Image and video hosting by TinyPic

26 October 2016

Demam Again

Mengandung kali ni, antibodi aku memang lemah, kerap demam, sakit tekak, batuk, badan pun panas je, badan panas memang dari awal preggy dulu, serius memang panas gila. tidur wajib pasang aircond, dulu aku selalu kesejukan kalau pasang aircond, tp skrg, papa princess dah gigil gigil sejuk, tapi aku still cakap aku panasss panassss. hhahaha. 


Aku ingat lagi 2 minggu lepas aku tak sihat, lepas kenduri kesyukuran kat Ipoh tu, mmg masa tu, pinggang sakit gila, tekak perit, tahan lah sihat sikit lepas tu, ni dah demam semula, aku tak pasti lah sama ada kena hujan ke macam mana, sebab sebelum ni aku kalau kena hujan, relax je. Ni semalam bersin je satu hari, batuk, badan dah rasa lemah, mata dah merah. ahhh, itu aku tau dah, memang aku nak demam. sahhh!!!
Semalam beriye je menggayakan tudung satin yang aku jual tu, acah acah cun lahhh, pepagi beriye bersiap dari rumah, selalu malas, tup tup masuk lepas tu kemahen bersin, herot berot tudung, hahahaha. btw design kat atas ni masih available okay, nak beli boleh PM. hehe.


Dalam tak sihat pun, sempat lagi buat pavlova dgn brownies untuk cafe, cari duit lebih sikitttt. hehe. Gagahkan juga diri, itu pun amik oder cafe je, lain lain semua tolak, semalam ramai gila org WA tanya pasal pavlova, kesian sangat kena tolak, sbb aku memang tak larat nak paksa diri. kesian baby stress nanti. hehe. 

Esok dah boleh pergi kerja kot, rasa mcm dah ok sikit even batuk masih ada. selsema pun ada lg ni, yelah, nak makan ubat tak boleh, cuma wawa pesan, double dose kan vitamin C, baiklah. tengahari td dah makan, jap lg sebelum tidur makan lagi. Hope leh cepat sihat. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com