Aku rasa ramai yang sakit hati, ramai yang terasa sangat dengan harga kenaikan harga minyak ni kan, nak nak orang yang meniaga, meniaga goreng pisang contohnya, memang memerlukan minyak kan. kesian lah. Bayangkan minyak Alif, dari Rm13.35 naik sampai Rm20.30. Ya Allah, semoga Kau kuatkan lah iman kami.
Tapi mcm Che Mat Gebu kata lah, kau merungut pun, benda tu tetap akan naik, so tak payah lah menrungut, HADAP jelah. Itu lah, kita merungut kat FB pun, hentak-hentak meja marah pun, benda tetap akan naik, kena HADAP. tugas kita apa? berjimat cermat, iyerrr, jimat lah selagi boleh. Aku tak tau dah nak jimat celah mana, Cari duit siang malam. Tapi????
Senarai Harga Minyak Masak 2016
Lagi 1, meniaga pun tak macam dulu, tak seronok macam dulu, kalau dulu jual apa pun seronok sangat. berpusu-pusu orang order, tapi skrg, serius terasa, orang sangat mahu berjimat cermat, mana rasa tak perlu, orang takkan beli. Tapi yelah, kita faham kan, dengan keadaan sekarang ni, cust yang seketul dua tu pun Alhamdulillah juga.
Nasib lah aku ada skill buat cake, hehe, cake masih mendapat sambutan hangat, cuma skrg ni je dah tak larat nak buat sangat, dah tak berapa nak mampu berdiri lama, risau jugak nak paksa-paksa diri. Tunggu lah lepas aku bersalin nanti, insyaAllah nak start semula, buat sedap-sedap. masuk klas lagi, nak serius baking. Lagipun sebab mmg itu minat aku kan.
Semalam papa cuti, bawak kakak pergi jalan kat tasik titiwangsa, kesian kakak asek terperuk je kat rumah, papa bawak jalan-jalan, main basikal, beli balloon, basikal sewa 30minit rm5, ( padahal kat rumah ada basikal, luls ), pistol bubble tu rm15, layankan aja lah apa yang dia nak. Papa kata lepas ni layan adik baby pulak. Ini jelah harta dunia akhirat yang kita ada, kita jaga lah elok-elok. Baiklah papa. Busuk-busuk pun anak kita kan. hehe.
Masuk 1 November, jangan dilupa, aku ni lagi sebulan lebih lagi nak beranak, semalam Car Seat Carrier adik dan botol susu dah sampai, semua aku beli online, jimat! hehe. Minggu ni nak start basuh baju, semalam laki aku tny, beg dah kemas ke? aku cakap " belum " hahaha. geleng kepala dia, baik-baik, minggu ni saya basuh yeee. hehehe. Nebesnyaaaa. Tapi happy. HAHA.
Wish me luck korang! Tazabar nak jumpa adikbaby. Dalam perut kemahen lagi buli ibuu, awak keluar nanti ibuu gomol-gomol. hehe. OK lah, baiii ♥

Sekarang zaman berjimat.
ReplyDeleteTak tau sampai bila kena jimat.
Jimat setakat yg boleh.
Rela dalam terpaksa jer Safura..
ReplyDeleteDah dia kata naik minyak..'
Kena lah ikutkan huhuhu..
Sebulan je lagi...OMG!! OmG!!...ok nnt baking sedap2 taw kek pisang ai..hahahaha
ReplyDeletehoreyyyyyyyyyy minyak naik
ReplyDeletebertabah lah rakyat marhaen sobsob
ReplyDeleteKalau dah minyak naik, nanti semua benda makan pun naik sob...sob..sob..
ReplyDeleteHurmmm... sabar yolah.