Image and video hosting by TinyPic

31 January 2016

Gathering Gojes Rumah Mak Mini - Pavlova Hilang Sekelip Mata

Gathering Pertama Gojes 2016


Alhamdulillah, selamat sudah kenduri menyambut menantu house warming mak mimi dan doa selamat dia semalam, mak mimi bagitau aku awal lagi dia nak buat kenduri, so aku dah block date siap-siap, senang, kalau last minute mmg susah, kang clash dengan benda lain, maklum lah, ai kan is always busy. hahaha.

Aku bagitau mak mimi, nanti aku bagi brownies kedut, saje lah nak sedekah, kemahen suka mak! haha. dan dan lepas dia dia boleh lak selit oder pavlova, amboii sgt! sambil menyelam minum air ye! haha.

Rumah baru mak mimi kat Meru Klang, eh yeke? Meru kan mi? ermm mmg jauh lah, dr KL nk dekat sejam, dgn jem nya, nasib lah pavlova aku tu aku simpan dalam " peti ais bergerak " aku, hahaha, hebat kan, boleh bawak peti ais, hehe. Pavlova pun elok je walau jalan jauh, laki aku pulak derhaka arahan maps, dah jadi sejam setengah perjalanan kami. hadoiii.


Masa aku sampai, yang lain lain xde lagi, baru ada si Aznor dgn Ros Anis, lepas tu baru lah Khairul sampai dgn yang lain lain, mak mimi siap boleh berniaga lagi, sabor jelah aku kan! haha. aku rembat 2 helai jubah tak payah gosok! adoiiii bagi balik duit Pavloba kat mak mimi. hahaha.

Banyak gila makanan rumah mak! ada Nasi lemak, ( sedap gila sambal nasi lemak dia weii ) then buah buah, bihun singapore, mee kari, rojak buah ( serius terbaek ) kuih muih, bubur kacang, apam polkadot, banyak gilaaa! hahaha. kenyang gila aku! naik 10kg. choii.

curik pic mak mimi
curik pic pinggan keyrul.hahaha.
Tq mak mimi sbb sudi jemput, x puas nak borak sbb mak busy layan tetamu lain, kami just borak borak sesama kami jelah, apa lagi, sembang pasal anak lah! hahaha. mak mak kann, mana nak larik topiknya.

pic mak mimi.
Semalam mak mimi wasap, Ra, pavlova ko habis sekelip mata, brownies pon sama, x smpt amik gambar, hahahaha. dia siap tanya aku mandrem apa. choii mak! Aku buat dengan penuh kasih dan sayang tauuu, tu sbb sedap, hahaha. Nanti leh oder lagi eh mak! hehe. Aku pancing je bagi tu, sbb nak suh ko oder lagi nanti. hahaha.


Mak mak gojes yang ada, terbaek lah korang!


Gigih mak nak snap pic dengan menampakkan manik tudung dia, katanya jahit sendiri manik tu. hahaha. mak! lawa baju! nak pinjam!


Balik tu kami ikut Duke, dekat sikit, tapi boleh pulak kat tol duke semua lorong toll stuck, aku x tau lah system down ke hape, semua org dh marah weiii! panjang gila jem, mmg choii gila! mcm ni nak buang lorong tunai? fikir lah weiii! menyusahkan org, nak dekat 30minit tau stuck sblm dorg bukak 1 lorong, ingatkan jalan FREE! kena gak byr, buang masa betul!


Sebahagian mak gojes, okay lah gathering utk permulaan 2016, nanti kita gather lagi okayyy! muah!

Nak order Pavlova dan Brownies Kedut? WA Rara 019 477 4240 ( WA ONLY )

30 January 2016

Gambar Matluthfi Kahwin

Allah, tetiba je mlm ni viral Matluthfi dah nikah, td xde pon, ni mesti nikah lepas Isyak tadi. Aku pun terkejut gak, bila masa ada awek, bila masa bercinta, eh eh tetiba dah kahwinnnn, habis lah merana korang semuaaaa. Haha. Nasib aku dh kahwin! Neway tahniah mat!!! Jgn lupa buat vlog plak pas kahwin! Hahaha. Pas nk mst vlog pasal parenting pulak kan. Hehehe. Comei bini mat, pandai pilih. Hehe. Sape yang x kenal matluthfi, g lah cari kat you tube hokkay! Malas hakak jemah nak story! Hahaha.

29 January 2016

Apabila Maybank2u Tanya Aku Soalan 3 Tahun Lepas

Cara tukar ' challenge question ' maybank2u


1st of all aku nak bagitahu korang, kalau korang selalu guna m2u, kan ada challenge question yang suka tetiba nak keluar kan, korang mohon lah jangan lupa jawapan, aku dulu sekali dua bernasib baik jugak lah ingat jawapannya, tapi kali ni aku terkena dowhhhh! jenuh dr semalam aku cuba call cust service dorang, tak dapat dapat, ni baru dapat call, FINALLY! haih!

Kisahnya semalam, aku nak buat 1 transaction, sebelum tu okay je, lepas tu baru budak tu kata, amount aku tak cukup, kena tambah lagi singgit, so kisah nk transfer lg singgit tu lah yang jadi masalah, m2u leh tanya aku, " who the best man in your wedding " choiii mana lah aku nak ingat! hadoi! aku buh Fadhlan, salah, Muhammad Fadhlan pun salah! last aku buh Zahari, nama bapak aku, salah jugak! trus dia block. choiii choii choiii!

dah lah masa tu aku sibuk nak check transaction duit cust! Ya Allah, sangat menguji jiwa, aku percaya jelah kat cust, sbb barang nak x nak kena post jugak, dr semalam sampai ke harini, jam 10.30pm td baru dapat, jangan tanya lah bape banyak kali aku call dah. hahaha. habis mantik nk byr bils!

so korang di ingat kan! jangan lupa HAFAL jawapan utk soalan-soalan ni, kalau agak2 lupa, cepat2 tukar soalan tu siap siap, td budak tu ajar aku, suruh tukar soalan, terus aku tukar, pas tu jawapan aku simpan, hahaha. biasalah, 3 tahun lepas kan urat banyak kena belah, putus, so ingatan kureng sket. hahaha. Aku dh pilih 3 lagi soalan senang. hope pas ni tak jadi lagi cm ni.

Cam ne cara nak tukar soalan tu?

1. Home
2. All personal details
3. Change Maybank2u challenge question
4. hah pilih lah soalan mana nak. haha. Siap!

cara reset password maybank2u

Kalau salah soalan, korang xleh nak buat sendiri mcm self reset password tau! kena jugak call, so bertabahlah utk call. nasib lah tahap kesabaran aku tinggi harini. hahaha. okaylah, dah settle semua, siap leh up 1 entry sementara tunggu berita aku upload tu siap. oh keh baiii! nak balik! Happy weekend korang!

Hadiah dari kawan-kawan

Ntah lah kan, kadang-kadang banyak benda yang aku nak cerita, tapi bila terlalu personal pun tak boleh nak cerita, kang laki aku marah. hahaha. Tapi benda ni benda happy yang buat aku nak bercerita jugak, hehe.

Korang ada kawan tak? kawan yang selalu menyenangkan hati? aku ada ramai kawan, alam nyata, alam maya. Semua aku anggap kawan baik aku. Tapi tak semua yang rapat dengan aku, sbb skrg aku selalu ambil langkah berhati-hati untuk rapat. Bukan nak play safe, tapi aku malas untuk meyakitkan hati aku sendiri.

Mana kawan yang aku ada skrg ni, semua yg baik baik dengan aku, yang ada bila aku memerlukan, yang selalu care aku. Dorang punya care tu sweet sangat, bukan tanya khabar hari hari, bukan whatsapp hari hari, tapi jenis kawan yang selalu bg support, selalu buat aku ketawa, gembira, bila kami berjumpa. Aku selalu bersyukur sbb hilang segala stress.

Kena ingat, tak semua kawan suka tengok kita bahagia, ye, mmg ada kwn yang mcm tu, ada kawan yang tak suka tgk kita memiliki apa apa, ada kwn yang suka tgk kita down, ada ye! sila hati-hati, tapi aku dah jauhkan diri aku dr kwn yang mcm tu, Doc Azizan Osman selalu ckp, andai ada kwn yg -ve or yang selalu update status negative je, kita jauhkan diri, sbb kita juga akan jd -ve nanti.

Kalau kita nak berjaya, kwn dgn kwn kwn yang berjaya, itu mmg aku nampak, mmg kita akan jadi mcm mana kwn disekeliling kita. Kita akan terikut ikut nak berjaya mcm mereka.

2 3 hari ni aku dapat parcel dari kwn kwn, sweet sgt semua kwn kwn aku, walaupun bukan selalu jumpa, tp care dorg tu lain maciam, hehe. sampai rasa nak pengsan. Tenkiu korang! tq sbb selalu jadi sweet, tq sbb selalu ada dengan aku. Aku rasa korang tau sape diri korang.

Aku selalu mendoakan korang murah rezeki, moga aku juga selalu ada dlm doa korang. ahhh aku bukan nk acah acah sweet jugak, tp sayang korang, moga kita jadi kawan sampai tua. Amin.

Cara menyingkirkan lemak dan mengurangkan selera makan

Kenapa Detoks sangat penting


Hai korang, harini kita borak tentang topik kesukaan ramai, tentang detoks dan cara untuk kurus secara semulajadi. Kenapa detoks sangat penting??? detoks sgt penting kerana detoks adalah proses membersihkan segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada usus dan keluarkan melalui proses pembuangan air besar. Apabila usus dan bersih, barulah segala nutrisi akan diserap oleh badan. Detoks adalah sangat penting tau, penting sebelum kita nak consume apa apa supplement, jika usus kita kotor, semua supplement yang kita ambil takkan nampak kesannya.


2 minggu lepas aku ada pergi dengar talk, pasal usus, pasal detox, pasal toksin. seronok sangat dpt dengar talk yang mcm ni, memang sebijik kena tang batang hidung. kihkih. Korang tau kan, seramai 16.8j rakyat Malaysia adalah obes, termasuk aku, BMI lebih dr sepatutnya. haha. Sebab apa? makan x tentu hala, kedai mamak pulak 24jam bersepah, kalau lapar suruh suami tapau mee goreng mamak, banyak makan fast food, banyak makan makanan tak berkhasiat, lepas tu bila gemuk, nak marah #akulettew haha.

Kalau nak marah pun tak guna, kena jugak do something, mcm mana nak mula? ok meh nak cerita.

BLESS TEATOX


Aku mmg suka benda benda detox, tapi aku ni malas nak bersusah-susah, semua benda aku nak fast. haha. masa itu kan emas, tak boleh membazir weh, kalau boleh cepat, kita percepat kan, kalau boleh nak benda yang cepat dan selamat. Ada je banyak resipi resipi air detox di google nun, tapi yelah, mcm aku cakap, mesti tak rajin kan? haha aku tau lah korang tuuuu! now aku ada cara mudah, kita minum je TeaTox!


Gambar di atas ni ialah Encik Ismail Abu Hassan, umur dah 52 tahun, tapi masih steady, hensem, perut masih flat, sbb apa? jaga pemakanan lah wehhh! mana ada mkn macam macam leh dpt badan mcm ni. hehehe. Encik Ismail pernah stay di Jepun selama 3 tahun, dia kata, Jepun adalah sangat berbeza dgn Malaysia, Jepun tak de ye kedai 24jam. hahaha.

Okeh, berbalik kepada cerita detox kita, neh nak memperkenalkan Tea Tox, Bless Tea Tox adalah gabungan bahan semulajadi yang diadun khas untuk tujuan detoks, teatox akan buang semua sisa sisa kerak yang melekat pada usus korang. Tak percaya? percayalah, aku dh cuba.

Kurus semulajadi
cara-cara detoks

Diet dengan semulajadi


Encik Ismail kata, kalau badan yang sihat, kita akan membuang 3 kali sehari, tu kalau sihat lah, dan najis kita agak agak adalah dalam SEKILO sehari, ye sekilo ye! yelah, cuba bayangkan, korang makan 5 kilo sehati, tp yang keluar hanya seketoi seketoi taik kambing je, so mana pergi yang lain lain tu? mst lah jadi kerak kan! so kerak tu lah yang melekat pada usus korang dan yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Ingat! banyak penyakit yang datangnya dari PERUT.

Aku pun kalau x membuang sehari, mau naik pening kepala. serius weh, tak selesa, mcm mana lah kalau yang jenis seminggu tak membuang tu yek. adoiii~ pitam kalau dia keluar toilet.hahaha.

Bless Teatox ni sangat sesuai kalau korang nak cuci usus perut, nak kurus, nak membuang toksin, nak membantu buang pinggang menapis darah, hah semua sesuai.


Testimoni aku sendiri, ini tak tipu punya ye, malam jam 11pm aku minum, lepas subuh aku mula sakit perut, sehari tu 3 kali aku buang, ada lah dalam sekilo jumlahnya kot. kihkih, memula buang yang biasa, yang kedua hitam, ketiga lendir, euuuuuwww apa tu? hitam tu lah kerak di perut kita, serius weh aku tak tipu! betul lah apa yang Encik Ismail tu cakap. Then next day dah xde yang hitam, means kerak dlm usus kita dah takde.

Apa kesannya kalau toksin banyak dalam badan? bila toksin banyak, kadar metabolisma kita akan menjadi perlahan, organ-organ dalam badan tak berfungsi dengan baik, toksin juga akan merosakkan tisu badan dan boleh membawa mcm mcm penyakit, so kena buang toksin ni, jangan sayang sangat yee. Lagipun, bila minum Teatox ni, berjalanan untuk membuang tu sangat lancar, tak payah nak meneran bagai. smooth je omputih kata. hehe.


Bahan-bahan di dalam Bless TeaTox


- Ekstrak Teh Hijau
- Ekstrak Limau
- Ekstrak Epal
- Psyllium Husk
- Germa Gandum

Kalau nak tau description bahan-bahan ni korang boleh klik link ni. aku suka semua bahan-bahan dia sbb semua semula jadi. Psyllium husk tu lah yang mengawal berat badan kita dan mengurangkan selera makan tanpa mengganggu saraf kita.


Dan nak bagitahu! aku dah turun sekilo, hahaha. jadilah, dapat turun sekilo dalam masa 2 minggu, minum pun 3 4 hari sekali, jimat jimat weh minum. hahaha. Tapi bab mengawal selera makan tu aku mmg akui lah, mmg buat kita tak craving mcm mcm benda. Memang terbaek lah TEATOX!

Macam mana nak beli? nanti aku bagi link kat bawah ye.

eh akak fink pon hado! hehe
cara minum teatox
HARGA BLESS TEATOX

Sebotol 150gram - RM120
untuk 2 botol RM240 RM180 + Keahlian percuma
*bila jadi ahli, boleh beli dengan harga lebih murah

TeaTox, Selamat, 100% Semulajadi.

Nak beli direct online, boleh purchase di sini

kalau nak suruh aku belikan pun boleh, WA ke 019-477 4240


Selamat mencuba! marilah sama sama say NO to OBES!
TQ Bless Mania!

27 January 2016

Aloe Vera Lipstik Murah

Hai korang, musim musim panas ni, walau minum air banyak pun, tapi bibir kering kan? aku ni kan, minum air banyak, tapi bibir still pecah pecah. dah lah aku jenis makan nak pakai lip balm, tp sebab kan bibir pecah sgt dan sakit, makanya gigih gak pakai lip balm.

Tapi aku jumpa 1 lip balm yang agak best, dia tahan lama dan bibir mmg tak kering tau. then bila apply, dia ikut warna darah kita, so x payah nak pakai lipstik lagi lah. mudah kije! hehe.


Ni hah, lipstiknyaaa, cute kan! hehe. aku ni semua pun nak cute. hehe. So aku apply je hari hari, kurang sikit pecah bibir ni. korang cuba lah, harga pun murah je, Rm10. Bibir yang kering dan kusam pun nampak menawan, ewahhhh sgt iklan. hehehe.


Lipstick Aloe Vera
RM10.00 (tidak termasuk postage)

Untuk sebarang pembelian boleh contact no
Whatsapp : 014-513 5891
Call / SMS : 010-986 8215

untuk usha barang barang best lain juga, boleh LIKE page

Dewan Kahwin Felda D'Saji Kajang

Pakej Perkahwinan Lengkap Felda D'Saji


Sekarang ni bila cerita pasal nak kahwin, orang akan tanya, nak buat kat mana? rumah ke dewan? kalau yang ada ada sikit tu, buat kt hotel, kihkih. Tapi kalau bagi kita yang biasa-biasa ni, buat kat dewan pun dah memadai. Zaman skrg ni semua buat kat dewan, ruang rumah pun x berapa nak besar, bila di dewan, tetamu selesa, tuan rumah pun senang kerja, ye dak!

Minggu lepas, YB Pengerusi Kump Felda, YB Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah merasmi kan Venue perkahwinan ke 11 Felda D'Saji iaitu Kajang Perdana Avenue. Kajang Perdana Avenue adalah sebuah transformasi daripada tapak pasar Kajang Perdana. Masa mula mula aku sampai sini, dalam hati aku kata, ni ke tempat nya? serius ke?! kenapa cantik sangat! Nak cari parking pun mudah, sbb kawasan dia sangat luas.

kredit pic to abah careno
Kajang perdana avenue boleh memuatkan 700 orang dalam satu satu masa, so jangan risau tentang tetamu jemputan. Ruang terbahagi kepada 2, satu bahagian tengah adalah berhawa dingin, yang boleh memuatkan seramai 200 tetamu, dan dua ruang terbuka di luar boleh memuatkan 250 tetamu di setiap bahagian, so tetamu boleh pilih selesa untuk makan di mana.

ruang hawa dingin
ruang makan luar.

Macam tak percaya tapak pasar boleh dijadikan tempat cantik mcm ni kan, lebih dari Rm1juta juga untuk menyiapkan venue yang serba lengkap mcm ni. tapi mmg berpuas hati, if korang duk bahagian luar pun, mmg tak terasa bahang panas, sbb ada kipas gergasi ni, beranginnn je rasa. hehehe.

Di sini juga dilengkapkan dengan bilik persalinan dan bilik menunggu VIP, mana tau korang nak jemput Vip ke kan. hiks. Sebagai umat islam, mana yang nak siap siap solat disini pun boleh, surau lelaki dan wanita yang selesa juga disediakan, ada selipar dan telekung sekali. mmg terbaik lah! Tandas pun disediakan, untuk OKU dan juga tetamu biasa.


Harga Pakej Perkahwinan Felda D'Saji


Mesti ramai yang tertanya-tanya, berapa pakej dia? Pakej perkahwinan yang dilancarkan oleh Felda adalah serendah Rm25 seorang. Sejak di war-war kan, Felda D'saji telah pun mendapat lebih dr 70 tempahan tau! see! mmg kalau dewan dewan kahwin ni, orang mesti rebut-rebut punya, korang yang nak kawen, kena book awal-awal, ingat tu.


Selain boleh dewan perkahwinan, Kajang Perdana Avenue boleh juga dijadikan tempat untuk pelancaran produk, seminar tapak ekspo dan lain lain lagi, jangan malu malu, if tak jumpa cari tapak yang sesuai, boleh je guna tempat ni. Serbaguna kekdahnyaaa.hehe.

Bab makanan dia, korang jangan tanya lah, serius mmg terbaik sangat sangat! mmg semuanya sedap sedap belaka, pasti majlis akan di ingat sampai 7 keturunan. hahaha. aduhhh~ bila teringat mula lah terliur ni, Cendol songkok tinggi tu! serius mengancam jiwa! hehe.

apam balik yang kalau makan, mesti rasa nk nangis sedap dia.

Terima Kasih Projek Travel kerana sudi menjemput saya, hiks, nanti jemput lagi ye.

Kajang Perdana Avenue
Lot PT 15788,
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang, Selangor

More info, boleh follow atau like

Instagram : D'SajiKajangAvenue

atau untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi, 
Nurul Nadia (019-295 6232), En.Azan (014-338 8794), 03-2698 8302 (Pejabat)


26 January 2016

Princess - potong rambut for the first time, sayangnyaaaaaaaaaaaa

Hoi! cerita pasal anak potong rambut pun nak masuk blog ke? heh sukahati aku lah blog aku! hahaha. ni 1st time tau, kena TERUJA lebih sikit.hahaha. Hasrat hati nk potong rambut princess mmg dah lama kami simpan, tapi dok tahan tahan sbb sayang, mmg sayang sangat rambut Princess tu tau, ntah lah kenapa, sbb rambut dia dah panjang sampai pinggang dah. lagi pun sayangkan curl curl belah bawahnya tu.

Princess pun bila ckp nk g potong rambut dia, dia tak nak. mati mati cakap kuat kuat " KAKAK TAK NAK! " dengan muka yang nak nangis. Tapi aku rasa tak boleh, kena gak g potong. sbb rambut bawah skali tu dr umur dia 3 bulan lagi. last cukur rambut dalam perut, pas tu mmg tak pernah potong dah, kecuali rambut depan dia.

Rambut bawah dia yg curl tu, dh jadi kasar sbb asek bergumpal, rambut curl kan, paham paham je lah, kalau balik school, kdg kdg elok je rambut berikat, kdg kdg bergumpal gumpal rambut dia sbb myb pengasuh malas nk sikat kot dh bergumpal gitu. kesian gak kat Princess, nasib dia jenis tahan sakit bila kita nk leraikan rambut dia tu. Kesian aku tengok.

muka cuak.hahaha
Last last smlm secara paksa rela aku ajak gak dia potong, dia pon terpaksa redha, aku ckp lah, kita potong sikit je okay, sikit je ibuu janji, pas tu dia boleh cakap " POTONG DEPAN JE!!! " hahaha, lawak gila rasa, kesian dia, sayang sangat dgn rambut dia. haha. Masa potong smlm, aku kena pegang tgn dia, sbb dia dah nk nangis. diammm je masa potong tu.

Yang aku bengang tu, aunty yg potong tu kasar nak mampus! geram aku, pas tu aku suruh potong sikit je, trim sikit je, dia potong banyak weiii! hish geram aku, dah pendek terus rambut princess! Lepas ni TAKNAK dah potong kat situ! hish! pastu potong rambut depan princess pun kasar, slow slow sket xleh ke! choii!


Nasib anak ibuu masih comei walaupun rambut dh pendek, hehe. curl pun tinggal sikit sikit je. huaaa sayangnyaaa, tp apakan daya, ibuu redhaaa. lepas ni kita tak payah potong dah eh kakak! Kita simpan betul betul sampai buku lali.hehe. see rambut dia dh kontot dah. hahaha. gedik as usual. hehe.


Haritu Nurse dtg school check gigi dia, nurse cakap gigi Princess cantik, tp depan tu dah mula kena makan karies. geram betul aku. hurmm. Aku selalu ugut dia, kakak jgn mkn coklat banyak tau, nanti gigi kena makan ulat, hahaha. dia takut ah! trus mintak gosok gigi selalu.hahaha.

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com