21 October 2016

Butik Baru Minimalace Yang Sangat Awesome

Minimalace Butik Baju Muslimah Mesra Kanak-kanak


Hai korang! ni entry ke tiga aku pasal Minimalace, sape reader yang setia, mesti tau aku suka collection baju dari Minimalace ni, plus the owner is my friend. kihkih. Dulu pernah cerita pasal Luna Kurung dan Kurung Hanna. Sampai sekarang baju-baju tu tersimpan rapi, elok lagi, sebab apa? sebab mak nak pakai dah tak muat. hahaha. Tunggu kurus nanti mak pakai balik.

Koleksi baju dari Minimalace tak pernah mengecewakan, semua cantik-cantik. Kali ni punya design lagi cantik, tak peraya, pergi stalk IG Minimalace sana nun. Tapi kali ni aku tak nak cerita pasal koleksi baju dorang, kali ni nak cerita tentang BUTIK BARU mereka.

Whoaaaaa, Tahniah Minimalace and team untuk Grand Opening yang lepas. Meriah gila, dengar cerita beratur berjam-jam untuk bayar, betul ke? hehe. Biasa lah tu. beratur berjam tu standart kan. Aku tak dapat pergi masa grand opening haritu, sbb ada kursus, sobs.

Tapi takpe, sebab nak jugak terjah butik baru mereka yang ohsem ni, aku pergi jugak pada hari biasa dengan Ida Baharum. Mana boleh tak terjah butik baru kan,

Sampai je butik baru, aku mcm teruja, eh serius ke sini butik baru Minimalace? serius? dulu jauh ke dalam sana, tapi now, tau tak dekat dengan apa? dekat dengan butik butik popular yang lain, dan yang paling penting, Butik Minimalace berada di hadapan JM Tower hokkay!!! jangan main-main. hehe.

Naik je atas, aku likeee whoaaaa cantik nya idaaaa, cantiknya idaaaa. konsep butik baru ni nampak sangat elegant dan moden, berbeza dengan butik lama dulu. Aku suka sangat konsep butik baru ni. masuk je rasa FRESH! aduhhh tak boleh move on.

Antara sudut lain yang aku suka ialah Children corner ni, bab ni mak-mak suka lah, sebab apa? boleh shopping dengan aman, letak je anak kat kids corner ni, then boleh mula belek-belek baju. hehe. Bagus idea ni sebab kalau anak tak de tempat main, mesti dok kacau mak nak pilih baju kan, last-last bila anak merengek, " jom balik " tu je jawapan dia, terus tak jadi membeli. hehehe.

So lepas ni kalau datang sini, jgn risau tentang anak tau, hehe. dorang dah ada corner dorg sendiri. luls.

Selain dari kids corner, butik Minimalace yang baru ni luas tau, bila luas, banyak lah lagi section baju kan. bila banyak koleksi baju, mula lah semua rambang mata. Baju-baju design terbaru pun semua berkonsep kan moden dan up to date, boleh di gayakan dari remaja sampai lah ke usia mak-mak mcm kita ni, mak-mak pun nak bergaya jugakkkk. hehe.

Haritu aku sempat lah rembat 1 baju, memang dah lama dah usha Ajda Dress ni di IG, last-last dapat jugak, walaupun preggy nak masuk 8 bulan, gigih pakai dress. hahaha. nasib celuih tang perut. hahaha. Material dress ni sangat ' sedap ', selesa gila. dah bayangkan aku pakai off white, tak pernah-pernah pakai white. hahaha. Tapi tak nampak gemuk sangat pun kan, luls.

Ajda Dress ni dah banyak sold out dah di butik. Yang putih ni pun dah tak banyak size, kalau nak, cecepat g terjah okay, kalau tak sempat, beli online jeeee. tapi harini aku taknak cite pasal Dress, nak cerita pasal KEBARUNG AIRA. Bila pakai kebarung ni rasa mcm perempuan melayu terakhir sangat kan? Memang cantik.

Sampai hujung bulan ni, KEBARUNG AIRA ada SALE tau, dari harga Rm179 jadi Rm150 sahaja, dapat FREE pula 2 ketul dokoh emas. Kebarung Aira sesuai di sarungkan untuk ke Majlis-majlis dan ke event-event, kalau nak pakai untuk Majlis pertunangan pun okay, simple and sweet je.

Jika beli di Website, Harga tu dah siap promotion tau, kalau nak walk-in di butik, korang boleh guna code " BLOGGER " nanti dapat diskaun untuk Kebarung Aira ni. Jangan malu-malu, sebut je baca pasal promotion ni kat BLOG, nanti dorg bg lah diskaun tu. hehe.

SALE Kebarung Aira sampai HUJUNG BULAN ni tau! cepat beli, itu pun mcm dah tak banyak stock dah.

So siapa yang nak ke butik, ni ALAMAT BARU BUTIK MINIMALACE okay :

Alamat : No. 33A & 35A, Jalan Plumbum P/7P, Shah Alam, Selangor.

More info boleh follow dan rujuk -


Facebook : MinimaLace (ML)

Instagram : @minimalace

Waktu Operasi : Selasa - Ahad (11am - 7.00pm)

Tutup pada hari Isnin


Thank You for reading, Jangan lupa dapatkan Kebarung Aira okay! SALE sampai HUJUNG BULAN OKTOBER ni, Hanya RM150 SAHAJA!!!

4 comments:

Innanie Ariffin said...

Apa ni kak rara makin pretty!!!!!

Basyirah Abd Rahman said...

Rara, saje nk tny, pki camera ape.. Gmbr cantik dan clear

Jueliza Jamani said...

cantik2 jugak yer baju2 dia yer..

Nazlee Ismail said...

Alahai rara.. jelous pcl tgk pmpuan ngandung ni. rasa mcm nk suruh je mamaD pregnant jgk. Btw koleksi pakaian di butik ni memang awesome.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...