Image and video hosting by TinyPic

11 November 2016

AWAS!!! Gambar Korang Juga Pasti Akan Dicuri

Perlu ke letak watermark pada gambar? Ermm ramai tertanya-tanya kan, aku as blogger, selalu semua gambar aku letak watermark, untuk entry, tp selalu, gambar yg aku post di IG or FB aku malas letak watermark, malas lah nak edit edit, selalu jenis snap trus post. Setengah orang lain memang rajin letak watermark.

Haritu kak diana dah pesan kt aku, rara, gambar letak watermark ( gambar triple choc cheese cake ) sebab dia kata gambar cantik, nanti org curi, so aku letak lah, betul gak apa kak diana cakap, tp gambar tu jelah. Gambar lain aku tak letak. Tambah tambah gambar selfie, lagi lah tak letak, pada aku, siapa pulak yang nak curi then mengaku diri dia ye dak. Haha.

Tapi kes semalam memang sangat mengundang, mcm kelakar, mmg akan ada org yg saiko yang akan ambil gambar kita dan mengaku itu diri dia. Serius weyhhh??? Apa korang dapat. Tak malu ke? Tapi aku rasa, akaun fb tu mcm fake. Aku try cr orang tu, tp tak jumpa.


Ni picture semalam, ada orang send kat aku, ntah sape sape ntah Nor Rashida Mohd Haji ni, hahaha. nama pun dah pelik. ada ke orang nama bapak mohd haji? kalau haji mohd logik gak. Then siap mengaku cakap aku ni dia, dan tak tahan, siap cakap baby look like my hubby, kemahen nak panggil hubby kat laki aku, perghhhhh. seyes saiko. hahaha.

Aku cari acc fb ni, tp tak jumpa, aku cuba add masuk dalam group tu, tp close group. Eiii macam macam kan manusia skrg ni, pelik pelik. aku pun tak faham. Tapi memang tak mustahil akan ada org mcm ni tau.

Korang tak rasa ke gambar korang pun ada dicuri, tp cuma tak tau kat mana penggunaan dia. ermmm. so moral of the story, kena lah buh watermark pada gambar yang di rasakan berisiko untuk dicuri ya! hehehe. sbb kes kes curi gambar ni dah banyak dah aku tengok, tapi selalu bukan aku yang kena, tetiba kali ni aku kena, serius nak gelak guling guling. hahahaha. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. rasa apa er curi gambar orang?seronok agaknya.

    ReplyDelete
  2. alamak, lama dah tak letak watermark..huhu

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com