Image and video hosting by TinyPic

08 November 2016

Tempat Scan 3D/4D Murah dan Terbaik

Scan HD bayi dalam kandungan


Teknologi sekarang makin canggih, aku ingat lagi masa bawa mak aku pergi scan adikbaby di Ipoh, mak aku cakap, dulu mak takde benda-benda mcm ni raa, canggihnyaaa, boleh tengok muka baby, mak aku dulu lagilah, nak bersalinkan adik aku yang bongsu, tak tahu tau adik bongsu aku tu kembar, dah bersalin sorang, tetiba doktor kata ada lagi sorg, tragik kannn! kena paksa push jugak untuk keluarkan si kakak. Orang kata yang keluar dulu kena panggil adik, sbb selalu kakak akan beralah bagi adik keluar dulu, katanya lah. hehehe.

Kalau skrg, tak payah tunggu, dah 4 minggu hamil, dah boleh tau dah kau mengandung anak apa, 2 bulan dah tau gender dah, kalau doktor tu betul-betul hebat lah. Pengalaman aku, masa mengandungkan kakak Princess, 2 bulan doktor dah cakap, ini GIRL, hehehe. Yang kali ni pun, pergi cek, 2 bulan, doc dah agak dah gender dia apa, tengok-tengok betul, hebat doktor skrg. hehe.

Siapa dah baca entry aku pasal scan adikbaby yang lepas? yang kisah adik baby tak nak tunjuk muka tu, then Jezz suruh kami datang balik untuk scan lagi skali. Alhamdulillah. Rezeki kan.

Yang best sangat dengan Jezzlyn ni, dia sangat pandai pujuk baby tau, sampai baby tunjuk muka, walaupun muka masam, tp dapat lah tengok muka baby, dan kali ni jelas sangat dapat tengok muka adikbaby. Happy gila rasa. hehehe.

Dari ultrasound, ke 2d, then 3d/4d, then now dah HD dan 5d, hebat-hebat, laki aku kata, masuk 7D nanti semua orang dah boleh tengok hantu. HAHAHA. Kesitu pulak dia.

Untuk scan kali ni, Jezz suruh kami ke Sonovision Kelana Jaya, sebab mesin di sini lagi canggih, dia HD juga sama seperti tempat lain, tapi yang di Kelana Jaya ni kita tengok baby dengan FRV, ( realistic vue ) means lagi jelas lah. wuwuwu.

Khamis petang borak dengan Jezz, Jumaat pagi terus ke Kelana Jaya, nasib papa Princess okay je, appointment kami 11am, sempat lah papa Princess balik untuk solat Jumaat. Duration scan hanya 20-30 minit je.

Sonovision Kelana Jaya ni di tingkat 1 tau ( Waze TKM Blade ), simple je tempat dia, ada partition-partition. Aku haritu di sambut oleh Jezz, happy dapat jumpa jezz semula lepas 5 tahun, Jezz of course lah tak ingat aku kan. hahaha. Kami laki bini je ingat dia. hehe.

Aku masa nak pergi scan HD tu, aku saja tak nak makan, selalu kalau aku lapar, adikbaby akan marah, aktif sikit, kalau kenyang dia nak tidur je kerja, tapi boleh pulak haritu dia jadi baik, diam jeee. hahaha. Saje kan ko dik. Gerammmm je ibuu.

Lepas borak-borak dengan Jezz, then pergi lah scann, ahhhh tazabarnyaaaa. hehehe.

Hah, ini lah hasilnyaaa, hahahaha. Masa ni adikbaby dah kat bawah, tapi muka menyorok belah tepi, dia mengiring belah kanan, sbb aku suka tidur mengiring ke kanan, tapi jezz kan power, dia mengiring pun pasti dapat tengok muka baby.

Adikbaby as usual, muka mesti berkerut-kerut, marah kami kacau dia tidur, siap jelir lidah kat ibuu dengan papa, eiiii geramnyaaaa, papa dia seronok sangat. haha. sampai harini papa dia x boleh move on, papa dia kata mulut tu sama mcm mulut aku, hahaha. memandai je mulut aku.

Memang sangat puas hati lah scan HD kat sini, TQsm Jezzlyn, next baby nanti pun kami akan dtg sini lagi, #ehh dah plan untuk next baby ke? hehehe. So, korang yang masih tercari-cari tempat nak scan 3d/4d, atau HD, boleh buat dengan Jezz okay!


Oh ya, haritu kami siap dapat tengok baby dengan 5D tau, tapi 5D kena pakai spek mata ni, 5D ni korang akan dpt tengok lagi real lah, nampak lah pipi tembam baby korg tu.


Apa BEZA 2d, 3d 4d hd 5d scan?


2D scan
- hitam / putih scan di klinik / hospital untuk mengetahui perkembangan bayi. Terdapat 3 jenis 2d scan iaitu 2d growth scan / 2d full detail scan / 2d partial detail scan.

(a) 2d growth (4-40week)
- check baby saiz, placenta, air ketuban, kedudukan tetapi tidak check kecacatan baby.

(b) 2d FULL detail scan (20-24week)
- check kecacatan baby termasuk kira jari kaki dan tangan , tulang2 semua , organ dalaman , otak, muka , jantina , tulang belakang, Tengok jantung berlubang , Accuracy 80-90% fizikal kecacatan baby akan dikesan

(c) 2d PARTIAL detail scan (24-30week)
- check kecacatan baby tetapi tidak akan mengira jari dan kaki baby sebab baby padat , otak structur tidak akan diukur sebab tidak accurate . tulang2 baby baby , tulang belakang, organ, muka . Accuracy 50-60% fizikal kecacatan baby akan dikesan

3D 4D scan
- 3d scan merupakan gambar tidak bergerak manakala 4d scan ialah video baby secara live.

HD scan
- Hd scan sama dengan 3d4d , ianya bukan 5d scan , sebab tiada extra dimensi yang boleh dikelihatan - BEZA dengan 3d4d scan ialah , texture baby kelihatan lebih real macam kulit baby.

5D scan
- dalam bentuk 4d scan video baby, anda boleh merasa extra 1D lagi dengan memakai SPEC 3D dan menonton melalui TV.

90% success rate baby muka boleh dikelihatan, tiada alasan baby muka sorok , halang dengan tangan, block dengan uri , gender tidak nampak dan lain-lain.

Waktu Terbaik Untuk Scan Baby


Tiada waktu yang specific sebenarnya untuk scan baby, cuma kalau dalam 30w keatas tu, korang dah boleh tengok muka baby yang tembam-tembam tu lah, lagi syiok tengok. hehehe. Jezz akan scan secara details baby korang, itu yang bestnya.

KALAU TAK NAMPAK MUKA, Duit akan di REFUND, jgn risau, FREE je. Tapi jarang lah tak nampak, selalu mungkin hanya tak jelas je. tapi dengan HD FRV ni mmg jelas, nampak mcm real muka baby tu.

Harga Scan 3D 4D dan HD


Harga untuk scan ni normally Rm150, tapi bagi sesiapa yang selalu follow FB 3D 4D 5D Scan Malaysia ni, korang mst akan dapat harga promo, kadang-kadang Rm120, ada juga offer sampai RM70, atau kadang-kadang boleh scan FREE je, best kannnn! so cepat LIKE page 3D 4D 5D Scan Malaysia mana tau ada rezeki korang.

nak buat muka baby jadi patung pun bolehhh. hehe

So if nak booking slot untuk Scan bayi, boleh terus make appointment di :


dan jangan lupa like


ada 10 lokasi untuk korang pergi

4d scan ampang 
4d scan cheras 
4d scan puchong 
4d scan shah alam 
4d scan seri kembangan 
4d scan bangi 
4d scan klang 
4d scan kota damansara / sungai buloh 
4d scan kepong 
4d scan kelana jaya

so pilih je okay! good luck. bai! hehehehe

Sonovision 

H01-2 , Plaza Kelana Jaya , Jalan SS7/13, 47301 Petaling Jaya, Selangor 
Waze; TKM blade , atas kedai ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. wah canggih manggih dah sekarang ni..tetiba rasa nak beranak semula..

    ReplyDelete
  2. Ala bestnya..dulu fariza nak buat.daddynya takmau..sebb takde ongkos..h eh he

    ReplyDelete
  3. Fuhhh..zaman akk ada 3d je..tu pun ms time yaya je teringat nk bt..ms aish terlepas dah 27weeks..huhu

    ReplyDelete
  4. Bestnya scan2 bby.. rindu msa scan zara dlu.

    ReplyDelete
  5. canggihnya skrg! tak penah scan 3D ke 4D ke.. hehehee!

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com