15 November 2016

Boleh Beranak Normal Tak Ni?

Pejam celik pejam celik, lagi sebulan je aku nak bersalin. Kejap je, semalam doktor bagi due date yang betul-betul baru. Aku pun tak tau kenapa due date aku asek berubah je, kejap 16hb, kejap 18hb, kejap 12, macam-macam tarikh, tapi semalam lepas jumpa Pakar di Hospital Ampang doktor kata " awak pegang tarikh 19hb Disember, jangan ingat tarikh-tarikh lain tu dah " errr okay baiklah doktor!

Ramai yang tanya, kenapa aku kena pergi jumpa pakar. Okay meh nak cerita sikit. Kenapa aku kena pergi jumpa pakar untuk beranak kali ni? Okay, masa aku bersalinkan Kakak Princess dulu, kakak Princess sonsang ( breech ), memang aku masa tu tak tau dia sonsang. Aku pergi check up kat KK Cheras Baru, masa di KK, sepanjang aku checkup, scan baby hanya sekali je! then lain-lain cuma check biasa. Sampai 35w aku pergi buat scan 3D 4D, doc kata Princess masih sonsang, so aku tunggu lah lagi sampai 36w, pergi checkup KK, masih lagi doc tak scan, just buat ultrasound je dengar jantung baby, aku masa tu mana lah tau nak tanya-tanya apa, takut dekat nurse-nurse KK tu, sampai lah aku dah bercuti, balik Ipoh, KK di Ipoh call suruh dtg checkup, bayang kan! disebabkan aku, kecoh habis semua KK tu, sume bising sbb aku dh 38w masa tu, tapi baby sonsang tapi masih relax-relax lagi. choiii! kena marah hoi!

Dorang terus suruh aku pergi Hospital Besar Ipoh ( Now Hosp Raja Pemaisuri Bainun ), sampai sana pun kelam kabut lagi, bayangkan masa tu papa Princess masih kerja kat Manjung, aku sorg-sorg drive sendiri, aku kelam-kabut suruh adik aku teman. Sampai hospital, doc suruh terus beranak petang tu, ko ghase???

Dah lah laki takde ni, aku kena paksa beranak! hahaha. aku dah nangis teresak-esak dah kat hospital. Sebelum tu Doc cakap dia nak pusing baby, tapi aku tak nak, aku tau pusing tu sakit, so aku cakap, takpe, aku nak CZER! hahahaha. Doc kata okay, kul 3pm masuk wad! sok pagi lepas subuh beranak! hahaha. kelakar gila rasa.

Padahal aku nak bercuti rehat-rehat 2 minggu kat Ipoh, last-last balik Ipoh kena beranak. hahahaha. Terus call laki aku, nangis lagiii! hahaha. Papa Princess pun terus balik, sampai ipoh, aku siap-siap beg, terus g hospital, rezeki aku, kat Ipoh dapat 1st Class ward. so dapat lah papa Princess teman.

Ok, nak dijadikan cerita, tengah malam aku ada bukaan 2cm, kena tolak g LR kul 12am, tengah-tengah malam emergency czer. hahahaha. mmg kelakar sungguh kisah beranakkan kakak Princess dulu.

Sooooooooooooooooooooooooooooo! haih panjangnya mukadimah! selepas 4 tahun ni, nak beranak lagi skali! aku kena refer pakar sama ada aku KENA czer semula atau boleh beranak normal? kalau nak beranak NORMAL selepas czerkan anak sulung, dipanggil dengan istilah VBAC, Vaginal Birth After Czer.

So semalam aku discuss dengan doc lah pasal kes ni, memula doc scan dulu tempat czer lama, dah lah doc lelaki yang scan semalam, malunya makkkk!!! doc tunjuk memang baby dah kat bawah, uri ok, air ketuban okay, semua okayyyyy! Alhamdulillah sangat! Aku bersyukur. Tapi kes tu belum habis lagi, tu baru scan. Belum doc terangkan apa-apa lagi.

Lepas duduk sekejap, doc panggil lagi, masa ni dah debor dah, doc kali ni perempuan, doc ni muka nampak tegas, tak senyum, senyum pun sikit-sikit je, tapi sangat bagus. Ada buat lawak, tp lawak serius sikit. HAHAHA.

Doc tanya aku mcm mcm soalan tentang previous czer, tanya aku ada sakit apa-apa ke, pernah operate apa-apa ke, mcm mcm lagi lah, so semua tak de! hahaha. So doc kata okay! " kita bagi awak try NORMAL " tapiiiiiiiiiiiiiiii! kena dapat surat black and white dari Hospital Ipoh. Dorg nak tahu yang masa aku czer dulu, ada masalah apa-apa tak, kalau takde, so proceed Normal. kalau tak! dorg akan bagi tarikh czer, sobs! terus aku debor.

Tapi buat masa ni, doktor suruh aku tunggu untuk beranak normal, then dia terangkan all procedur kat aku, masa dia terangkan tu, Ya Allah, korang tau tak, aku rasa nak nangis. ntah kenapa aku nak nangis, aku tertanya-tanya dalam diri aku, boleh ke kau safura? boleh ke? mampu tak?

Sebab, masa aku beranak kakak Princess dulu, memang aku langsung tak rasa sakit, tak rasa mcm mana sakit nak beranak. senang sgt aku beranak, 15minit czer dah keluar baby. Lepas tu nak jaga czer aku pun tak lah susah, biasa-biasa je

Tapi bila doktor terangkan pasal beranak normal kali ni, aku like ermmmmm, ntah lah, susah aku nak describe perasaan aku ni, aku takut, aku tak tau mcm mana rasa dia, mampu ke aku teran? Bila laki aku pun sibuk nak join nervous, korg ghase?? lagi lah aku nebes. hahahahaha.

Doc kata dia bagi aku tunggu overdue, lepas 29hb, kalau tak beranak, dia akan induce aku, incude kat hospital ampang dengan cara masukkan ubat, dia masuk sebiji di miss V, then pantau baby, kalau takde pape, masuk lagi sebiji, tapi risikonya, baby akan stress. Allah, kesian pulak aku dengar.

Beranak normal, baby risiko, beranak czer, aku yang risiko. 2 2 pun ada risiko. itu belum doktor cerita lagi pasal kalau dah bukak, tapi tak boleh teran, terus czer, hah belum masuk bab tu lagi. Seyes smlm masa dengar, aku dah bolak-balik, takutnyaaaa.

Doc kata, 4cm je dia akan tolak aku pergi labour room, 4cm, dia akan tunggu 4 - 8jam, kalau takde bukaan lagi, dia akan cek servik, cek baby, cek mcm mcm lagi, then kalau okay, tunggu lagi sampai 12jam, kalau takde bukaan juga, terus CZER. huaaaaaaa.

bila czer pulak. anak kedua ni, mcm-mcm risiko ada, aku malas lah nak cerita kat sini. kang mst aku nangis sebab takut. Tapi semalam papa Princess pujuk, doa banyak-banyak, insyaAllah semua okay, semua akan selamat, jangan fikir yang bukan-bukan.

Aku sampai termimpi-mimpi. Excited nak dukung baby, nk cium bau syurga, tapi nak beranak tu, hahaha. mcm ngeri sikit. Kalau ikut kakak Princess dulu, dia keluar awal 2 minggu, kalau adik keluar awal 2 minggu, means. 3hb Disember 2016 aku beranak. hihi! Excited kannn! hahaha.

Dah lah semalam dah salah paham, kwn-kwn FB semua jadi pom pom girl, bagi semangat kat aku ngat aku nak beranak dah, hahaha. padahal baru jumpa pakar. TQSM korang! InsyaAllah, apa-apa pun aku cuba Normal, mcm aku selalu cakap #fightforVBAC, buat apa aku nak beralah awal kalau dr mula-mula mengandung aku dah minta kat Allah s.w.t untuk dpt beranak normal kan.

Aku cuba, aku tetap akan cuba, aku tau InsyaAllah aku boleh!

Doakan aku, doakan aku ye korang! walaupun semangat aku sebenarnya sikit-sikit hilang, tapi aku tetap akan cuba, yelah, siapa tak takut nk beranak kan? pertarungan hidup dan mati, kalau mati, mati syahid. bayangkan lah! Doakan aku selamat. Ya Allah, semoga Kau permudahkan segala urusan ku Ya Allah. Amin. Sekian entry panjang pagi selasa. #mencarikekuatan

17 comments:

Inani Hazwani said...

Aaaaa Nani yang baca ni pulak terpegang pegang perut sendiri. Dah kenaapaaa Nani. Haha. Moga dipermudahkan semua urusan kak Rara! Aminn. Insha Allah semua okay :D

Jueliza Jamani said...

Semoga dipermudahkan amin....

Mizz ErMa said...

insyaallah sis, semoga semuanya dipermudahkan..1st baby sy ritu awal 5 ari dari due, yg 2nd baby pulak awal 10 ari..hihi

Ibu Dilah said...

InsyaALLAH.. Rara boleh.. semoga dipermudahkan semuanya.. dilah dulu pun VBAC jugak.. anak 1st pun bersalin czer sbb baby bessar.. time tu belum ada rasa sakit langsung.. memang berdebor x tau mcmana rasanya sakit nak bersalin normal.. InsyaAllah, kalau xde pape masalah kesihatan, semuanya ok.. RARA boleh!!

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah dipermudahkan

Fiza Rahman said...

InsyaAllah ra. Mesti boleh normal. Jgn fikir bukan2. Think positive. Jgn menyerah sebelum berjuang.... Cewahhhh.... Baca doa nabi yunus banyak2. Banyakkan berjalan, banyakkan naik tangga turun tangga. Doa panjang2 masa sujud terakhir tu. InsyaAllah.. Smoga dipermudahkan

#fightforVBAC 💪💪

Chekgu Azrine said...

InshaAllah rara blh..kalau normal lg senang nak jaga..nak baik..pastu blh beranak ramai..eh!!akk salah 1 sbb takmo anak lg sbb akk dh jd takut nk beranak..sbb lg beranak ramai lg sakit...huhu..lain org lain pengalaman kan?

Mila Hilas said...

insyaAllah awak boleh....dah 4tahun awk bsalin czer kan, mesti blh normal kalo diizinkanNya....belaja cara2 nak push nanti hehe

Nadia Johari said...

Inshallah, kak rara boleh punya...nad dulu pun firstime..bila dpt rasa fikir, nak keluarkan anak je..ehhe

idzwa kamaruddin said...

tak sabar nak tunggu adik pincess!

ameris said...

think positip raa... Insyaallah baby & raa selamat.
akk doakan yg terbaik utk raa..
semoga segalanya berjalan lancar. aminnn

LiNda said...

InsyaAllah rara mesti boleh, doa byk2. Linda doaqkan semoga semuanya dipermudahkan, linda pun dlu bersalinkn adra czer..huhu..cuak lak nak mengandung lagi..huhu

Mila Ahmad said...

semoga boleh beranak normal.dipermudahkan segala urusan. dilancarkan semasa proses kelahiran.Banyakkan doa.

ArELeEz said...

semoga sumenya lancar, dip'mudahkn dgn kelahiran baby yg sihat & sempurna. aminn..

Maria Firdz said...

Semoga dipermudahkan... Banyakkan berdoa, zikir,solqt hajat dan solat taubat...

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Insyaallah Rara boleh... Doa & kuatkan semangat... Akak nie yg first normal, second normal, ketiga operate, coz baby dah berak kat dlm... Yg ke-4, Alhamdulillah dapat normal... Yg ke-5 hahaha tak tau bila...

anur zakaria said...

u can do it sis..semoga semua nye selamat..faham sgt perasaan u tu..debar2..
i pon br je 70 hari lps dr pengalaman..anak 3-3 pon induce..
fight for normal girl!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...