31 March 2016

Laksa Telur Sarang Ipoh Perak

Laksa Saranghe


Kami adalah tak sengaja terbalik Ipoh haritu, kisahnya anak dara aku tu tak habis habis berzikir nak balik Ipoh jumpa opah, Jumaat tu dalam kul 10 lebih kami gerak dr Ipoh, nak dekat 2am gak sampai, kemahen jem mlm tu, ntah kenapa, sbb orang gaji kot, semua balik kampung.

Laki aku cakap okay jugak nak balik Ipoh, dia nak rest, ermm tapi tak rest pun kami, ada je keje nak buat. hehehe. BUT!!! kami ada 1 misi balik kali ni, nak cari LAKSA TELUR GORENG BERSARANG. adik aku lah, asek asek UP kat group, geram sangat aku ni, dah lah aku gila laksa.

adik adik kembar bongsu
Seawal 4pm kami dh gerak dr rumah, laki aku nk cari barang dia dulu, then terus gerak ke Botani, kedai laksa telur sarang ni terletak di Taman Botani, aku tak tau jalan pun, tapi kalau WAZE tu kompom ada, jangan risau. dan satu satu nya Laksa Telur Goreng Sarang ni adalah di Taman Botani saja, tiada di tempat lain katanya, if ada tu, dah ada pentiru lah tu. kofkofkof.


Laksa telur sarang ni ada dua section, ala ala coconut shake Klebang tu, luar untuk bungkus, dalam untuk makan, semua layan diri, amik di kaunter dan bayar. Harga semangkuk hanya Rm3.50 je kome, bapok murah. aku ingat rm6.50 ke. hahahaha.Bestnya duk Ipoh, semua makanan masih murah, tak mcm KL, ni kalau masuk dalam menu cafe hipster ni maunya rm15 semangkuk ni. kofkofkof.

Yang aku haritu, x tau, perginya beratur panjang kat luar, choii gila! padahal kalau nak makan kat dalam, sabar jelah. ai is org KL, xtau. hahahaha lols.


Apa rasanya? bagi aku peminat Laksa tegar ni, mmg sedap ahhh! mmg kena dengan selera aku, sangat sangat! kuah dia tak cair, tak pekat, sedang sedang, dan isi tak berketul, isi dan kuah sebati. Sangat jauh beza dgn laksa di padang polo. hehe.

Telur sarang tu, memula aku tertanya-tanya, kalau dah masuk dlm laksa, dia x lembik ke? asalnya kan dia nampak mcm rangup rangup, kalau korang tak nak dia lembik sgt, jgn biar telur tu terendam lama lama, kena cpt cpt makan, but, if telur tu terendam pun, dia xde lah jadi lembik menggelikan, still sedap. unik sgt rasa dia.

Laki aku pandai buat telur sarang ni, dia mmg buat selalu utk kami mkn dgn nasi, tp x sangka lak ada org jadikan idea utk mkn dengan laksa kan. Bagus lah korang, kreatif sgt!


Aku tak sempat amik gambar kedai, sbb ramai sangat orang, tapi konsep dia aku suka jugak lah, ala ala hipster lah, konsep setinggan, menggunakan kayu kayu lama yang dilekatkan di dinging, hiasan frame pun gambar dolu dolu. nice!

Di sini bukan saja ada laksa, tapi ada jugak stall stall like nasi lemak kukus, kuih putu dan air big cup, so kalau yang tak makan laksa tu, masih selamat, ada menu lain utk korang.

muka x puas hati tengok ikan besar nak mampus.

Habis makan laksa, terus jalan kat Tasik Botani ni, aku tak pernah sampai sini lagi, tapi teruja gila tengok ikan ikan dia, hoii bapak besar peha aku tau! kat sini sbb tak boleh memancing, so ikan tu membesar bagaikan juara lah.

nak campak anak. boleh?!
family picture be likeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

So wishlist tercapai, lepas ni boleh repeat, sape dtg Ipoh, jangan lupa singgah, masuk je tol simpang pulai tu, then WAZE Laksa Telur Goreng Bersarang, mesti jumpa okay! Saranghe! hahaha

SERI MARGOSA BANDAR SERI BOTANI IPOH PERAK

Buka setiap sabtu hingga khamis
12 Tengahari hingga 7 Malam
Tutup setiap Jumaat
Read More ->>

Ephyra Skin Nano Menghilangkan Kedutan Halus Diwajah

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM


Tahun ni aku masuk 29 tahun, Alhamdulillah aku tiada masalah sgt dgn kulit wajah aku. Kecuali dark circle dan eye bag. Tu tak boleh nak buat apa-apa lah selagi ko tak cukup rest. Hihi.

Tapi sejak-sejak tahun lepas, aku ada detect benda yang tak best dimuka aku, aku ada nampak bintik bintik di pipi, i just wonder, adakah itu jeragat? Alamakkk risauuu. Tapi dlm risau-risau tu tak cari solution pun haha. Al-maklum lak mak is busy.

Then ada satu masalah lagi, aku nampak ada garis garis halus kat tepi mata ni, mak aku selalu pesan, kalau tengahari, pakai spek mata, sbb kan cuaca panas, kita akan selalu kecilkan mata bila kena panas, so lama lama jadi lah garis garis halus tu kan.

Gigih aku cari spek mata, tp yelah, faktor umur pun sama, mmg akan ada garis halus tu. Korang ada tak? huuuuu. Now misi aku nak hapuskan garisan tu, jom kita tengok, ephyra skin nano ni membantu tak. hihi.


Ephyra advance repair skin serum, produk terbaru ephyra. Aku tak tau kenapa aku suka sgt dengan semua produk ephyra, mungkin sbb semua produk dia natural dan mmg nampak kesan kot. Ada setengah produk kita pakai, gitu je skin kita kan, tp dengan ephyra, mmg nampak kesan baiknya tu.

( ni bukan bodek, tp review dari pengguna setia ) hehe.

Serum Ephyra ni adalah serum pertama dari ephyra yang menggunakan teknologi nano yang dipatentkan di Switzerland, wuwuwuwu, bertaraf antarabangsa tauuu. hehe. Dan yang paling best, ianya tidak mengandungi bahan kimia seperi merkuri dan hydroqinone. Produk yg ada bahan kimia ni selalu kesan cepat, tapi effect masa depan dia menankutkan. Hehe


Sejak amalkan serum ni, serius, garis garis halus ditepi mata tu dah kurang plus aku perasan dia sekaligus memulihkan seluruh kulit wajah aku. Lepas apply dimuka, rasa mcm best sangat, kulit dah tak kering kerana serum ni mengekalkan kelembapan wajah kita.

Cara Menggunakan Ephyra Skin Nano Serum


Aku ada gatai buat video cara menggunakan Serum ni, hehe, marilah lihat bersama-sama, sila jangan kecam ye. hehehe. Aku suka apply serum pagi, selepas solat Dhuha dan malam lepas Isyak sebelum tidur. Sebab masa ni kan kita baru lepas cuci muka, muka masih fresh, so lebih cepat serum menyerap.

1. Cuci muka dengan sabun Ephyra Skin Bar ( antara produk terbaik Ephyra )

2. Keringkan muka

3. Picit serum sebesar syiling 5sen, tak perlu banyak-banyak.

4. Gunakan hujung jari, ratakan serum di seluruh wajah.

5. Urut dari dalam ke luar, guna kan setiap pagi dan malam untuk kesan yang baik.

Serum ini merupakan gabungan fomulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah. So tak mustahil lah jika serum ni mampu mencerahkan kulit secara semulajadi.


BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERTINDAK PADA KULIT. Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit : 

MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda. 

MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna. 

MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.


Tengok gambar kulit aku yang terbaru ( semalam ) garis halus tepi mata tu dulu tebal tau, tapi now dah pulih, hihihi, yeay! Abaikan dark circle tu eh, seyes tak cukup tidur lately. Bintik-bintik hitam di pipi which is aku rasa jeragat tu pun dah pudar, ermm best lahhhhhh! Thank You ephyra! Tak semestinya jika ada jeragat or kedutan je boleh pakai, if korang ada masalah lain pun boleh guna serum ni, SERUM mmg sangat bagus, if ada masalah rambut, guna serum rambut, if ada masalah wajah, guna serum wajah, gittew~

Serum ni sangat membantu kita tau. Okay jom tengok kebaikan lain serum ni :

10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

1. Mengecutkan jerawat
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur
4. Menghilangkan bintik – bintik hitam
5. Mencerahkan kulit kusam
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah
8. Menghilangkan lebam bawah mata
9. Merawat kulit terbakar ( sunburn )
10. Memberikan efek kilauan pada wajah


Oh lagi satu, lupa nak bagitahu, Serum ni tak oily tau, texture dia like watery, dia sangat cepat menyerap dan tidak berminyak, jangan risau, sesuai untuk semua jenis kulit. Aku rasa sebotol 15ml ni tahan 2 bulan kot, kalau aku lah, hehe, sbb penggunaan dia sedikit je, tak perlu selambak tepek di muka. hehe.

Okay! mestilah nak tau harga kan! EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM hanya RM68 SAHAJA!!!

Harga asal: 

RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi : 

RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Korang boleh beli secara online Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum di 

www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE : 019 - 7373770 / 019 -3800779 

Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u

Instagram : @ephyra2u 

Website : www.oceanlife2u.com

untuk lihat lagi testimoni, boleh search hashtag #ephyraskinnano #advancedrepairserum. Jangan lupa cuba tau! InsyaAllah mana tau berkesan. Bercantik-cantiklah sebelum 30, kihkih.
Read More ->>

29 March 2016

Golden Rose Velvet Matte Lipstik yang setaraf jenama terkenal

Makeup Workshop With Beauty Blogger


Beauty blogger kew? hahaha. Alaaa kasik lah mak chance, nak jugak jadi beauty blogger. hehehe. TQ adik Yaya Natcumi invite hakak untuk Exclusive event ni! sangat seronok! cuma yang tak seronok tu boleh pulak cerry berry. sobs.

Tapi disebabkan excited nak belajar makeup, makanya aku pergi juga, dah lah ada Matta Fair pulak kat PWTC, Ya Allah mencabar betul cr parking. Alhamdulillah lah dapat parking. Sampai-sampai je outlet Golden Rose, aku jadi teruja sangat! sbb apa? sebab barang makeup dia sangat menarik, warna-warnanya sangattttttt membuatkan aku geram. hahaha. Plusssssssssss harga sangat murah! haih!


Bagi yang masih belum pernah dengar nama Golden Rose, meh nak cerita sikit, Golden Rose adalah kosmetik yang berasal dari Turkey, lebih 30 tahun pengalaman dan kosmetik mereka juga dah popular di Europe, kini bertapak di Malaysia pula.

Produk Golden Rose adalah produk yang aku rasa sangat berkualiti dan terbaik untuk kita rakyat marhaen ni, tak perlu beli set makeup yang mahal mahal untuk nampak cantik dan elegant, Golden Rose dah cukup untuk menampakkan korang WOW! 

muka togel! dicabar oleh Ida Baharum dan Diya Nadia. choiii sgt!
MUA kita haritu. Eiman Stella.
Ini Eiman Stella, beliau lah yang menjadi punca kami jadi tak keruan di Golden Rose haritu, lepas dpt banyak tips and trick dari Eiman, jadinya mcm semua produk kosmetik kat sana kami nak borong. haha. Eiman adalah MUA yang dulunya bertapak di Melaka, tapi kini melebarkan sayapnya di KL, ewahhh ayat majalah sangat aku. Tapi serius aku kagum dengan hasil tangan Eiman.

Trade mark dia adalah makeup manis manis. hahaha. korang boleh follow IG Eiman, boleh tengok hasil makeup manis manis dia, mmg manis sungguh, tergoda makkk! hahaha. Tapi sayangnya, haritu aku x makeup pun, sbb sangat tak larat, habis workshop aku terus balik. Takpe, nanti iols practice kat rumah. hehehe.


Banyak tips and trick yg Eiman ajar masa workshop haritu, kemudia lah aku cerita pasal tu yek, ada jugak video video, tapi kena edit dulu baru leh masuk dalam you tube, tapi antara tips yg Eiman bagi ialah, sebelum makeup, bangun pagi atau sebelum tidur, kita mesti lah pakai moisturizer, sebab apa kena pakai? mosturiser akan menjadikan kulit kita bertenaga, tidak lah nampak lemau dan tak bermaya. ok, got it? sila pergi cr moisturizer ye! Aku mmg pakai, kalau tak muka akan kering sangat.


Ini sebelum dan selepas makeup, menggunakan BASIC sahaja, nampak lain kan, sebelum makeup dan selepas makeup mmg berbeza, Eiman mmg totally pakai makeup dr Golden Rose je. Aku juga baru tau, nak pakai krim ke, powder ke, tak perlu tonyoh tonyoh kat muka, cukup hanya dengan layang layang kan berus jeee. kofkofkof.

adik Yaya dalam misi mencuba membentukkan kening. kihkih. Tanpa cukur tau!
Set Hantaran kalau korang nak cuba

Okay, nak cerita tentang Lipstick Velvet Matte ni, serius korang! mmg best! aku mmg suka! Eiman bezakan texture dia dengan MAC, tapi Golden Rose lagi best, walaupun dia matte, tp texture dia tak ' keras ' kan bibir, dia smooth je! korang mesti cuba! aku kalau boleh nak beli semua color. hahaha.

Lipstik ni tak keringkan bibir tau, dia melembabkan bibir dan siap ada Vitamin E! untuk yang rasa ada allergic, lipstik ni adalah Paraben Free! woohooo. mmg the best!

Dengan harga hanya RM25, daripada beli MAC, korang leh dapat 3 batang Golden Rose tau! hahaha oppsiee mantiklah nakkk. haha. Kualiti sama dengan harga yg berbeza gittew~

So apa tunggu lagi, pergi beli sebantang okay! mmg best! hehehe.

cantik x makkkkk. hahahaha. *muntahhijo
More info :

Website: http: www.goldenrose.com.my
Read More ->>

Hukum Memotong Kuku Semasa Uzur

Kesian kat aku tau harini, keluar awal 6.55am, tapi sampai opis nak dekat 8.30am jugak. seyes sedih. Paling sedihnya, radio kata ada kren rosak kat tepi jalan taman midah tu, tapi aku tengok, bukan kren yg besar tu, yg kecik je pun, mcm mana dorg boleh biar je, polis pun xde jaga, selalu pepagi ada je polis kt situ, serius sedih, sbb tu je jem teruk gila gila. Alahaiii ntah lah, tak tau nak cakap mcm mana dah. Tapi ok lah, xpelah. Dah selamat dah pun sampai opis.

Pagi tadi di sebabkan keluar awal, dpt lah dengar Sinar FM, bab soal jawap agama tu, Kali ni ada soalan tentang ' potong kuku semasa uzur ' bagusnya soalan ni, sbb aku pun asyik lah tertanya-tanya ada hukumnya. ada yang kata HARAM potong, tapi bg aku pulak, mcm mana pulak haram kalau kuku panjang dan kotor nanti mcm mana?

Ustaz kata, sebenarnya potong kuku masa uzur ni hanya lah adab, tak de hukum apa apa pun yang membabitkan potong kuku masa uzur ni.

Jika kita nak potong just potong jelah. Tiada masalah. Mcm aku, mmg kena kuku pendek selalu, xboleh panjang sgt, so kdg2 bila period, aku terpaksa jugak potong. Memula rasa was was, tp lama lama aku niat, utk jaga kebersihan, dan ada org kata, nt mandi wajib skali dengan kuku tu. kihkih. sebenarnya tak payah pun kan.

Islam itu mudah, kenapa nak susahkan.

Okay lah, nak buat kerja, banyak lagi hal ni. hahaha. ok bai.

Read More ->>

25 March 2016

Permintaan Anak Dara Yang Kadang Kadanggggggggggggggggggggggggg

Review Movie Boboboi


Aku mcm rasa Princess dah besar sangattttt, bila dia tetiba minta, ' papa, kakak nak tengok cerita boboboi kat wayang ' padahal aku rasa dia bukan lah peminat boboboi, tapi dia boleh mintak nak tengok cerita tu, pas tu dia boleh cakap, nak tengok WAYANG tu! aku like errrr, mana dia tau cerita tu ada kat wayang? ni mst pengaruh rakan sebaya lah ni, kofkofkof.

Last last si papa nya pun ckp, okay kakak, esok kita g tengok okay, errrr kalau papanya pun, layan anak mcm girlfriend. aku pun ngikut lah kan, takkan nak tinggal. hahaha. BTW aku rasa best sangat boboboi, sound effect, jalan cerita best lahhh, budak budak boleh paham lah. Ala ala transformers pun hado. hahaha.

Nama nama watak mmg win ah! Klamkabot, kikita, lagi apa ntah, aku lupa dah. tapi mak bagi 4/5 bintang. Princess tak tidur tau dalam wayang, lepas tu bila aku nk terlelap, dia boleh ckp, ' IBUUU jangan tidur! ibuu tengok wayang ibuu tengok! ' haiii lah anak. sabar jelah! hahaha.

Papa dia ko nak tau, orang yang paling feel skali, tak berkedip mata tengok, sampai last skali ada Boboboiii kuasaaaaaaaaaaaaaaaaa tujuhhhhhhhhhhhhhhhh. hahaha. Sampai masuk kereta pun duk cerita lagi, pitams ibuu, anak dia relaxxx je.


Permintaan anak


Princess skrg kan, mmg banyak cakap, all the time, sampai bila aku nak borak dgn papa dia pun sampai kena suruh dia diam dulu, adoiii lahhh.

Dia kan, jenis ingat tau apa yg dia mintak, kdg kdg kita cakap tu mcm nak psyco dia je, tapi dia boleh pulak ingat benda tu, dah satu hal nak kena explain balik.

Kami selalu mkn kat kedai mkn depan tesco ampang tu, nama kedai tu Sawadee tau, yang kelakar nya, bila dia lapar, dia boleh cakap, ' ibuu, kakak nak pergi makan kat Sawadee, kakak nak nasi putih dengan ayam goreng kunyit ' hahahahaha. ko ghase??? aku pandang papa dia, papa dia pandang aku. hahaha.

Lepas tu boleh pulak buat permintaan nak balik Ipoh, dia kata nak jumpa Opah, mashu dik, mashu cik, alamak.

Smlm papa dia ckp lah, kakak nak balik ipoh, kakak tidur awal tau, bila papa ckp cm tu, dia terus tido tau, then pagi pagi ni dia bangun AWALLLLL! aku kat dapur lagi pg tadi, tgh letak topping brownies, dia boleh turun bawah, aku tanya kenapa kakak bangun awal, nak balik Ipoh ke? pas tu dia mengangguk. ah sudahhhhhh! mantiklah aku! hahaha.

Last last aku ckp, kita pergi work dulu tau, kakak pergi school dulu, pas tu dia mcm nak nangis tauuu. Aku ckp lah, kakak kena bgtau ibuu ani dulu, yg kakak nak cuti, kalau tak mcm mana nak balik Ipoh, baru lah dia ok. aduhhhhh. Sampai mcm tu effect dia eh. sampai boleh bangun sendiri. Princess bukan lah morning person. Sama mcm aku, tapi kalau ada benda yang ' exciting ' mst boleh bangun awal, kdg kdg sampai tak leh tidur, hahaha.


Ko tengok lah anak aku pose tu, hahaha. sumpah aku tak suruh pose gitu tau. Tu sume dia sendiri, aku just cakap, ' kakak, berdiri lah situ, ibuu nak snap gambar ni ' dia pun diri, pas tu memula buat muka, then strike a pose. kemahennn ko kan, ibuu masa umur besar ko, tau berdiri tegak jeeee. hahahaha. lols.


Sebab apa aku suka snap dan record video princess, sbb aku merasakan yg dia cepat sangat besar, bila tengok balik video video lama, dpt mengubat rindu aku kat Princess yg baby dulu. Hurmmm rindu sangat. Semoga anak ibuu jadi anak yg solehah ye, bijak, cantik, sopan, mcm ibuu. kihkih. ok lah. muntah baca kannnnn! haha. bai.
Read More ->>

24 March 2016

Korean Personal Shopper - Seoul Bucket

Malaysia - Korea Personal Shopper


Hoi lamanya nak update pasal Seoul_bucket neh! hahaha. bukan hape. aku nak tunggu ramen aku sampai skali, nak review skali, dah alang alang kan. kihkih. TQ As for choosing me! ahaks, As ni sebenarnya kawan sekolah aku, sekolah rendah tau. Jumpa balik dlm FB, tak sangka As peminat tegar Korea, sampai skrg dh boleh buat tour guide ke Korea. okeh, jom borak pasal produk dulu.

model tak bayar. hahaha

Sudu Panjang Korea


Actually As suruh aku tolong review pasal sudu panjang Korea, sape suka tengok drama Korea, mst akan rasa terdetik kat hati nak mkn sup dan nasi guna sudu panjang ni, alaaa tipu lah kalau tak teringin! hahahaha. pas tu mst korang akan terliur nak mkn kimci dan ramen kan! hahaha. Aku lettew, serius sangat terliur wehhh, Kimchi tu sebenarnya boleh je beli kat pasaraya, tp x berani nak beli sbb risau tak tertelan. hahaha. Dulu masa MIL aku g Korea, ada je dia bawak balik Kimchi, tapi x makan pun, lolz. Dasar sangat.

Sudu panjang Korea
sudu panjang Korea, berat, sedap pegang!
Korean Personal Shopper
alaaaa terliur lak!
aku xde lah pandai sgt pegang chopstick, tp boleh lah. hahahaha. kalau g Korea xde lah malu sgt.

Masa sampai je sudu panjang aku tu, mmg rasa best gila, terus rasa mcm teruja nak g makan sushi. hahaha. eh apa kena mengena sushi lak ni, alaaa g mkn sushi leh mkn nasi dgn sup dalam mangkuk, leh feefeling guna sudu panjang tuh. kofkofkof.

Korang! seyes masa makan guna sudu panjang tu, mmg feeling korea habis ahhhhh! hahahaha. Korang kalau minat korea, mst lah kena ada set sudu panjang dgn chopstick ni! seyes ahhh! hahaha.

Sudu panjang ni mmg dari Korea tau! then sudu dia mmg jenis berat dan berkualiti, bukan cikai cikai punya.



TERAPI KECANTIKAN MENGGUNAKAN SUDU PANJANG KOREA
- pernah tak baca artikel pasal org korea urut muka guna sudu panjang. Seorang ibu di Korea hanya menggunakan teknik urutan dengan tangan menggunakan sudu panjang ni utk membentuk muka anak dia supaya tirus, dan juga mendapatkan mata yang besar. hahaha. mcm kelakar, tp ini serius tau, korang cubalah, guna sudu sejuk ye. kihkih. Sudu sejuk juga kalau kita letakkan di bawah kelopak mata setiap pagi, boleh hilangkan eye bag tau.

As juga ada bg aku cuba mask dr Korea, best juga, rasa muka sangat anjal dan lembut jeee.

abaikan tangan si kecik tu.

Ramen Halal dar Korea


Hah mcm aku ckp td, bila tengok cerita Korea, mst fefeeling nak mkn ramen tu datang kan, aku pun order lah dekat As ramen, tp jenis goreng, dan yg ni jenis yang super duper mania pedas dia. hahahaha. As dh pesan kat aku, " ra, cili dia tu buh sikit je, nanti x tahan pedas " SEKALIIII! aku ni berlagak, buh jugak semua, hahaha. last last amik ko, sampai nak tercirit rasanya, mmg pedas sgt sgt. Bagi korang yang tak kuat makan pedas, tapi kalau nak rasa, aku sarankan, jangan lah buh banyak banyak cilinya tu, ada yang tercerry berry dipertengahan jalan nanti. hahaha.

Tapi mmg sedap! haih!

Ramen Halal
ermmmmmm fobia. hahahaha
Okay! selain dari tu, As juga boleh ' shopping ' kan kat korang product product lain, mcm product kecantikan ke ( Etude House, Nature Republic, Face Shop, Missha, Innisfree, The Saem dan lain lain ) kain cotton, brooch dan lain lain. Now As juga buat perkhidmatan tour guide ke Korea. best kannnnnnn! sape yang nak pergi tu, boleh lah risik risik As.

Lagi satu perkara best! If korang bukak install SHOPEE Malaysia, cari Seoul Bucket, boleh dapat 30% less tau! guna CODE yang tertera seperti dalam gambar, terhad kepada 200 pelanggan pertama sahaja! cepat!


More info boleh like of follow :

As - 0164452817
boleh wasap wasap tanya harga tour guide, hehe. Good Luck utk As, semoga terus success ye! mana tau lepas ni boleh bukak agensi travel sendiri. hehehe.
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...