Image and video hosting by TinyPic

14 September 2016

TAPAK Foodtruck depan KLCC

Hai, bersiaran untuk harini, hehe. semalam ada entry ke? rasa mcm takde kan, entry Langkawi pun tak buat lagi, esok lah kot eh. Gambar tak edit-edit lagi ni. hehe. Kisahnya, semalam aku nak pergi cari Pulut Mangga, Ida Baharum kata kat Restoran Rosdet Kg Baru tu sedap, dia selalu pergi makan kat situ, last-last semalam pergi tutup, berayo lagi keeee, kecewa mak, trus tak lalu nak makan apa pun.

Pusing-pusing lah KL, nak makan mana, nak makan mana laki aku tanya, aku tak tau nak makan mana, mulut teringin nak makan soto, tp mana pulak nak cari soto, haih~ then laki aku ajak pergi TAPAK Food Truck, dia perasan masa kami tengok bunga api masa merdeka kat depan KLCC haritu, nak singgah mcm ramai, so semalam singgah lah. Aku expect ada lah org jual char kuetiow ke. hahaha. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................

Tok laki ku yang teruja. hahaha. aku likee ermmmm jual apa lah agaknya niii.

ohhh begini rupanya, tengah-tengah ada meja, tepi-tepi sume truck jual makanan, takde lah banyak sangat, ke sbb peniaga cuti, tak tau lah, but semua western kat sini. makanan melayu takdok keeee?? kecewa mak. hahaha. Semalam kami parking kat tepi jalan je, kebetulan ada parking, tp smlm banyak roadblock tau, ntah kenapa, siapa yg park tepi Jalan Ampang semua nak kena saman dah. kihkih.

Tapi jgn risau, belah dalam ni kalau korang pusing ikut belakang, dia ada lot parking, tak payah park jauh-jauh ponnn.

Aku tak ambil semua gambar food truck, malas. lols. tapi yg dorg jual apa je, burger, pizza, roti hotdog, hotdog, ada lah spaghetti, nasi butter chicken, air air kopi, air glass besar, coconut shake pun ada, tapi char kuetiow ke, soto ke, tak dok yee, hahaha. Joms sayang, kita beli food truck, meniaga sini nasi lemak hahahaha.

dah makan, buang sendiri ye!
Semalam mcm tak tau nk makan apa dah pusing-pusing, laki aku ajak balik, alahai, takkan nak balik. takpelah try lah apa pun, kami try mkn roti hotdog ni, combo dengan fries, RM10, tapi bukan nk complain lah, friesnya secoet je. lols.

aku mkn roti cheese ni, with ham rm6, princess dgn papa dia makan hot dog beef, rm4 sebatang

mintak kurang manis, baru sedap.
air plak try Strawberry shake ni, rm6, special ada aiskrim, sedappp.

and chicken wing, rm10, sedap jugak, manis, nasib ada sos pedas dia, makan panas-panas sedap lah jugak. hehehe. Harga kt sini okay lah, dlm rm5, rm6, standard lah, tempat pun selesa, tp kena berdiri-diri tunggu meja tu standard lah. hehe.

Kalau nak lepak dengan kawan-kawan pun best jugak sini, borak-borak, chill chill, best. semalam tetiba aku tny laki aku, mana eh kawan-kawan kita, sume dah xde, hahahahaha. Sume busy dgn life masing-masing, sobs.

Kalau korang nak pergi nanti, pergi lah, buka setiap hari, dari 6am - 12am, lalu je tepi jalan ampang tu, depan Le Apple, Wisma Atlan, depan-depan tu je. ajak kawan-kawan lepak tau. okbai~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Terliur pula tengok air tu..
    Syoknya!

    ReplyDelete
  2. Dah dua kali dah baca pasal foodtruck dekat sini tapi tak pernah sempat nak singgah lagi. Heheh

    ReplyDelete
  3. kalau akak pi maisara mesti nak makan laksa..ayah dia nak makan bihun sup..ada ke jual kat situ???heheheh..

    ReplyDelete
  4. lawat akkkk rara lol menarek ini tempat xpnh tahu tp bile akk kate mknnn cam so so je HAHHAHA rs xjd plak nk p haha still thanks 4 sharing!

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com