27 October 2016

Scan 3D/4D adikbaby

Hai korangggg! After sebulan scan baru nak update pasal scan adikbaby, nampak tak nampak tak betapa busy nya mak, hahaha. Busy plus tak sempat wehhh. Nak menaip kena ada mood, mood haritu ke laut dalam, ni baru nak ambil mood semula.

Kami sebenarnya tak plan pun nak scan 3D/4D ni, sebab tiap kali check-up, mmg doc akan scan, tapi bukan details scan, just scan suka-suka, hihi, Doc Sajidah tempat aku check up tu, dia mmg jenis suka scan baby, suka tengok baby. hahaha. Aku pun suka jugak! sbb tiap-tiap bulan dapat tengok baby, Kakak imann sophea pun suka.

Tapi lepas tengok kak Ctmah pergi buat scan 3D/4D, ehhh aku pun mula lah sibuk, kak ctmah lg best! siap dpt FREE lagi! huaaaa. nak jugakkkk! ( kak kalau ko baca, silicon breast pump ko, ada kat aku lagi, jgn lupooo, HAHAHA )

Then aku pun cecepat wasap papa, papa! jom pergi scan adikbaby! HAHA, mmg dasar sangat jenis tak menyabar, ni sume ikut perangai mak aku lah ni, #ehh! salah kan mak pulak. luls. then papa balas, " ikut lah " eiiii, tak suka ayat tu, bukan nak get excited sama-sama kan! hahaha. biasa lah lelaki kan. dia excited, tp cuma taknak tunjukkan je.

Aku pun apa lagi, terus bukak page 3D 4D scan Malaysia, trus make appointment, pantas kan? (book hanya online tau ) kebetulan hari tu hari rabu, scan di Klinik Fauziah Ampang tu memang hanya ada hari Isnin dengan Rabu je, so petang tu jugak aku book, kul 6.20pm. Dasarrrrr tak menyabar. Papa pun layankan je ibuu.

Dulu masa kakak Imann Sophea pun scan di Klinik Fauziah, masa dulu dengan doc.Jezz, dia best, pandai sangat pujuk baby. cakap dengan baby. Masa kakak dulu pun Rm100 je, skrg dah naik rm20, so jadi Rm120 lah, but consider murah lagi lah dr yang lain.


Tujuan aku yang sebenar untuk buat scan ni sebab nak confirm kan betul-betul gender adikbaby, sbb masa tu kan baby segala tak beli lagi, so nak confirm kan lah konon, then baru lah seronok nak cr baju segala. Then nak details scan, tengok tangan, kaki, jumlah air ketuban segala lah.

Masa aku pergi scan, aku dah 27w, 27week adalah satu masa yang baik untuk scan, sebab masa ni baby dah nampak chubby sikit, seronok lah tengok pipi yang dah menembam tu kan. hehe. Masa ni, adikbaby masih sonsang lagi, sobs, then salah aku, aku pergi petang, petang dah lah memang waktu dia tidur, bukan waktu aktif dia, so sepanjang scan, dia marah! hahahaha. Muka MASAM! nak pujuk dia tunjuk muka, mmg susah gila! siap buat mulut wehhh! hahaha.


tengok tu, menjuih je mulut marah ibuu kacau dia tidur, doktor suruh aku mengiring lah, telentang lah, doc goncang-goncang perut aku, dia buat relax je, dia tidur je, siap menguap 2 3 kali tau, eh geramnyaaaa, tunggu lahir nanti, ibuu gigit-gigit dia. hehehe.


Ni gambar dia menguap, ko tengok, dia buat relax je, tak peduli, mmg susah lah nak tengok muka, ni sebenarnya dah HD dah ni, tp sebab tak jelas kan, nampak cm 3D je. Doktor kata, even aku baru 27w, tapi panjang tulang kaki dia dah 29w, kira baby besar lah dr week dia yang sebenar. Alhamdulillah kandungan semua okay, progress tumbesaran pun okay, air ketuban cukup, uri pun kat atas, cuma dia je sonsang lagi masa ni, tapi haritu check-up, baby dah turun bawah. Alhamdulillah. #prayforvbac


Tapi kan korang, aku sengaja lah mengadu kat admin mereka, yang aku mcm sedih lah tak dapat tengok muka baby, lagipun dorg kata, kalau tak dpt tengok muka baby dengan jelas, kita tak payah bayar kan, tp haritu aku tetap bayar rm120. So lepas mengadu, dorang setuju untuk aku pergi scan baby lagi sekali kat Kelana Jaya. wuuhhuuuuu. So esok dapat lah scan adikbaby lagi skali secara FREE. Yeay! apa-apa nanti aku cerita lagi sekali kat korang okay! hope esok adikbaby bagi kerjasama, kasi chance lah ibuu kali ni, lepas ni kita jumpa in reality ye dik. kihkih.

Tunggu next entry aku okay! baiii, thanks for reading.


5 comments:

Dalila Zakaria said...

Ok jugak la nampak muka baby walaupun tak clear..
Kitaorn hr tu scan 4d nampak telinga baby je..
Baby tak nak tunjuk muka..haha..
So kira surprise la nanti..

shamiera osment said...

Esok ami scan jugak kt kj..tp mlm..haha

sya mimie said...

Seronok dpt scan baby mcm ni. Teringat masa scan zara dlu. Rsa x puas je tgk dia. Dlu zara pn jnis xmo bg kerjasama..

mrs kayrul said...

Adik bbay penat la ibu petang2...tido lg best....ihihi

CikNaa said...

Alalala comelnye adik. Siap menguap lagi tu haa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...