01 November 2016

MOMMA Pregolact Susu Khas Ibu Hamil dan Menyusu yang Mementingkan Kecantikan

Susu Untuk Ibu Hamil Kekal Sihat dan Bertenaga


Siapa yang sedang hamil tu? TAHNIAH! hamil adalah satu nikmat, satu kebahagiaan yang tak terungkap. Bila disahkan hamil, berbunga-bunga rasa hati kan? TAPI! bila dah mula alahan, muntah sana sini, muka tak bermaya, mulalah rasa tak best, nak cepat-cepat alahan tu berlalu. Pernah tak jumpa ibu mengandung yang muka tak bermaya, dan pernah tak jumpa ibu mengandung yang muka berseri-seri, bertenanga? mesti pernah kan? Mengandung ni memang macam-macam ragam dia.

Sebenarnya tak perlu pergi jauh lah, diri aku sendiri je cukup, masa mengandungkan anak sulung, muka selebet, selekeh, hehe. Masa anak kedua ni, kemahen ceria, bergaya, suka kan kecantikan, dulu pun suka, but masa mengandung ni, terlalu obses. hehe.

Itu semua sebenarnya bergantung kepada hormon kita sebenarnya, dan pengaruh orang-orang sekeliling juga. Jika orang di sekeliling kita happy dan cerita, automatik kita dapat aura ceria tu, that why masa mengandung, jangan stress, chill je. hehe.

Dan lagi 1! Amalan pemakanan kita juga penting, perlu makan makanan yang berkhasiat, makan banyak sayur, buah, protein, supaya kita bertenaga selalu. Aku faham, ada yang tak berselera makan, tapi takpe, skrg kita ada 1 produk KHAS untuk ibu hamil yang ingin kekal sihat bertenaga.

Siapa kata masa mengandung tak boleh nak cantik cantik? boleh okay! hehe.

MOMMA Pregolact keperluan penting buat ibu hamil dan menyusukan anak


Selain makanan yang berkhasiat, KEPERLUAN PENTING bagi ibu yang hamil dan menyusukan anak adalah SUSU. Susu salah satu sumber KALSIUM yang kita bekalkan kepada bayi. Tanpa kalsium yang cukup, badan kita sendiri akan rasa effect dia tau.

Kenapa semasa mengandung gigi kita sakit? pinggang sakit? semua itu kerana badan kita tak cukup kalsium. Bayi dalam kandungan, akan menarik semua zat badan dan kalsium dalam badan, sebab tu, dah tau je mengandung, terus minum susu, tak kita lah susu apa pun, jangan susu pekat manis sudah lah. hehe. Tanpa kalsium yang cukup, gigi kita boleh sakit, pinggang sakit, dan kita akan cepat rasa lenguh-lenguh.

Harini aku nak memperkenalkan MOMMA PREGOLACT ni, susu bernutrisi yang dirumus KHAS untuk membantu ibu mengandung atau menyusu untuk kekal sihat dan cergas dan dapat membekalkan nutrisi yang lengkap buat anak dalam kandungan atau anak yang disusui. Di samping dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.

Tidak seperti produk lain yang berada di pasaran, MOMMA® Pregolact diformulasi dengan Activ-4 Plus adalah produk susu dikhaskan untuk ibu hamil dan menyusu yang mementingkan kecantikan, kesihatan, tenaga ekstra, perkembangan bayi yg baik dan meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu badan.

Aspek-aspek ini penting bagi setiap wanita yang bergelar isteri dan ibu :

1. Cantik : Membantu menghalus, melicinkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
2. Sihat : Membantu memberi kesihatan yang baik dan merawat stress.
3. Bertenaga : Membantu memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.
4. Bijak : Mengandungi EPA dan DHA yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi.
5. Milk Booster : Melancarkan saluran susu, meningkatkan pengeluaran serta kepekatan susu badan bagi ibu yang mempunyai masalah susu kurang.

Kelebihan MOMMA® Pregolact™

1. Meningkatkan kuantiti susu ibu (milk booster)
2. Memekatkan susu ibu (bayi lebih kenyang dan tidur lena)
3. Mencantik dan menghaluskan kulit ibu dan bayi.
4. Memberi tenaga kepada ibu
5. Baik untuk perkembangan otak bayi.
6. Meningkatkan kesihatan ibu dan mengurangkan stress.

Kenali Jenis Susu Ibu

Jenis susu ibu juga penting untuk kita belajar, jangan rasa selesa dengan susu yang kita hasilkan, susu yang paling baik adalah susu yang pekat, susu jenis ini lah yang paling baik supaya bayi kenyang selepas menyusu. Macam mana nak dapatkan susu pekat? mestilah kena cukup supply makanan yang berkhasiat, ye dok? hehe.

Sini aku sertakan sedikit testimosi pengguna Momma Pregolact. Memang teruja tengok testimoni mereka, hadoiii, insyaAllah lepas bersalin nanti, aku juga aku terus minum Momma Pregolact ni, nak jugak susu melimpah ruah mcm ni. hehe.

Kandungan bahan-bahan Susu Momma Pregolact


MOMMA® Pregolact diperbuat daripada Formulasi RAHSIA dan TERKINI daripada campuran 12 bahan SEMULAJADI termasuk bahan-bahan sunnah yang berfungsi membekalkan nutrisi yang lengkap bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi. 5 dari 12 bahan semulajadi yang digunakan telah TERBUKTI BERKESAN dapat membantu meningkatkan kuantiti dan menambah kepekatan susu ibu.

Kesan semulajadi dapat dirasakan jika diamalkan berterusan selama 7 hari. Selain diperkaya dengan pelbagai nutrisi dan rasa susu coklat yang sedap, tidak berbau hamis,

Memahami keperluan dan masalah yang sering dihadapi oleh wanita yang ingin hamil, ibu mengandung dan menyusu, susu dari formula gabungan bahan ektraks semulajadi iaitu Zaitun, Kismis, Omega 3, Delima, Buah Tin, Habatus Sauda, Susu Kambing, Kurma, Madu, Safron, Inulin (prebiotic) Coklat serta Vanilla.

Khasiat MOMMA® Pregolact buat Ibu Hamil dan Menyusu

1. Menaikkan HB
2. Kurang alahan (morning sickness)
3. Menghilangkan rasa letih, lesu dan penat
4. Anak cerdas dan bijak
5. Meningkatkan perkembangan otak
6. Mengelakkan sakit pinggang dan kejang kaki
7. Merawat stress
8. Merawat masalah kulit kepala gatal atau rambut gugur
9. Meningkatkan imunisasi badan
10. Kulit ibu dan bayi, cantik dan halus
11. Penggalak susu ibu (Milk booster)
12. Mengurangkan masalah kulit kering atau eczema
13. Mengurangkan risiko demam kuning
14. Tenaga ekspres buat ibu yang sering kepenatan

Alhamdulillah, semoga semua ibu-ibu dapat memberikan makanan terbaik kepada anak iaitu susu ibu sehingga anak berusia dua tahun.

Amacam? bagus kan susu Momma Pregolact ni, dengan susu ni, dah tak perlu susu lain lagi, semua KHASIAT terkandung dalam ni, masa hamil minum, teruskan juga sampai bersalin, tiada masalah, mcm aku, aku suka susu coklat, coklat sejuk-sejuk sedap kan. hehehe.

Oh ya, lupa nak bagitahu, susu Momma Pregolact ni dah bertukar wajah, jangan risau, wajah je bertukar, isi kandungan tetap sama, jangan confius pulak ye.
amacam? berseri tak ibuu? hehe
Okay, dah banyak dah info yang aku ' suapkan ' kat korang, dan pilihan ditangan korang, pilih lah masa yang terbaik untuk diri sendiri dan anak-anak kita ya, as parent, memang kita inginkan yang terbaik, kan? so bagi yang nk purchase atau nak tahu lagi maklumat lanjut tentang susu MOMMA PREGOLACT ni, boleh follow :

Halal Jakim dan lulus KKM.

Facebook: www.facebook.com/momma.nutrition
Website: http://shop.momma-nutrition.com

Atau terus ke kedai beralamat:

MOMMA® Industries Sdn Bhd,
No 6-25- 3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


Hotline tempahan: 016-923 6962 / 016-924 6962

Google Map / Waze: Momma Club

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...