09 November 2016

Pulut Mangga Sedap di KL

Mengidam Pulut Mangga Sedap


Hai korang, tengah lunch ke tu? eh sebelum entry basi, moh update laju-laju, entry ni khas buat PEMINAT PULUT MANGGA, biasa pulut mangga ni, orang mengandung yang mengidam, suka sangat nak mencari, bila nak, mestilah susah nak dapat, kalau tak nak, bersepah je kan? aku jumpa banyak je pulut mangga orang jual, tapi nak cari kedai jual pulut mangga yang betul-betul sedap, payah sangat! ada yg jual - pulut keras, mangga busuk, santan cair mcm hape je. tak ngam dengan selera.

Last-last si Ida Baharum cakap, " raaaa, kat Rosdet kg Baru ada jual pulut mangga sedap " sedap TEROK katanya. hahaha. okays! TQ ida baharum, sayang awak ketat sangat! hahaha.

Cerita sedih bermula bila tiap kali aku datang sini, kedai ni mesti tutup, geram sangat! ko ingat Owlery Cafe je tutup isnin? kedai lain pun tutup isnin lah hoi! hahaha. Rupanya, kedai ni tutup hari isnin, so hari isnin jangan datang ye, kalau tak, makan charuts! hahaha.

Semalam ajak laki aku jap, " sayang, jom pergi rosdet, nak makan pulut mangga ", laki balas, " ok boleh je " hahaha. maklong lahhh, laki mak keje hari-hari, senin je cuti, sobs. So semalam lepas magrib gerak lah, phewww selamat bukak weiii! lega rasa.

Aku ingat kedai ni bodoh-bodoh je, rupanya cantik kedai ni, menu dia makanan thai dan bubur nasi berlauk. ermmm best-best!

Kakak Princess pakai baju tidur je, hehe, kejap je kan nak makan, tak yah lawa-lawa lah. kihkih. Org kedai baru letak menu, aku terus cakap, " dik nak pulut mangga eh " hahahaha. tak yah nak tengok menu segala, order je terus, heeeeeeeeeeeee, tazabar nyaaa nak makan.

Kedai ni mmg sangat ramai orang, tapi servis laju, cekap, air kejap je sampai, makanan pun cepat sampai, kalau kebulur tu jgn risau lah, mmg takkan sampai tahap nak makan meja lah. Sbb mmg cepat.

Tadaaaa, ni lah pulut mangga dia, sedap TEROK ida kata, mmg sedap sgt korang! serius lahhh! pulut dia masak elok, lemak, mangga manis, santan pekat dan ermmmmm double thumbs up! mmg sedap. tak nyesal datang! sama mcm Krabi, #ehh.

Laki mak kan diet, makan somtam je, somtam pun sedap terok! hurmmm, terliurnyaaa. nanti nak dtg lagi lah, imann sophea makan kuetiow, then aku mkn nasi goreng tomyam, semua sedap! air teh ais pun sedap! next time boleh dtg lagi.

Nanti kalau datang lagi, nak makan siakap stim dia pulak, nampak meja belakang makan smlm mcm sodap jeee, haih, sibuk intai meja org kan! hahahaha. Total mkn smlm baru rm30, okay lah, xmahal, x murah, standart. Nanti boleh dtg lagi, tapi parking susah sikit lah kat sini. smlm laki aku pun dpt parking sbb pakcik tu bagi, bayar je ikut suka, sedekah. hehehe.

Korang yg peminat pulut mangga mcm aku, boleh try dtg sini okay!

Waze je Rosdet, mst jumpa, insyaAllah. hehe

5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

9 comments:

CikNaa said...

kemain menu dia.. telan elior tengok!

Sheila Adziz said...

akak pun suka sgt pulut mangga sis... nampak pulut tu warna hijau dah tentu2 wangi kan... haduihh, nampaknya terus ngidam gak ler... hehe

Lynda Che Lah said...

tak mengandung pun mengidam ni apa citer?
T_T

Inani Hazwani said...

Ya Allah mengidam jugak lepas tengok gambar ni. Hahahah ! Sedapnyaaaa "D

Ibu Dilah said...

wahhh... sedap nye ra... telan ailio tengok pulut mangga tu.. hahaha

mrs kayrul said...

Dah la aku peminat pulut mangga.....adoi buat terliur sgt rara....

ewanthology said...

payah nak jumpa menu pulut mangga sekarang ni...

Liyana Anuar said...

menarik..macam sedap jee

::EIDA:: said...

sedap terokkk kan! HHAHAHAHHA yumss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...