16 October 2016

GOJES gathering at Taman Botani Putrajaya

Bukan nak menafikan apa yang orang selalu kata, tapi memang betullah, benda yang tak dirancang tu memang akan jadi, yang di rancang-rancang tu jarang nak menjadi. Aku tak pasti ntah bila dorang ni plan nak buat gathering. tup tup ada timbul file kat group. Group kami hanya lah di FB, xde wasap-wasap group segala. Nak tanya pape, nak mengadu pape, ko tanya je kat group tu, nanti semua akan borak kat sana. best kan?! hehe.

GOJES punya penyertaan dah tutup tauuu. HAHAHA.

pas tu aku pun menyelit lah kat group, sbb Sabtu ni macam takde program pape, food review pun cancel. so boleh lah join. Lama tak jumpa dorg ni, last jumpa pun masa baraan raya tak silap aku. Semalam mintak izin kat papa Princess, memula takut nak ajak dia, sebab risau dia penat, balik dari Cafe lambat, then nak bagun awal pulak, tup tup dia kata, " jom lah pegi " hahaha yeayyy! seronoknyaaa. papa siap masakkan nasi goreng lagi, kami mmg bawak menu potluck je semua, xde beli-beli. Banyak gila makanan. kerjanya Gossip dan makan. eh Gossip xde sangat pun, sume sibuk melayan anak, then gelak. hahaha

As usual, kami bukanlah morning person, haha. so kul 8 baru siap-siap semua, kul 9am baru keluar rumah. dalam 9.30 sampai lah Putrajaya. Seplas nasi goreng cina by Papa dan brownies by me, gigih jugak buat brownies mlm td, baru diri 5 minit, adik baby dah menedang-tendang, mengeras. amboiii sangat kan!

Nasi Goreng Uncle Lan.
Budak kena bangun pagi, gini lah muka.
Kami tak pernah sampai Taman Botani Putrajaya ni, best jugak rupanya, siap ada org buat wedding lagi kat sini. Jauh jugak lah kami menapak. kena masuk dalam sikit untuk cari tempat luas, cantik sangat taman botani ni. Ramai jugak family dtg bawak anak beriadah, berbasikal segala. boleh sewa kat sini.

Sebahagian dari menu, masa ni tak ramai lagi sampai, baru ada Mimi, Allene, Nadt dgn Khai je, aku org ke 5. haha. lepas tu baru rombongan mak mak dr Rawang sampai. Lepas tu dah start kecoh dah, dengan yang sesat, dengan yang anak lari sana sini, dgn anak aku sibuk nak bagi fish makan, sabar jelah.


Sedap sandwich Khaiiii.
Kerabu megi mak mimi, pestime makan kerabu megi.
Apa lah 2 org dato ni borak.
Zafran yg good boy! siap lentok kat bahu aunty, empuk sangat ye.
Lepas aktiviti makan, aktivi meniup belon, mak mimi sponsor belon utk anak anak, seronok sgt masing-masing dapat belon, sudahnya kecoh masing-masing berebut nak meniup. pump nya ada 1. hahaha. layankan aje komerrr ye, aku mcm biasa, duduk makan jeee. haha

Habis sesi tiup belon, sesi bergambar pula. ni paling best, mak mimi jugak lah yang bawak props utk bergambar, dia jugak jadi photog, sbb dia ada camera paling canggih dan cantik dari kalangan semua. lols. TQ mak................. sampai turn aku, battery terus empty, nasib sempat jugak snap 3 4 keping. HAHAHA. Tempat bergambar pun 1 hal jugak, bola biru kecik tu sampai masuk dalam tasik, last last lembik lantern tu. Anak-anak pun dah mengamuk penat sbb dah 11 lebih.

amacam? terbaik kan photog kami.
Habis bergambar family, bergambar ramai-ramai pulak, ponnnn kecoh! hahaha. mana x kecoh nya, dengan anak berebut mainan, dgn anak nak susu, dgn anak kena langgar basikal, semua ada, mcm mcm ada. hahaha. Tapi kami dah biasa. mmg itu lah kami. hahaha. Mak mak sume cool jeee.

Neway, TQ korang untuk gather yg the best ini, walaupun ni baru suku, tapi meriah habis. Yang paling kelakar, gather kali ni kami tak cukup air, haha. memasing haus gila, mencari air putih, nasib x minum air tasik tu je. lols.

Lepas ni kita gather lg eh, tunggu aku habis pantang nanti tau! Tapi lepas ni aku sibuk menyusu anak pulak. hahaha. ntah berapa lama pulak lah baru kita boleh move on kan, kt group penuh lg gambar gather, yg x dpt join, jgn kecewa tauuuu, nanti suruh admin arrange lagi. hiksss. Sayang korangggg! muah3.

7 comments:

Nadia Johari said...

memang syok nampak gathering ramai2 macam ni..lagi2 mak2 gojes..taul aperempuan banyak bercerita

Chekgu Azrine said...

Terbaikla...walaupun xdpt join..tp akk dpt rasa kasih syg uols..proud of uols..rara..moga selamat bersalin ye..wish awal2...hahahaha

mrs kayrul said...

Laju giler ko update...x boleh move on lagi la...rindu korang

Inani Hazwani said...

Meriahh ! Sesekali gathering memang best kan !

Yana MIB said...

gathering paling best! gelak mcm hape je...haha terus ketagih nk join next gath..ehh! >_<

jida said...

Boleh piknik-piknik ye kat sini? Pernah dtg tmn botani ni tapi tak terpikir pula nak bawak mknn ke apa..

umie shahidah said...

Meriah meriah meriahhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...