Image and video hosting by TinyPic

09 November 2016

Dah Packing Baju Ke Hospital, Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Waktu terbaik siapkan beg ke Hospital


Orang lain cakap, sewaktu kandungan 7 bulan, adalah waktu paling baik untuk sediakan beg untuk ke hospital. Sebab ada ibu-ibu yang beranak awal, so standby beg dalam kereta siap-siap. Aku dulu, masa Princess je yg siapkan beg awal-awal, ni masa adikbaby, hahahaha. nan hado. 7 bulan relax lagi, tak beli satu benda lagi. Beg nak ke hospital je dah beli. Sempat lagi nak bergaya tu.

Lepas dah merasa braxton hicks haritu, hah amek kau, terus basuh baju baby, basuh kain batik, kenapa basuh kain batik? sbb baru beli, sblm ni tak pernah pakai kain batik. luls. Itu pun set tilam adikbaby kat Ipoh lagi, blanket xde lagi, baru beli kat lazada haritu, towel pun takde, beli kat lazada jugak! apekah-apekah safuraa oiiii! hahahaha.

Serius tak sempat nak beli korangggg. huaaa. aku nak jalan sorang-sorang tak terdaya, papa princess weekend pulak kerja, sosb, kita beli online jelah ye dik. kihkih.

So malam tadi, kami anak beranak sibuk lah melipat baju adikbaby, ehhhh si kakak pun sibuk nak join lipat, lipat bedung, lipat towel kecik, seronok sangat dia. Bila tanya, " kakak seronok tak nak dapat adik? " laju je cakap, " seronok ", bila tanya lagi skali, dia cakap " ichhh ibu ni, kan dah jawap tadi, berapa kali nak tanya " T____T, sentap mak. hahaha.

Aku siap download checklist untuk ke hospital. Hoiii lupa hoii nak bawak apa, yelah, dh 5 tahun berlalu, mana lah mak nk ingat, hahaha. google list, ikut tu je, hidup skrg dah senang, buat apa nak susah-susah fikir, hahaha.

Siap pack-pack baju, pampers, minyak segala dalam plastik, nanti senang nak amik kononnya, tapi yang sadis bila dah siap packing packing tau tak apa dia???

BEG TAK MUAT!!!!!!! huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. laki aku dah ckp dah sebenarnya, beg tu mcm kecik je, muat ke? Skali betul cakap dia, mmg tak muat! choiii lah! aku rasa beg ni dah cukup besar dah. sedih mak tau! hahaha. so mcm mana ni? nak kena beli beg baru ke mcm mana ni? dorg kata bawak pampers 20 keping, TAPI ni sumbat 6 keping pun dah full beg, mcm mana ni, HAHAHAHA. lawak lahhhhhh!

kang aku bawak beg tarik je kang! baru tau. hahahahaha. sudah lah, malas fikir, biar lah dulu. hahaha. Malam tadi pulak aku tak boleh tidur, stress fikir pasal beg x muat. hahahaha. eh tak lah, memang tak boleh tidur, ntah lah kenapa korang, lately mmg susah dah nak selesa tidur, kalau nak betul2 lena tidur, kena pasang YL diffuser, buh EO Lavender, mmg lena tidur, kalau x, susah nak lena, semua position tak kena. huaaa.

Last-last sebab xboleh tidur, 5.30am mak dah mandi, siap-siap solat, siap-siap makeup pergi kerja, siap lukis kening. HAHAHAHA. dasar. jap lg lepas breakfast kalau mengantuk, siap kau! hahaha. ok lah, sekian update pagi! baiiiii. hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Bila dah hujung2 ni memang susah nak tido.

    ReplyDelete
  2. wet tisu tu bwk satu je ra...cotton ball segala tu xyah bwk...ko bkn duk lama sgt kt sepital nnt..aku hr tu pampers pn 4 keping je kot bwk..hahaha klu x cukup soh je lan amek kt rmh..bkn jauh sgt sepital...1 daerah gak kann...mihmih

    ReplyDelete
  3. akak konpius ko ni excited ke neves sebenarnya ra haha. Apapun moga dipermudahkan bersalinnya ra :)

    ReplyDelete
  4. bawak baju, pampers tuala, je Ra..untuk baby..baju pulak bawak takat 2,3 helai je>sebab nanti Lan boleh balik ambik lagi kalau tak cukup.

    Untung Rara ngandung anak kedua ada la jugak sihat nya boleh shopping bagai..akak dulu sedih ra..Sampai tak boleh bangun..sob..sob.. :(

    ReplyDelete
  5. Kenapa byk sgt pmpers..bwk 5 6 dh ok.. klu stay bhari2 esok2 suh lan angkut 1 beg pempers.. hihi.

    ReplyDelete
  6. Bnyk nya kak pmpers smpai 20keping?? Mcm nk berkmpung je. 😂😂😂
    Kita dlu bwak 10 pn x hbis bby guna. hee. Xckup blh suh hsbnd bwak lain

    ReplyDelete
  7. Bawak 2 beg la kot? 1 baby, 1 mak baby? huu~

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com