Image and video hosting by TinyPic

02 November 2016

Cara Terbaik Menghabiskan Roti Hampir Expired

Resipi Lasagna Roti


Hai korang, good morning, harini aku mood baik sikit, pepagi dah rasa nak menaip 1 entry, kihkih. Aku rasa korang mesti ada masalah yang sama mcm aku, masalah " macam mana nak menghabiskan ROTI " hahaha, aku selalu ada masalah roti terbiar, last last expired begitu saja.

Untuk mengelakkan pembaziran, aku rasa resipi ni paling mudah dan sedap selain Puding Roti. Lasagna Roti, aku rasa menu ni boleh buat breakfast ataupun dinner, simple tapi kenyang.

Asalnya aku memang tak pernah makan Lasagna Roti ni, jatuh cinta masa Nadt bawak masa gathering gojes kat Putrajaya haritu, sedap pulak rasa dia, nadt kata dia x letak cheese pun, tapi x letak cheese pun sodap, kalau letak apatah lagi khennn!

So terus google resipi Lasagna PALING MUDAH, hahaha. Dasarrr. sebab masa tu kat rumah pun takde bahan sangat masa tu. So kena acah-acah jelah. Janji ada rasa. Pandai-pandai lah ko adjust. kihkih.


Bahan-bahan :

Roti ( bergantung pada saiz loyang, ikutlah nak guna loyang apa pun, yang boleh masuk oven )
Daging Kisar Ramli ( aku guna daging burger, sebab itu je yang hado! )
Sos cendawan tradisional Kimball
Keju mozarella ( aku takde, guna cheese petak tu je )
2 Biji Telur Ayam ( untuk celup roti )
1 Biji Bawang Hollen + 2 ulas Bawang Putih
Cili Padi ( kalau nak pedas )


Cara Buat Sos Daging :

Tumiskan bawang hollen dan bawang putih yang telah dipotong dadu
Masukkan daging cincang dan goreng hingga berubah warna daging tersebut
Masukkan sos cendawan
Perasakan dengan garam, sos cili sikit, lada sudah sikit, oregano ( secukup sesedap rasa )


Cara untuk Melapis :

Sapukan loyang dengan butter/marjerin
Telur ayam dipukul
Celupkan roti dalam telur.
Susun dalam loyang/bekas aluminium.
Kemudian, ratakan sos daging
Susun lagi roti yang dicelup
Habiskan sos daging yang berbaki
Lebihan telur disiram atas sos daging
Dan taburkan mozarella cheese banyak banyak banyak banyak ( kalau ada, aku takde, so tak letak )

Bakar pada suhu 160 darjah sampai masak. Dalam 20-30 minit bergantung pada oven masing-masing.

SIAP! senang je kan! perghhh! kalau ada cheese banyak lagi sedap sebenarnya, korang try lah pulak okay! Bai! Sedapnyaaa teringat-ingat pulak. kihkih. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Suka makan ni tapi takde oven nak bake..end up buat roti telur je :(

    ReplyDelete
  2. good idea! tp aku jarang la ada mslh roti x habis sbb zafirah hari² bwk bekal roti sapu nutella...kdg seminggu smpi 2 kali kena beli roti...haha tp nk tryyyy resipi ni...tenkiu ra!

    ReplyDelete
  3. Kat rumah akak ni roti la paling cepat habis..sebab Mikhail suka roti..Resepi kegemaran dia roti koyak.Seang je nak buat.Buka plastik lepas tu koyak 2 roti tu..dah siap..ahahha..kalau tak koyak dia tak mau makan..tak sedap katanya...ekekek..

    ReplyDelete
  4. Memang senang tapi kena rajinlah sikit kalau nak menikmatinya
    Bagus tak membazir dan hasilnya pun sedap:)

    ReplyDelete
  5. menarik ni, sos spaghetti ada lebih. tunggu roti nak expired pulak.

    ReplyDelete
  6. Aaaa dapnyaaa. Lama dah tak buat :)

    ReplyDelete
  7. bgs sgt idea ni... akak tak pernah buat... thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. simple sgt bahan ni.
    orang bujang pun boleh try nanti.
    harap2 menjadi ler.
    terliur wei tgk gambo tue.

    ReplyDelete
  9. iols ade masalah selalu tak abes bolognaise sause.sesuai buat resepi nih.thanks for sharing!

    ReplyDelete
  10. wahhhhh....nak kena buat ni...roti expired asben dok buat breadcrump homemade dia je...hehehehe

    ReplyDelete
  11. kat rumah biasa roti habis je makan sebb jarang makan nasi tapi sesekali boleh cuba yg ni. harap rajinlah

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com