14 October 2016

Pembawakan Korea, Lunch dan Aiskrim Korea

Hai korang, anggaplah entry ni entry pembuka bicara untuk aku menaikkan semangat aku untuk menulis balik, almost 3 weeks blog aku senyap sunyi, hoiii apa kesss safurara oiii~ mood dah kelaut dalam ke? ke laut mati? HAHAHA. Takde mood, tak larat, tak sihat, letih, semua ada korang! andddd aku banyak hutang entry. HAHAHA. Ampon yeeee. Aku sampai dah tak ingat nak update yang mana 1.

Harini Jumaat, rehat lama sikit kan, makanya, ada jelah yang melintas dalam kepala ni, rasa mcm ada benda je nak cari kat Midvalley, terus ajak kak Ain pergi Midvalley, kak ain pon okay jee, so lunch time je terus gerak, tak buang masa, TAPI, susahnyaaaa nak cari parking, hoiii bukan ke tengah bulan ni, hahahaha. Ingatkan takde orang, eh takkk! ramai jugak!

Aku pulak pinggang mcm dah okay sikit, dah boleh dah nak berjalan, so sakan lah, tu pun mcm jalan slow-slow je, tak leh laju-laju sangat. Tekak pun baru nak baik, pas tu macam teringin nak makan aiskrim tongkat @ Jipangi tu, kemahen kannn! hahaha. teringin jugak nak merasa, apa yang best sangat.

Haritu aku sakit pinggang korang, serius sampai nangis-nangis, aku tanya kat group gojes, dorg kata mmg gitu, aku just kena rest je, maybe sbb banyak buat kerja dan jalan masa buat kenduri doa selamat haritu, mmg ye pun, banyak buat kerja, so mmg badan mintak rehat, dah lah sakit pinggang, plus, tekak pulak sakit, nak telan ailio sendiri pun perit yang hamattt! mmg nangis nangis nak telan ailio, pergi klinik pun no point, tak leh makan ubat, so rest jelah aku, 2 hari aku baring je, minum air kosong dan roti, hari ke 3, pinggang okay sikit, and till harini, much much more better lah, tekak dah ok, but still tak boleh makan yang pedas-pedas lagi, but syukurrrrrr sangat-sangat. siksa sangat aku rasa haritu.

So reward kepada diri sendiri, moh makan sedap sikit dr biasa, kalau tak asyik lah gerai pak yob tip top je, hahaha. Harini kami lunch di Korea. hahaha. Eh, memula kami g cari aiskrim dulu, sbb kenyang lagi, lepas cari aiskrim, jalan-jalan Daiso, pas tu baru g makan. hahaha.

Aku memang nampak org ada up pic di IG, 4 fingers crispy chiken ni, ape bendanyaaa, sedap sangat ke? so dah tak tau nak makan apa, singgah lah kedai ni, ramai orang hoii, tapi nasib ada gak tempat utk kami berdua, tengok-tengok menu, ada kimcii lah, ada seaweed, ada skinny fries, amboiii kemahen. hahaha. tapi mak tetap setia dengan nasi, kalau xde nasi, nanti kebulur.

Aku makan Chicken Rice Box Combo, Rm19.90, aku tny, pedas ke? sbb tak leh makan pedas kan, so dia bg soy garlic, tak pedas katanya, air ais lemon tea. Lepas order, kena duduk dulu, nanti dorg buzz, ewahhh~ hehehe. Okaylah, 10minit borak-borak makanan pun dapat.

Aku dapat nasi lembik yang ditabur seaweed atas dia, nasi lembik bagus untuk aku yg sakit tekak, actually tu nasi jepun, kan mmg lembik. ada kicap manis, kimchii dan 3 ketul ayam goreng. Aku dah lah tak pernah makan kimci, nebes tau nak makan, tapi sedappp rupanyaaa, dia mcm pedas-pedas, tapi aku tak leh habiskan, tekak sakit bila makan pedas, so mkn nasi and ayam je.

Ayam dia sedap tau korang, mmg crispy lah, dia tak macam ayam KFC ke mcD ke, tapi sedap, katanya ayam fresh, takde MSG dan pengawet, bagus lahhh! sihat sikit. hahaha. Walaupun tak berperisa yang ' kuat '. tp ayam ni sedap, aihhh x cukup plak 3 ketul, ayam ni tak makan dengan sos pun dah sedap.

Kak Ain makan set burger BFF, amboiii sangat, BFF tauuu! hehehe. kak ain kata sedap jugak, set dtg dengan skinny fries, tabur seaweed, sedapppp~ next nak makan burger ni pulak lah. hehe.

Korang lepas ni leh lah g try, agak pricey lah, but okay, puas hati, dan mcm tak cukup lak rasa. haha. dasar kuat makan!

Okay, cerita pasal aiskrim tongkat ni pulak, Jipangi nama dia, ni kat Midvalley tau, kat tempat lain pun ada, ni pun teringin sebab pengaruh kawan-kawan jugak lah ni. haih! Nasib lah i ada kawan yg sudi melayan, hahaha. Tq kak ain. ada kawan suka makan pun best tauuu! ajak je mst OK punya.

Memula aku ingat, batang tu aiskrim juga, rupanya batang tu mcm keropok je, keropok jagung, then dalam tu dia isi aiskrim, tiap-tiap hari ada flavor of the day, harini ada green tea, so aku amik green tea + choclate. ermmm dap dappppp!

Takde lah pelik sgt rasa dia, mcm aiskrim biasa jeee, tapi sbb rupanya yg pelik tu kan, tu yg buat orang nak merasa tu. termasuk lah aku. lols.


aku amik paling ' mahal ' hahahaha. nak yang besar, besar Original, kalau kecik sikit junior, ahhh alang-alang seringgit, amik jelah besar. hahahaha. Sekarang ni asal ada nama Korea je, mst viral kan. korang bawak masuk lah product korea lain lagi, mst cepat kaya. hehe. oklah bai, sory kalau entry ntah hape-hape, aku pun tak tau aku cerita apa ni, hanya tau, semua pasal MAKAN jee. hahaha.

10 comments:

Yana MIB said...

mujur bkn tgh lapar...and bkn tgh peknen! hahaha kena ajak diana aa mkn kedai korea ni...dia pn kuat mkn gak..ngee

CikNaa said...

hahaha unik sgt bentuknya tu rara

kisah earty said...

nampak sedap...

Chekgu Azrine said...

Akk blm lg gamak nk makan aiskrim.tu...hahahahha...

Comel je rara ngandung..takde gemuk pun..perut mmg nmpk sgt boy nya..hahahaha

Shafuhan Smab said...

wahhhh, bab makanan2 korea ni sy mmg sukaaa , bila ada rezki nak merasa ni. -,-

Eray Majid said...

unik sungguh bentuk aiskrim tu. sudah berapa bulan tu? jaga diri elok-elok tau

IK Tia said...

ohhh. ni ke aiskrim nya. ada juga jual dekat 1borneo sabah. tak pernah rasa. hehe.

mrs kayrul said...

Lama x g midvalley....nak cari gak la kedai korea tu..hihihi

Inani Hazwani said...

Dapnyaaaa kak Rara ! Nani suka gak makan dekat 4Fingers tu tapi takde lah pergi makan selalu sebab harga dia boleh tahan. Hahah !

Manusia Berubah said...

teringat-ingat dan terasa-rasa pula kat tekak ayam dalam burger BFF tu.. sedaaaapppp...!!

bila nak repeat lagi ni..? hehehehe..
tunggu mak yong lepas bersalin dan selesai berpantang la ekk... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...