Image and video hosting by TinyPic

21 November 2016

Cara Rawat Bibir GELAP atau LEBAM Dirumah Dengan Kos yang Murah dan Selamat

Set Rawatan Untuk Bibir Lebam


Assalammualaikum korang! hai! kembali bersiaran untuk saluran " beauty with Safurara " hahahaha luls. Kembalinya saya untuk bercerita tentang beauty tips. Hoi, mengandung kali ni suka sangat barang cantik, sume item yang wangi-wangi, tapi more to natural, tak suka yang kuat-kuat sangat baunya. Kalau dulu bau petrol tu, aku suka sangat, tapi kali ni, no no no, tak sukaaa, wek wekkkk~

Korang ada masalah bibir lebam tak? ke masalah bibir hitam ke? kita ni ompompuan, walaupun tak merokok, bibir kita ni kadang tu lebam teruk kan? sebab bibir lebam walaupun tak merokok? of course sbb lipstik yang kita selalu guna tu. Aku dulu pernah mengalami bibir lebam yang teruk yang hamat lepas pakai lipstik dari jenama A**N, serius ah lepas tu tak beli dah dari jenama tu.

Bila bibir kita lebam terus, nak pakai lip balm saje pun nampak tak cantik, sbb bibir dah kelabu. kena pakai lipstik berwarna terang untuk cover lebam tu, tak syiok lah kan! kadang-kadang nak juga feeling natural beauty. kihkihkih.

Okay, harini nak cerita kat korang, mcm mana nak rawat bibir yang lebam ni, bibir lebam boleh dirawat sebenarnya, jangan risau, cuma kena sabar sikit lah. Kali ni aku memilih untuk menggunakan rawatan natural dan organik. Nammo lah chemical banyak-banyak sangat, kesian kat baby kan.

Set penjagaan bibir dari Purebysafiyyahosman


Set penjagaan bibir ni ada 3 item, iaitu LIP SCRUB HOMEMADE KISS ME, HOTLIP LIPBALM MADE FOR KISSING, BEETRED CHEEK and LIPTINT. Amacam nama setiap item, menggiurkan kannn~ hehehe. Aku suka sangat 3 3 item ni, sebab bila apply, bau sangat " nyaman " sedap je, bau yang natural, dan yang penting, lagi kerap menggunakan, lagi sihat bibir kita. Sihat dan akan hilang lah lebam bibir tu.

Apa kebaikan Set penjagaan bibir ni?

- Tidak menghitamkan bibir.
- Tidak mengandungi sisa petroleum.
- Tidak merosakkan bibir.
- Tidak mengandungi pengawet.
- Tidak mengandungi bahan kimia.
- Tidak mengandungi pewarna tiruan
- Tidak mengandungi pewangi tiruan

Okay jom go through satu-satu item.


Lip Scrub Homemade Kiss Me

Gambar di atas ialah Lip Scrub Homemade Kiss Me, Lip scrub ni best sangat sebab, kalau TERmakan pun takpe, sbb manis. yelah, gula kan! memang lah manis. hahaha. Aku suka lepas gosok-gosok dibibir, then basuh, rasa lembut je bibir.

Lip scrub ni adalah untuk buang kulit mati di bibir kita, dan memberi kelembapan yang maksimum untuk bibir kita tau. Tak perlu guna hari-hari, cukup hanya 1 - 2x seminggu je. Sambil-sambil mandi tu, gosok je, bukan lama sangat pun, sila jangan malas. hehe.

Bahan utama : Pomegranate, Olive oil, Fine sugar cane organic, Pure honey, Sweet almond oil, Vitamin E oil.

Ni gambar selepas menggunakan Lip Scrub, nampak cerah sikit kan bibir aku, kalau teruskan pakai ni, insyaAllah, tak lah teruk sangat lebam tu. Kalau tidak sebelum ni, memang teruk sangat. Dah mcm merokok pulak. luls.

Kalau nak beli Lip scrub saja, harga dia Rm15 untuk 30gram okay!


BeetRed Cheek and Liptint

Okay! seterusnya, nak cerita pasal Lip Tint ni, ni pun item yang aku paling sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! hahaha. feefeling korea sangatttt! nampak bibir natural, merah-merah delima gittew~ Biasa kalau beli lip tint korea yang dorg jual tu, warna dia mcm fake sangat! then bila nak solat, susah tau nak hilang, tapi Lip Tint Pure By SO ni, tak payah risau, senang je hilang, then Halal, boleh je bawak solat.


Liptint ni, kalau nak apply, kena 2 3 kali tau, tak boleh sekali je, okay mcm ni, dah apply sekali kat bibir, tunggu kering sikit, apply lagi, then kalau tak puas lagi merah tu, apply lagi skali, aku selalu apply 3 kali, kali ke 3, apply di bahagian dalam bibir je, baru lah feeling mcm artis Korea gittew~

Rasa dia manis juga! hahaha.

Tapi sangat best! Dia tak merosakkan bibir tau! dan yang penting, bibir tak hitam, kalau saja-saja nak keluar, apply je liptint ni. DAN YANG PALING BEST! lip tint ni boleh juga dijadikan blusher tau! jangan lupa apply di cheek korang! ni pun aku suka sbb memang nampak natural sangat pipi tu, yelah, kengkonon kan nak pipi nampak merah merah, hehehe.

Bahan utama : Stevia, Beetroot extract, Aloe vera, Castor oil, Vit E oil.

Senang je nak guna, dap dap 2 3 titis secara menegak di pipi, then dap dap kasi nampak rata, tengok mcm aku pakai tu, nampak pipi mcm merah semulajadi kan. hehehe. Feeling Korea lagiiiii. HAHAHA. Aku suka sangattttt!!! Harga untuk 8ml Lip Tini ni hanya Rm26. Berbaloi kan! boleh pakai lama. Princess pun suka nak pakai, tapi aku bagi je sebab mmg selamat untuk anak-anak juga.

Hotlip Lipbalm Made For Kissing

Hah jangan main-main tau nama dia, Made for Kissing tau! hahaha. nak kiss je kena pakai ni, kiss suami je, jgn orang lain pulak. hehe. lipbalm ni, item paling wajib korang ada, kalau rasa-rasa bibir kering je, terus pakai. mesti tak kering. Anak pun kalau bibir kering dan pecah, boleh pakaikan pada dia. Lipbalm yang sesuai untuk kanak-kanak.

Lipbalm ni hanya Rm18 untuk 5ml, pun boleh pakai lama juga, semua item boleh pakai lama, tapi jangan sampai bertahun, sebab dia organic, tiada bahan chemical, 6 - 8 bulan okay lah!

Lipbalm ini boleh digunakan untuk melembabkan bibir,merawat bibir yang luka dan pecah, membantu mencerahkan bibir yang gelap akibat rokok dan lipstick. Boleh digunakan setiap hari.

Bahan utama : Shea butter, Virgin avocado oil, Sweet almond oil, Coconut oil, castor oil, Beeswax, honey, Stevia extract, Vitamin e.


PUREbySafiyyahOsman produk organik Malaysia nombor satu


Masuk yang ni, dah dua kali aku review barang PURE by SO ( Previous Review ). Dan semua produk aku suka dan sangat berpuas hati. Produk organik yang murah dan mampu milik. Kenapa perlu bertukar kepada produk organik? aku rasa tak perlu kot nak ceritakan, semua pun tahu, barangan yang ada chemical ni memang kesan dia nampak cepat, tapi lama-lama penggunaan adalah tak bagus untuk badan kita.

Aku pun slow-slow nak bertukar ke produk yang natural, organik dan less chemical. Risau weh, penyakit macam-macam skrg ni, risau kan. Baik makanan, baik produk kecantikan, atau apa-apa saja barang kegunaan harian kita lah.

Lepas ni, bermacam lagi produk organic yang PURE by SO akan keluarkan, so, korang stay tune okay! harga mereka semua mampu milik itu yang best sangat tu. Gambar-gambar di bawah semua gambar selepas aku menggunakan produk penjagaan bibir dr Pure. Bibir nampak natural je kan. hiks.

So! kalau korang pun nak cuba set ni boleh lah dapat kan segera, Harga each item aku dah tulis kat atas, tapi kalau untuk SET ini, hanya

Rm59(sm), Rm70(ss) 
Postage : Rm7(sm), Rm9(ss)

Boleh beli Online +60194163319 atau 
cod /self pickup : stokis, agent dan dropship
@stokist.purebysafiyyahosman

Jangan lupa Follow : 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Akak pun perasan lipstik produk tu memang gelapkan bibir.Sebab akak alaminya tau..memang tak pakai dah..lama dah tinggal..tapi bibir gelap ni memang tak hilang.sebab tu keluar pun nak kena sapu juga sikit lipstik nipis2..

    ReplyDelete
  2. yang bibir tu nampak best..bibir nad pun lebam, hitam lagi

    ReplyDelete
  3. Tq kak Rara kongsikan pasal ni, memang dah lama nak cari :D

    ReplyDelete
  4. Produk2 natural ni memang best dan selamat :)

    Saya pun ade jual produk skincare yang selamat dan best.. boleh singgah blog saya ye

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com