22 November 2016

Emosi semasa mengandung

Tak tau lah nak cakap macam mana kan, emosi ibu mengandung ni dari awal sampai nak beranak tak stabil agaknya kan. Mcm aku lah, dr awal mcm penat, lesu, letih. Second trimester okay, masuk third, dia mula nak emosi balik. Aku sendiri kadang-kadang tak faham, ada ke orang lain sama macam aku. Ke aku sorang je yang mcm ni?

Tetiba kang rasa panas je mata ni, air mata tetiba mengalir, tetiba kang rasa rindu sangat kat mak, kat adik beradik, kdg kdg boleh msg laki, tanya dia " awak sayang saya tak? " mana lah laki tu tak amuk, tetiba tny mcm tu. Mst lah dia marah. Mst lah dia sayang. Tapi ntah tetiba kepala otak ni suka fikir yang bukan bukan. Subhanallah. Kenapa lah kan.

Tu belum masa anak buat perangai lagi, tahap kesabaran dah sampai kemuncak. Sampai dah tak tau nak cakap macam mana, ko tak larat, jalan pun dah senget senget, tp anak nak minta perhatian. Ya Allah, tengah suap nasi dalam mulut pun rasa nak menangis. Tahan jeee. Aku bukan merungut, tapi aku merasakan sendiri yang emosi aku mmg sangat tak stabil, sampai aku kdg-kdg pujuk diri sendiri. Sabar safura sabar.

Aku bersyukur sangat sangat pada Allah swt sbb dia bagi aku peluang rasa mcm ni, rasa ada satu nyawa lagi di dalam perut aku, dah 36w, aku dah dapat rasa siku, lutut, kecik je bergerak gerak, menggeliat, tersedu, mengeras. Comels sgt, tiap kali rasa pergerakan dia, aku rasa mcm Ya Allah, nikmat, senget senget perut tu akan buat aku rindu nanti, tu sbb aku willing nak mengandung lagi masa umur 35 tahun nanti, sbb aku tahu, masa tu mst aku rindu all this moment.

Tapi, nak menempuh fasa alahan, fasa hormon x menentu tu, alahai, bertabah lah. Ntah lah eh, hati aku mcm kuat mengatakan bahawa aku akan bersalin pada 38w. Tapi ntah lah. Even sekarang pun aku dah bersedia. Tp biar lah baby betul betul dah matang, dah ready untuk keluar, biar dia keluar. Rindu dan tak sabar nak cium bau baby. Bila ingat baby dalam perut, aku terus rasa kuat. Tp bila ikutkan hormon. Terus rasa nak tido je satu hari. Hahahaha.

Ntah lah. Layan lah perasaan ni selagi mampu. Layan sampai lali. Just follow the flow. Kalau ikut laki aku, memang dia suruh aku tidur je. Haha. Tp aku pulak x selera nak tidur saja bila tengok kain dalam bakul menanti. Itu pun boleh mendatangkan emo. Apekahhhh!! Tu belum cabaran dengan org org sekeliling. Tu belum stress masa drive pergi balik kerja. Hahaha. Adoiii cepat lah nak cuti, 2 more weeks to go. Then aku dah cuti sementara tunggu due date. Ermm okay lah. Tu je nak bebel. Bai. Doakan segala urusan aku dipermudahkan ye korang. Amin.

4 comments:

atiehilmi dot com said...

hahahaha~ ape punya perasaan tu dik ? jangan dilayan emosi tengah pregnant nih.. kesian orang sekeliling..

εïзmmyHazaεïз said...

Banyak fasa ni.. Ni nak ujung2 pregnancy lagi mcm2.. hehehe semoga proses kelahiran dipermudahkan...

ps: Lama akk x bw.

CikLily Putih said...

jangan di layan sangat la tau... be cool dan chillax je ok

Nadia Johari said...

semoga dipermudahkan kak rara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...