Image and video hosting by TinyPic

25 November 2016

Dah buka 1cm

Hai korang! semalam aku menyepi. hahaha. mana tak sepinya, dah kena seluk semalam, diam lah aku. tak mampu nak berkata apa-apa. itu pun ramai lagi yang WA untuk order Pavlova. Ehhh, aku lupa nak letak notice kat IG SugarlandByRara aku cakap yang aku nak cuti beranak. Adehhh semua tak sempat. Kelmarin kan aku pergi bawa Princess pergi tengok Upin Ipin, siang tu pergi MPH kat Nu Sentral, masa tu rasa mcm okay lagi, mlm tu, maybe sbb banyak sangat jalan, naik tangga turun tangga, then bila sampai je rumah. Ya Allah, sakitnya rasa. Sakit sampai nak angkat kaki naik katil pun kena suruh laki aku.

Sakit tu rasa mencucuk-cucuk di ari-ari. sakitnyaaaa. aku sampaikan nak angkat kaki pun tak boleh, tapi perut tak sakit. Esok paginya pun masih sakit, nak step pun sakit sangat, last-last ajak Papa Princess pergi hospital Ampang. Aku pergi bukan sbb apa, nak tanya je kenapa. hahaha. Risau weh, sebab sebelum ni kan tak pernah rasa, risau kalau apa-apa, kenapa aku sakit sangat. Sakit sampai jalan tu rasa nak nangis.

Sampai hospital. ermmm mcm biasa lah, dorg tau dah 36w, memang kena seluk lah, ( VE ). Aku redha je kena seluk. sbb aku yang nak pegi hospital kan? nasib lah. Cek baby sume ok, tak de masalah, seluk pun baru bukak 1cm. Doktor yg seluk tu lelaki cina, aku tak tau lah dia mcm meroyan sikit masa tu, nak marah-marah, sume staff nurse dia marah. Tetiba dia yg buat VE aku, nasib ko lah safura oiiii! walaupun aku dah lembutkan badan, di rodok-rodoknya aku. Bengang gila aku rasa.

Bleeding jugak lah aku sampai tengah malam semalam, siap keluar ketul lagi. aku tak tau lah ketul apa. Tapi tak nak lah g spital, takut kena seluk lagi. HAHAHA. Aku budget kalau harini tak stop, baru aku pergi balik. Tapi pagi ni just ada coklat-coklat je kat pantyliner, so tak payah lah pergi.

Orang yang paling risau of course lah laki aku, lepas balik spital, dia pergi kerja,asyik lah wasap tanya ok ke tak, ok ke tak. hahaha. Kesian papa, risau sangat lah. Pagi ni aku pergi kerja lagi, banyak benda tak settle lagi hoi. Kena jugak pergi kerja, standby GL, settle kan apa-apa yang patut. Tu pun sibuk duk call 2 3 kali. risau aku sakit. hehehe.

Orang kata 1cm tu biasa-biasa je kan, normal je kan. takde pape, so aku mcm tak risau lah sangat, lagipun skrg aku tak sakit pun. Jalan pun dh ok sikit, dah kena rodok semalam, trus ok. luls. tp sakit jugak lah korg. Aku tak pernah rasa benda ni sblm ni, sblm ni kakak dia kan sonsang, mana ada aku rasa sakit sakit mcm ni.

Ermmm. aku pun tak tau bila aku akan beranak, standby jelah. Semalam baru basuh bedung dengan towel adikbaby. hahahaha. Adik, bila dah ready, adik keluar je okay! ibuu dah ready ni! walaupun takut, tapi rasa excited tetap ada, semoga adikbaby baik-baik je kat dalam tu okay! Kakak princess smlm sampai suruh ibuu ajar dia, mcm mana nak doa bagi ibuu selamat lahirkan adik, sweet sangat tau kakak.

Tapi dalam sweet sweet tu, buat perangai pun tak nak kalah. Haih lah kakak, makin ibuu nak bersalin, makin menjadi-jadi perangai dia. Tak pelah, ibuu sabar je banyak-banyak. Ibuu sayang anak-anak ibuu. Sobs.

Bila tengok gambar ni, ibuu rasa sedih, Kakak nampak mcm besar sgt, mcm dah anak dara sangat! Bila tengok muka kakak time kakak tidur, hati ibuu jadi sayu, ntah lah, susah nak describe, kakak ni jenis pandai memujuk. lepas buat perangai, kalau aku nangis, dia mst pujuk. Semalam masa kat hospital, masa aku kena masuk bilik untuk check up, dia nak ikut, siap cakap " kakak sayang ibuu, bg lah kakak ikut ibuu masuk dalam " alahai kakak, mmg lah sayang, tp mana boleh ikut. hehehe.

Kakak sabar ye, sikit je lagi adik nak keluar. Nanti boleh main dengan adik okay sayang! Papa tu, nama adik dah ada ke belum? HAHAHA. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Biase la feeling nak dapat 2nd 3rd baby..sobs!~ paham sgt perasaan tu.. :(

    ReplyDelete
  2. Baby nak cari jalan keluar. Tu yg sakit kat bawah. Tak lama dah tu ra. Sila get ready. Akk bersalin masa 36 weeks. Banyakkan berjalan. Smoga dipermudahkan. Take care.

    ReplyDelete
  3. good luck beb! semoga boleh normal :D

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan kak. Nebes pulak rasanya hehehehe walopon kedua

    ReplyDelete
  5. Memang akan sayu hati bila dpt adik baru melihat si kakak.
    Tapi itu perkara biasa. Yg penting lepas dpt baby jgn sampai dia rasa dia terabai.

    Jga kesihatan dik. Macam dah tak lama tu kakak rasa.

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya dipermudahkan kak rara :)

    ReplyDelete
  7. serammm bila kena seluk.. sebab tak pernah lagi hahahhaha

    ReplyDelete
  8. Sweet je princess..
    Akk doakan ko dpt bersalin dgn mudah ye dik..
    Luv u

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran kak pura. Bersalin kt kl ke nti..

    ReplyDelete
  10. kena seluk tu kalau dapat dokte ok memang tak rasa sakit sangat. tapi kalau dapat dokte yang ntah hape hape ni adoi yaiiiiiii memang hazab rasa nak tendang2 je dia

    ReplyDelete
  11. Tempek bahasane gegaule yu

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com