semua nak cocok. hahaha. Mainan pun kalau pergi mana-mana memang nak set doktor je, tak naik lain, tak pelah kalau tu minat awak kakak, ibuu doakan awak jadi Doc.Sophea ye. hehe. Amin.

Bab pelajaran, Alhamdulillah, di taska dia memang ada belajar-belajar, kat rumah pun, mmg aku ada ajar dia sikit-sikit, menulis, membaca, dia nampak minat, tapi tak boleh lama-lama, kang bosan. so sehari 10minit, 15minit dah cukup. Papa dia pun tak suka nak paksa-paksa, dia kata bukan masa dia skrg ni. Skrg bg dia main. Baca alif ba ta pun gitu, ajar bagi dia kenal je, nanti dah sekolah, dia belajar lah elok-elok. 

Surah-surah lazim, doa-doa, banyak jugak dia dah hafal, sbb aku dah biasa bacakan dr dia kecik, so kalau dah tiap-tiap malam, memang dia hafal lah kan. 3 Qul, Al-Fatihah, Doa makan, doa tido semua tu boleh lah kalau suruh dia baca. 

Rambut? masih begitu, tak nak potong, tak nak ikat kecuali TIDUR, lain lain time, mmg susah! suka lah menggerbang gitu rambutnyaaa. hahahaha. nanti sekolah nanti tahun depan, baru nak pendekkan sikit. Curl bawah tu pun dah nak hilang dah.

Dan dia obses dengan berus gigi, asal nampak berus gigi, memang suka nak beli. HAHAHA. lawak gila. Sebelum tidur, aku kadang-kadang suka buat-buat lupa nak gosok, karang dia ajak lah aku, gosok gigi ibuu! 

Now dia baru pandai nak main dengan budak yang bawah umur dari dia, sebelum ni dia memang tak suka tau main dengan budak yang bawah umur dari dia, ntah kenapa, tak reti kot, TAPI, kalau budak tu comels, lincah, dia suka, hahahaha. baru kena dengan jiwa katanya, kalau budak tu diam jeee, tak nak cakap, dia pun diam jelah, lambat sikit panasnya. 

makin besar, makin banyak akalnya, mcm mcm pertanyaan dia, aku kdg kdg naik risau kalau orang marah dia sbb banyak sangat cakap. Tapi budak banyak cakap ni bijak orang kata, otak dia sentiasa berfikir jeee. Kita je larat tak larat nak melayannya. Aku ni kdg-kdg, bukan tak larat nak layan, kdg-kdg penat, tak tau dah otak aku ni nak pusing mcm mana nak jawap pertanyaan dia. lols.

Tapi aku bersyukur, dia anak yang tak banyak akal, senang nak jaga, 2 minggu lepas demam, ni demam lagi, demam kali ni sebab nk balik Ipoh, nak jumpa opah, rindu opah katanya. hmmm kesian aku tengok dia, bibir habis pecah. Baik lah, kita balik ipoh ye sayang.

Picture sebelum solat, tak sia-sia dapat review telekung kanak-kanak ni, dia suka pakai, suka nak ikut aku solat, kadang-kadang aku dah pakai telekung, dia pun kelam kabut nk ikut. Bagus lah, kita didik dengan solat dulu kan, walaupun lepas 2 rakaat dia dah main-main, tapi takpelah, slow-slow. selalu magrib je peuh ikut aku 3 rakaat, lain lain 4 rakaat dia rasa lama sangat kot, last last dia main. hahaha.

Kakak, ibuu dan papa sayangkan kakak sangat sangat, ibuu dan papa harap kakak terus membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah ye, ibuu dan papa akan berikan yang terbaik untuk kakak. InsyaAllah. Nanti, ada adikbaby, hidup kita akan lebih sempurna, lebih bahagia, InsyaAllah Amin. Tahun depan kakak masuk sekolah ye. Sedih pulak ibuu rasa, besar dah kakak. rasa mcm baru je ibuu susukan kakak dulu. sobs. I love u Kakak Imann Sophea.

3 comments:

lokman amirul said...

cute anak kak....salam kunjung!

IK Tia said...

Gigih tau aunty baca kisah sophea ni. Hehe. InsyaAllah, nanti sophea besar boleh jaga ibu pula.

Aeen said...

Rara..princess same mcm Raees la...suka sgt mkn nasi ngn kicap..bg lauk semua xnak kecuali telur..telur tu mmg favourite dy la..hari2 nk mkn telur...ingatkan anak ain je yg ade masalah mkn cmni...hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...