26 November 2016

Betul ke filem UPIN IPIN JENGJENGJENG SAMPAH???

Hai korang, actually ramai yang tanya aku, best ke Upin Ipin Jeng Jeng Jeng? Best ke best ke? Ramai minta aku review, aku tak sempat nak review sbb esoknya aku terus masuk spital, haha. Idaklah masuk, cuma pergi hospital Ampang untuk checkup, sbb dah rasa sakit, rupanya baru 1cm. Kofkofkof. So mak berehat je lah kat rumah. Kak Nanie lah punya pasal ni! Masin betul mulut. Tapi aku rasa mcm lambat lagi je nak bersalin ni.

Sehari lepas tayangan, viral 1 status hakak ni, katanya Filem Upin Ipin mcm SAMPAH. Ermmmm, tak baik sebenarnya nak labelkan hasil penat lelah orang macam tu kan. Bukan senang nak buat sebuah filem, nak nak filem yang melibatkan animasi dan juga dunia real. Aku dan laki aku salute gila kat Puteri Balqish sebab gaya dia berlakon tu seperti Upin Ipin tu betul-betul wujud. Bukan senang ye. Yelah, bayangkan nak hidupkan watak yang tak ada, mcm mana kan? Tapi Balqish berjaya lakukannya. Tahniah.

Bab yg hakak ' sampah ' tu kata lepas 20 minit baru keluar upin ipinnya, aku rasa tidak lah sampai 20 minit, tak sampai pun. Tp mmg take time lah upin ipin nak keluar, yelah, watak Upin Ipin tu kan mcm datang kejap kejap je, so takkan awal awal dia nak keluar, bila Aqish ada masalah baru Upin Ipin keluar. Memang jeng jeng jeng sikit lah, Upin Ipin takde all the time, jap jap je dia keluar.

Aqish ni anak yatim piatu, dorang duduk di rumah anak-anak yatim, Aqish ni minat sangat-sangat dengan Upin-Ipin, disebabkan dia terlalu percayakan Upin Ipin dan sukakan Upin Ipin, lama-kelamaan Upin Ipin memang muncul depan Aqish bila Aqish dalam kesedihan atau kesusahan. Budak-budak lain tak boleh pun nampak Upin Ipin ni, hanya Aqish sorang je kerana dia terlalu sukakan Upin Ipin, semua barang Aqish mst Upin Ipin, hari hari pakai baju upin ipin jeee. hehe. ( sedikit sinopsis dari aku ) hehe.

Memang Princess tunggu tunggu dan tanya-tanya mana Upin mana Ipin. Dan paling parah bila dia tny mana Mail? mana Mei Mei, mana Ehsan. Alamak!!! Hahaha. Tapi aku cakap lah, dorg takde, ada Upin Ipin jeeee. Then dia faham lah. Tapi yelah, budak kan, mana nak faham sangat, nak nak pulak ada Awie dan David teoh. Mak bapak jelah yang seronok tengok. HAHAHA. makpak yang over!

Cerita ni berunsur emosi sikit, ada sedih, ada juga gelak, time gelak-gelak tu budak-budak memang suka, tp time sedih tu, budak budak tak faham sangat. Mak mak yg over sedih. Hahaha. Budak budak bila part nangis tu dia like, kenapa sedih, kenapa nangis, so kena cerita balik kat dia, kesian kakak nangis, kesian kakak, abg tu nak ambil rumah dia. Gittew.

Bagi aku, budak atas 6 tahun takde masalah untuk faham cerita tu, cuma bawah 6 tahun ni, kita kena explain kat dia, tp bila time upin ipin keluar tu, seronok habis lah, nak nak bila Upin Ipin keluar je, ada lagu ' jeng jeng jeng ' haha. Sampai harini tak habis habis jeng jeng jeng nya.

Untuk lagu, untuk animasi, untuk jalan cerita, bagi aku semua okay, cuma kalau ada watak watak kawan-kawan upin ipin lain. Mst lagi best. Tak sabar tunggu Upin Ipin the movie pulak, mst lagi best. Bagi yang nak menonton, jangan lah pula sebab viral tu korang tak nak pergi tengok, sila pergi, pendapat kita lain-lain, jangan dengar ckp org. Hehe. Ada je orang lain yang bawak anak, okay je, anak dia layan je cerita tu.

Kalau tanya kakak Princess, best tak cerita Upin Ipin? Dia kata besttt! Kesian kakak nangis. Cuma masa takde watak upin ipin tu dia siap ajak keluar. Katanya upin ipin xde. Hahahaha. Sabar jelah. Tapi kami berjaya tunggu sampai cerita habis. Dia seronok masa Awie nyanyi lagu Jeng Jeng Jeng tu.

Tahniah buat team-team ' Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ', hope lepas ni dapat lebih menjiwai jiwa anak-anak, sebab sedih-sedih ni anak-anak tak faham sangat, dorang tau nak happy-happy je. hehe.

Sekian review dari aku. Hahaha. Jangan lupa, pergi tengok. Tapi korg jgn biar anak tu bosan, kena cerita cerita sikit kat anak yg tak faham tu, kenapa kakak Aqish nangis, kenapa itu kenapa ini. Gittew.

Hehe. Okbai! ( sorry kalau review tak best, tetiba mcm tak reti nk review movie ) hahaha

Kalau nak baca tentang 7 sebab menarik KENAPA korang perlu tonton Cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, boleh baca disini :


Lagu Jeng Jeng Jeng : 

7 comments:

husna zahidi said...

setiap org ada pandangan dan pendapat memasing.. berkaitan post akak tu kat fb, husna rasa yg lain tu tak patut tambah gula garam.. benda akan jd bertambah buruk.. huhuhu..

Inani Hazwani said...

Tak baik beetul yang keluaran statement tu. Haihh lah. Nani ni pun taksabaaar nak pergi tengok :D

idzwa kamaruddin said...

Tak boleh nak komen sebab tak tgk lagi.

Kafai Islahiah said...

Assalamualaikum akk tolong bagi no telefon tukang urut yg akk kenal boleh? Perlukan segera. Tq.

Anonymous said...

Moral cerita ni =
Kita boleh gunakan anak2 yatim utk kepentingan diri sendiri (contoh: bayar hutang along) dgn memaksa depa buat konsert amal (tipu org ramai pun boleh sbb tujuan konsert ‘amal’ ialah utk bayar hutang along) walopun kita ada Ferrari (yg boleh dijual utk langsaikan hutang).
Dgn sikap selfish tu juga kita boleh nampak ikhlas menolong dan akhirnya dapat kawin ngan heroine (walopun pada mulanya begitu benci pada kita)
Senangkan jadi orang kaya yg ada Ferrari? Buli je anak2 yatim ni..

Love Razila said...

Eh... Awak pregnant ye...Tahniah.
Baru nak wish sebab dah bertahun x sempat nak berblogwalking HUHUHU.
Ok, bab filem ni memang sedih ...aku pon sedih sekali and as u say, my Iman tanya, why mummy so sad, why crying?? hahaha budak 3y mana paham naw cerita tu so kene explaint juga ler...

raihanah said...

ok juga kan, boleh tengok bawa anak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...