17 November 2016

Jom Book Hotel Dan Dapatkan Promosi Besar-besaran Untuk Percutian Hujung Tahun dari Traveloka

Tempat Percutian Menarik Cuti Sekolah


Sekejap je dah nak masuk bulan Disember kan, bila masuk bulan Disember, korang ingat apa? pastinya cuti sekolah kan? kalau tak cuti sekolah pun, mesti jualan hujung tahun, YES! Year End Sale. Fuyoooo, semua orang suka kannn! siapa tak suka! hehe.

As a parents, mesti pening kan nak fikir mana nak bawa anak-anak untuk percutian hujung tahun ni, pada aku, tempat yang paling menarik untuk anak-anak ni, pastinya tempat yang ada " AIR ". hehe. Kalau tempat yang boleh main air, berendam, mesti mereka suka. Sampai kecut-kecut tangan pun takpe.

Macam Kakak Princess sendiri, dia memang suka tempat yang ada air, mandi laut, mmg favorite dia lah, dapat main pasir, sampai tak nak balik pun hade. Kami sendiri as a parent pun lebih suka dedahkan anak-anak dengan nature, dari melepak kat mall, kami lebih suka bawa anak jalan-jalan menikmati keindahan alam. Ecehhh~ hehe.

Macam aku kan, aku nak bersalin bulan Disember ni, tahu tak aku teringin nak rehatkan badan kat mana? Aku teringin sangat nak bercuti di Grand Lexis. Dah lama dah aku aim nak bercuti di sini, sbb aku rasa tempat ni mcm tenang, macam best, plus dalam setiap bilik, ada KOLAM! mak boleh rehat-rehat, anak boleh berendam sampai kecut! bestnyaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Selain dari berendam, boleh juga lakukan bermacam aktiviti di sini, berbasikal, jalan-jalan makan angin, jalan-jalan cari makan, hah, semua ni memang aktiviti yang sesuai untuk ibu yang menunggu masa untuk bersalin mcm aku. HAHAHA. Sebab lepas bersalin nanti dah kena pantang. Tak boleh makan mcm-mcm.

Sebelum bersalin pun kena banyak jalan kan orang kata, sesuai sangat lah! Aktiviti untuk anak pun ada, mak ayah pun ada. perfect! hehe.


Traveloka Year End Sale


Jika dulu, Year End Sale selalu hanya untuk shopping-shopping mall, mcm-mcm sale ada, tapi sekarang, nak book hotel pun boleh tunggu YES tau! happy lah korang kan! Jika korg klik Traveloka Promotion mesti korang rambang mata, Year End Sale Promotion yang gila-gila.

Traveloka, satu website yang boleh korang visit untuk book mana-mana hotel yang korang nak, dengan harga yang paling berpatutan, paling murah tetapi mempunyai servis terbaik!

Untuk cuti sekolah yang bakal tiba ni, traveloka ada buat promotion tau! gila tak kalau aku cakap, diskaun sampai 56% untuk lebih kurang 100 buah hotel di Malaysia, Indonesia dan Singapore! Bukan dalam Malaysia je, hotel di luar Malaysia pun ada diskaun. Nak pergi Bali, nak pergi USS Singapore, tak perlu pening-pening nak fikir! Just visit TRAVELOKA! Book hotel disini.

Bukan setakat Hotel je korang boleh book, Flight pun boleh book juga! Agak-agak malas nak memandu, just book tiket flight, tiket flight pun ada sale tau! sangat berkonsep one stop center tau! mana nak pergi ni! cepat fikir! hehehe.

Book Hotel Dihujung Jari


Lagi satu nak bagitahu korang, nak lagi senang book hotel atau flight dengan Traveloka, just download App Traveloka! senang kan!!! Just download apps, dan pilih je hotel mana korang nak pergi. Tak perlu lah nak bukak laptop, nak buka website, sambil drive pun kalau dapat ilham, boleh terus book hotel dengan app Traveloka ni.

Semua dihujung jari kannnn! tiada alasan untuk tidak bercuti okay! Kumpul duit, reward your self dengan pergi bercuti okay! bercuti ni adalah satu terapi paling baik untuk diri tau! kena tahu tu.

So, apa tunggu lagi, cepat visit website Traveloka dan cepat-cepat book hotel yang tengah ada promosi sekarang ini, rugi kalau tak book sekarang! Cepat!!! Aku pun nak book jugak ni. wuwuwuwu. Cepat tau! Jangan lupa TRAVELOKA!

5 comments:

Jueliza Jamani said...

wehh aku nak g genting jer.. jauh2 tak leh.. ra kena beranak dulu.. ehhh

Inani Hazwani said...

Sementara ada promosi ni jom bercuti. Ehehehee :D

Adam said...

Persispan saya ke jepun dan korea dah beres. Terlewat jumpa traveloke.
Next time lah.

Abam Kie said...

selamat bercuti sakan dgn family, ok?

Chekgu Azrine said...

Ms g bandung akk booked dgn traveloka je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...