09 September 2016

RSMY Nan Cheese Leleh Jalan Medan Tuanku

Nan-Cheese Leleh Terbaik


Hai korang, maaflah lambat update, mak busy, hahaha. Busy sokmo kann. Mana pernah tak busy, hiks. ok lah ok lah, di hari Jumaat yang mulia ni, moh lah aku cerita pasal makanan, #ehhh. Sape tak suka makan kan, makan sedap-sedap pulak tu, menternak lemak lagi, semua suka. Sejak dua menjak ni product yg berasakan cheese cheese leleh ni mmg sangat popular, ramai yang mencari. Tak kira lah cheese kek ke, roti cheese ke, or apa-apa saja lah. Mesti ramai yg suka.

Harini nak cite pasal Nan Cheese Leleh di RSMY Jalan Medan Tuanku, dulu aku pernah makan jugak, di Danau Kota nun, jauh nau pergi sampai sana, rupanya, kat area KL ni je pun hade, tak yah jauh-jauh korang!

tempat luas dan selesa, toilet bersih.
RSMY Jalan Medan Tuanku ni dekat je dengan Maju Junction, Menara TH, berdepanan dengan Hotel Lotus, senang je cari, korang waze je mesti jumpa, no worries. Selalu kalau nk makan nan cheese kena tunggu malam kan baru feel, ni kat sini, kalau nak makan siang pun boleh, kedai ni dibuka dr 11am - 12am on weekdays.

Sembang banyak pun tarak guna, meh tengok apa yang kami makan, penuh meja dengan order kami, hehe. Tapi aku order fav aku jelah, Princess pulak mmg jenis suka makan cheese, so mmg dia suka lah. Kat atas senarai harga air dan nan cheese untuk rujukan korang.

Haritu kami order air buah, aku punya tembikai laici, Princess teh o ais limau, tapi mcm biasa, Princess mst rembat air aku. haha. nak bgtau korang, air tembikai laici dia sangat sedap, semua air buah dia sedap, buah dia fresh dan bukan air buah yg tipu tipu tu, mmg rasa buah betul. hehe.

ni ais blended anak kak izwa, tompang amik gambar, menyelerakan betul. Terkulat-kulat anak kak izwa sementara tgu aunty aunty ni amik pic air dia. hehe. dah tak sabar dia nk minum. hehehe.

Nasi Briyani Udang Merah. sedap.

Nasi Briyani Kambing aku share dengan Ida Baharum dgn Princess, nasib habis, banyak sgt. hehe. Nasi Briyani dia sedap jugak, kambing tu lembut je, Tapi lagi sedap Nasi briyani ayam tandoori tu, wuwuwuwu.

Lagi satu, kami oder Garlic Nan Cheese, Garlic nan mmg fav aku dari dulu lagi, so aku order jugak Garlic nan cheese, Garlic nan cheese ni ada extra cheese tau, tu yang bila korg tarik tu, bertali-tali cheese tu, wuwuwuwu bestttt~

Yang ni Yummy cheese nan, dalam dia ada isi, fillet ayam gitu, mmg sedap, tp dia cheese dia xleh tarik tarik sbb dah banyak isi dlm tu, tp cheese tetap banyak, sedap sedapppp jugak! aihhhh benda yg menggemokkan sume sedap! lols.

Ayam Tandoori dia, memang terbaik, balut dengan nan cheese, cicah chakni, mmg sedap!

Keema kak izwa punya, aku rasa sikit, sedappp wehhh! 

Princess makan banyak jugak nan cheese haritu, mlm mmg kami tak makan dah. hahaha. kenyang sampai malam kata kooo! nanti nak ajak papa pulak, repeat lg, adik baby berjoget joget dapat makan.

Senonoh tak makyong? hahaha. menjuih-jiuh bibir tarik cheese, hahaha. Korang jgn lupa makan tau, tak yah g jauh jauh, dtg je kat Jalan Medan Tuanku ni okayyy!

RSMY House of Real Beriani
11 & 13, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur

Tel : 03-2697 0700

Waktu operasi :

Isnin hingga Jumaat : 11:00 pg – 12:00 mlm
Sabtu: 4:00 ptg – 01:00 pg
Ahad & Cuti Umum: 4:00 ptg – 12:00 mlm

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ya ALLAh kak oii.. sdpnyaaa

kan best kalau kat ipoh ada gak gini..

Jueliza Jamani said...

haishhhhh sedap ngat aiihhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...