07 November 2016

Kenapa Ephyra Collogen Drink Bagus Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusukan Anak

Tips Cergas Bertenaga Semasa Mengandung


Assalammualaikum, hai korang. Harini nak share dengan korang 1 cerita, cerita tentang satu lagi produk yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Produk yang aku nak ceritakan harini ialah EPHYRA COLLOGEN DRINK. Tak silap aku, Ephyra Collogen Drink ni dah berada di pasaran sejak tahun 2012, lepas setahun ke setahun, ephyra collogen drink menjadi bualan ramai, aku pun apa lagi, mestilah sibuk nak mencuba. hehe.

Masa tu aku minum tak consisten pun, aku minum sebab mereka kata boleh kurangkan eczema, itu sbb aku cuba, Ya! memang eczema berkurang, kulit rasa best gila, lepas tu stop, now aku consume balik sebab apa? sebab mengandung. hehehe. Kenapa mengandung baru sibuk nak minum balik? ok meh nak cerita.

Siapa waktu mengandung selalu rasa letih? tak bermaya, kulit kusam? siapa ada masalah tu? okay meh nak cerita, aku masa mula-mula mengandung dulu, memang rasa lemau je, serius tak bermaya, rasa nak tidur je, tapi nak tak nak sebagai mak, kena juga gigih bangun, buat kerja rumah.

Alhamdulillah 2nd trimester dah rasa ok, tapi masalah lain pula timbul, mungkin sbb hormon, eczema aku naik teruk, kulit teruk, bila dah eczema datang, mulalah rasa down, penghidap eczema mungkin akan faham mcm mana rasa dia. Salah makan je, siap lah. Nak nak apa-apa ubat pun aku tak boleh nak makan sebab mengandung kan, mmg bermaharajalela lah eczema aku.

So apa yang kita kena buat? nak tak nak kena jaga pemakanan, tak boleh makan sembarangan, tak boleh stress. Kulit mcm mana? buruk lah sikit, berparut-parut, memang sangat stress.

Masuk je kandungan 7 bulan, aku mula consume Ephyra Collogen Drink semula, salah 1 sebab aku nak consume sebab testimoni kawan-kawan kata, nanti anak yang keluar nanti gebu gebas, HAHAHA, mmg dasar kannnn! Tapi sebenarnya bukan itu je yang aku dapat, banyak manfaat lain lagi yang aku dapat tau.

berseri-seri tak mak? kahhhh.
Ephyra Premium Collogen Drink


Manfaat Ephyra Collogen Drink


Aku selalu panggil Ephyra Collogen Drink ni air oren. hahaha. senang. Sebab rasa dia rasa oren yang sedap! aku memang suka gila, tambah lagi kalau dapat minum sejuk-sejuk, perghhh nyaman.

OK, tadi dah cerita kat atas kan kenapa aku consume Ephyra Collogen Drink masa mengandung, sebab nak kulit anak putih gebu bila lahir nanti, tapi bukan itu saja tau! Aku juga dapat manfaat dia. Yang best nya, aku pun rasa GEBU sekali. hahahaha.

Suami nampak PERBEZAAN warna kulit

Paling best nak tahu tak bila? bila suami aku tegur " kulit eb dah banyak beza dari dulu " wuwuwuwu, yelah, as a pengidap eczema, jgn harap lah nak dapat kulit cantik putih mulus, mst ada parut-parut, lepas consume Ephyra Collogen Drink, tetiba suami aku tegur, dia kata nampak kulit aku beza dari dulu, parut dah pudar dan nampak cerah berbanding dulu.

Eh aku pun perasan tau, nampak urat-urat hijau kat kulit, means dah cerah sikit lah kan. luls. Tapi ini serius, nanti korang tengok perbezaan warna kulit aku tau.

Aku suka minum Ephyra Collogen Drink tiap pagi, bila minum pepagi, rasa lemau, rasa malas tu hilang, terus rasa bertenaga je, nak buat kerja apa pun laju je, yelah, aku kan part time bakers, balik kerja terus baking brownies, pavlova, so mmg penat, tapi masih bertenaga untuk buat semua tu. Alhamdulillah. Tapi lepas tu, tidur tak sedarkan diri lah. hehe.

HALAL ya!

MANFAAT UNTUK IBU HAMIL / MENYUSU BADAN / DALAM PANTANG


- Mempercepat penyembuhan luka bersalin dgn pantas
- Memberi tenaga agar boleh melakukan rutin harian
- Menambahkan susu badan
- Mengelakkan masalah sembelit akibat kekurangan serat
- Menjadikan kulit cantik, tidak kusam dan berseri
- Bayi juga mendapat manfaat melalui penyusuan badan

MANFAAT LAIN EPHYRA KEPADA BADAN


- Meningkatkan system imunisasi badan
- Melancarkan system pencernaan dalam badan
- Sebagai agen detoks yang baik bagi mengeluarkan toksik-toksik daripada badan
- Menyeimbangkan hormon dalam badan kita
- Meningkatkan kadar metabolisme yang dapat mengawal berat badan ideal
- Menganjalkan kulit untuk jadi lebih halus dan cerah berseri
- Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
- Memberikan tenaga yang berpanjangan
- Mengembalikan keremajaan kulit wajah dari kekusaman dan kelesuan

Untuk yang mengandung, usia kandungan berapa bulan boleh mula minum Ephyra Collogen Drink ni? okay, pada usia 6 bulan korang dah boleh consume Ephyra Collogen Drink ni okay! Jangan risau, testimoni tentang ephyra collogen drink ni dengan ibu mengandung memang banyak sangat, sesiapa yang ingin menimang cahaya mata juga, sangat digalakkan consume Ephyra collogen drink ni.

Lelaki boleh ke minum Ephyra Collogen Drink?

Hello uols, Ephyra Collogen Drink bukan untuk wanita je tau, LELAKI pun bolehhhhh! jangan risau, memang boleh minum, lelaki sekarang pun dah ramai yang sangat menjaga penampilan kan? so boleh bagi suami korang minum.

Kalau anak pun sibuk nak minum, jangan risau, kanak-kanak 4 tahun keatas pun boleh minum ephyra, sebab ephyra ni meningkatkan imunisasi badan, dah juga melancarkan sistem pencernaan kita. budak-budak kan selalu sembelit, so boleh minum.

Pastikan anda membeli yang ASLI ya!
Rupa sepaket ephyra collogen drink

Ephyra Collogen Drink HALAL ke?

Bab HALAL dan HARAM ni adalah isu besar dalam kehidupan kita kan, yelah, sebelum nak minum apa-apa, mesti kena tau halal haramnya, nak jadi darah daging kan. So untuk produk Ephyra Collogen Drink ni, korang jangan risau ye.

- Disahkan oleh KKM : Ruj (10)dlm KKM-163/s/25 Jld.172
- Diperakui HALAL oleh JAKIM
- Mempunyai sijil GMP (Good Manufactured Product)


Bahan-bahan :
Formulasi 9 bahan semulajadi yang kaya dengan anti-oksida iaitu : 

- Kolagen Ikan Laut Dalam
- Acai Beri
- Gam Akasia
- Salmon Ovari Peptida
- Ekstrak Bunga Marigold
- Acerolla Ceri
- Serbuk Tomato
- Superberi
- Astaxanthin ( astaxanthin adalah bahan anti-oksida yang diekstrak dari sumber semulajadi - hidupan laut, untuk menjaga kulit dari damage dan sun protection )

Perbezaan Sebelum dan Selepas Penggunaan Ephyra Collogen


Yang ni paling segan sekali nak tunjuk, hahaha. Rupanya aku gelap dulu, harapkan bedak je eh! haha. masa tu ingat diri ni dah habis cantik gebu dah, rupanya tidak. kahkah. Tahun tahun sebelum ni memang aku gelap rupanya. hehe. Tapi now, errrr dah cerah sikit kot. kihkih.

Ingat dah cun dah masa ni. hehehe
Beza kan kulit dulu dengan skrg, huaaaa.
Ephyra - Cerah Semulajadi DARI DALAM. Tak makeup pun confident jeee.


Adakah aku berpuas hati?


Beza kan kulit aku dari dulu dan skrg, gambar tu tak edit tau, di ambil dari camera phone Note 3 Neo aku ni hah, haha. Jenuh ku godek gambar sebelum, orang kata seri mengandung, tapi aku rasa memang makin elok kulit aku lepas minum Ephyra.

Tak pernah lagi aku tak berpuas hati dengan produk Ephyra ni, diperbuat dari bahan-bahan semulajadi, dan pulak berkesan. Walaupun aku akui, harga dia agak mahal, tapi mana nak cari benda murah tapi elok untuk kesihatan kan? untuk kesihatan memang kena melabur sikit.

Terima kasih Ephyra, kakak memang berpuashati sangat! kulit cerah, badan bertenaga, gebu, baby pun dapat manfaat, suami pun puji, kihkih. apa lagi mau! InsyaAllah dah bersalin nanti pun nak teruskan je minum Ephyra, sebab dorang kata SUSU MERIAH sangat. wow!

Ni rupa sekotak Ephyra Collogen Premium Drink, 30 scahet, dapat FREE shaker tau! 

EPHYRA mempunyai PREMIUM PACK untuk penggunaan selama sebulan (30sachet) beserta shaker, dan TRIAL PACK untuk penggunaan selama 10 hari sahaja (Tanpa Shaker)

Testimoni Kawan-kawan Rapat


Dan ini feedback dari kawan-kawan rapat aku sendiri tentang Ephyra Collogen Drink, tak payah pergi jauh lah, kwn-kwn sendiri bagi feedback mmg Ephyra Collogen Drink ni sangat bagus! Dari mengandung, sampai melahirkan, dan menyusukan. Seronok baca story dorang.

That why Ephyra ni sangat best, bermanfaat untuk semua, satu produk untuk SEMUA! Best tak best lah kan, sampai dapat ANUGERAH Super Health Brand. Tahniah Ephyra and team.

Dianugerahkan Anugerah Super Health Brand 2015-2017 atas kredibiliti, kualiti produk dan kepuasan hati pelanggan.


Pantang Larang semasa minum Ephyra Collogen Drink


- Dilarang bancuh EPHYRA menggunakan air panas kerana khasiatnya akan terbantut
- Banyakkan minum air masak selepas minum Ephyra untuk hasil optimum
- Kurangkan minum cafien, bagi mereka yang suka minum kopi boleh jarakkan masa pengambilan kopi – 1 jam selepas minum Ephyra
- Ambil Ephyra ketika perut kosong adalah digalakkan kerana ia meningkatkan kadar penyerapan nutrient
- Tindak balas terhadap badan adalah berbeza-beza mengikut kadar metabolisme seseorang.
- Minum secara konsisten adalah digalakkan

hari-hari ephyra
Bancuh ephyra dengan air sejuk sebanyak 180ml paling sedap! Rasa dia tak manis, tak tawar, manis-manis buah! cuba lah! ( ada penanda aras di shaker, jgn risau gundah gulana ya ) hehe.

acah-acah model, tak padan dengan makyong. hehehe.
Okeh, mcm mana review kakak, okay tak? cukup tak semua info tentang Ephyra Collogen Drink, kakak tak mereka-reka cerita tau, ni betul-betul pengalaman kakak, hehehe. Mana yang nak mencuba, boleh dapatkan SEKOTAK 30 sachet / 10 sachet Ephyra Collogen Drink melalui pengedar sah , kedai-kedai jamu dan farmasi terpilih.

HARGA RM 197 / kotak ( 30 sachet )

IG : @ephyra2u 
Whatsapp : 019-3999 238 / 03-4141 7889

3 comments:

sya mimie said...

Pnh minum 2x. Means 2 kotak. Tp mybe bdan lmbt nk beri effect. Nak bli sllu x mmpu pulak. Hrga nya blh tahan. Hehe.

achiek anis said...

Dulu teringin nak try tapi tak mampu beli..insyaallah ada rezeki akan dtg boleh try

Illy Ariffin said...

best minum ephyra ni illy pun suka sangat :) rara, canitk pakai tudung hijau baju benga tu nampak sweet sangat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...