25 May 2016

Penting ke UV dan PV pada Blogger?

Cara Tengok Pageview Dan Unique View di Google Analytics


Kepentingan UV bagi seorang blogger. Aku tak tau korang macam mana, tapi aku lah kan, aku sendiri, aku akan selalu check UV aku. hahaha. Paranoid sangat kan risau UV jatuh. Dari dulu lagi aku memang pantau UV aku, dulu masa memula aku tukar domain dot com, UV mmg drop gila-gila, sedih sangat, but now alhamdulillah, dah okay mcm biasa.

UV dan PV adalah penting, sbb apa? nanti PR nak bagi job, if yang ada payment, dorang nak yang UV agak tinggi ( paling rendah 500uv sehari ), UV = Unique View lupa pulak nak bagitau ( ada yang tak tahu ke? ). Tapi skrg dorang dah pandai nak demand, job takde payment pun kadang-kadang sibuk nak mintak UV, hahaha. Sila jangan buat lawak boleh x? simpan sikit lawak tu. hiks.

Kalau dulu aku buat blog untuk suka-suka, but skrg alhamdulillah, blog banyak jugak mendatangkan rezeki untuk aku. Jadi lah buat beli beli seluar dalam yang koyak tu, #ehh. hahaha. tak lah, buat simpan, duit blog, duit kerja part time aku semua simpan, untuk masa depan kata kooo~ haha.

Bulan lepas, fon aku update secara besar-besaran, aku pakai note 3 neo je, now dia update software dalam tu, semua dah tukar, semua dah jadi lain. Sampai lah Google Analytic aku ni pun dah lain, ah sudahhh~ kalau dulu, senang je nak check, skrg ni dah kemahen payah.

Tadi aku cuba lah godek-godek sebab tengah free ni kan, so jumpa lah dah cara nak tengok PV, UV, Keywords, dan lain-lain lagi, Cost per entry pun ada. hoiiiihh hebat sangat ni. hahaha. boleh jual dah ke domain aku ni. kahhh~

Okeh, ni rupa depan dia, ni aku install apps je kat phone, senang nak cek kalau kat phone, bila-bila masa PR mintak boleh bagi je. Kat depan ni macam-macam hado, ada dashboard, real time, overview dan lain lain lah. so skrg aku nak tengok UV dan PV aku. Untuk check UV dan PV, pergi je klik di dashboard. Nanti akan keluar PV korang.

Okeh itu untuk PV, nak check UV pulak, klik pada icon + ( tambah ) pada belah atas kanan. 

Lepas klik +, korang cari korang nak tengok apa, PV, UV, page value pun ada, tu yang aku sebut kat atas tadi, Avg time on page pun ada. korang leh cek berapa lama audience stay kat blog korang. korang boleh scroll-scroll metric tu, mcm mcm ada lagi kat situ.

If nak tengok untuk bulan-bulan lain, klik je arrow kiri dan kanan kat atas tu, automatic dia akan tukar segera. best jugak lepas dah update ni, memula je pening sikit. Plus, korg boleh cek audience korang organic ke tak, datang dari Fb ke, yahoo ke, google ke. korang kena rajin godek-godek sikit lah yeww.

okeh ni PV dan UV aku, idok lah banyak pun, sila jangan kecam! hahaha. kita share-share je apa yang kita tau, korang leh cek UV PV korang skrg okay! kalau yang takde, sila install dan daftar, selalu blogger mesti ada.

oh lupa, nak cek keyword, pergi ke Real Time okay, boleh tengok org masuk blog korang baca pasal apa, hehehe. Tapi yang ni tak best, kalau tengok kat Nuffnang punya keyword best, mcm mcm hado! hahaha. ok selamat mencuba korang, bai~ Alhamdulillah berjaya update 1 entry harini. kahhh! Tahniah Safura.
Read More ->>

24 May 2016

Buku-buku latihan untuk Princess

Umur Berapa Sepatutnya Anak Perlu Mula Belajar


Kalau di facebook, mcm mcm pendapat yang mak mak dan bapak bapak luahkan tentang anak-anak, ada yang terlalu risau bila anak mereka masih tidak pandai mengenal ABC, menulis, mahupun membaca. Kdg-kdg benda mcm tu dah jadi 1 bahan joke. Tau jelah mereka mereka ni kalau mengkomen, overr sangat. Tapi yelah. Mak bapak mana yg tak risaukan anak. Dah nak masuk 4 tahun, tp kalau x kenal ABC. Mmg dia akan risau, nak nak kalau anak kawan kawan dia dh siap pandai membaca, menggelabah lah dia. Hehe.

Sejak umur anak berapa kita perlu ajar dia? Mcm aku, princess start lahir aku dah ajar mcm-mcm, hahahaha. Tapi bukan ABC lah hoi, ajar minum susu, ajar pegang botol, ajar dia tidur sendiri, ajar dia bermain, sampai lah umur 6 bulan, aku dah mula ajar dia menyanyi, clap clap hand, pasangkan lagu twinkle twinkle sampai lah umur setahun, mula bacakan dia ABC, tunjuk dia mcm mana rupa ABC, menyanyi phonic song, baca doa dan sampai skrg, aku masih mengajar dia, ajar menulis dan now nak try ajar mengeja.

Ada certain huruf dia masih gigil gigil tulis mcm huruf S, Q, lain lain okay lah. Aku tak expect Princess akan terus pandai. Sbb jenis dia mmg dia cepat bosan. Belajar skali then sudah, dia tak nak dah, sebab dia rasa mcm dia dah pandai. Haha. Memang kena sabar banyak-banyak. Dan dia jenis tak suka kita ulang-ulang benda tu banyak kali, errrr ikut perangai sape lah agaknya tu. Hahaha.

Disebabkan dia tak suka benda yang sama, haritu aku ajak dia pergi shopping buku buku baru. Dia pun suka lah. Kemahen excited gila nak beli buku baru. Lagipun lama jugak aku tak membeli.

Aku beli buku latihan dia kat Popular je, mph x banyak buku-buku latihan yang best best, kat popular banyak. Aku suka, harga pun x mahal, dalam rm2.90, rm4.90, rm7.90. Sebelum membeli, kita bg dia makan kenyang-kenyang dulu, kami pergi berdua je, sebab papa dia busy, pergi berdua je pun apa ada hal kan. hehehe. Bagi Princess makan nasi ayam Linda Onn, now Nasi ayam dia dah banyak, haha, kalau dulu ciput jeee. good good.

nak duduk sini je, tak nak balik, seronok sebab banyak book.
Masuk dalam tu, terus ke bahagian buku anak, aku more to book yg dalam range 3-4 tahun dan 4-6 tahun, sebab princess baru 4 tahun kan, belum masuk 4 tahun pun, so kena pilih yang sesuai dengan dia, kali ni beli buku yang ada latihan skali, kalau dulu aku suka beli buku yang boleh asah skill menulis dia, now yang ada latihan, lepas menulis, buat latihan pulak, dan ada ruang untuk color-color, dia suka lah.

Aku beli buku Math, English, Start to spell, drawing dot ( tu sebab dia nak ) haha, science, buku cerita dan buku set BACALAH ANAKKU. Dulu aku tak rasa macam nak beli buku Bacalah Anakku ni, tapi skrg aku rasa dh boleh beli sebab dia nak masuk 4 tahun dah, boleh dah ajar sikit-sikit, buku Bacalah Anakku ni bagus sangat, adik aku kata kat Little Caliph pun pakai buku ni.

Set Bacalah Anakku Popular Rm36
Aku memula tak pandai juga guna buku Bacalah Anakku ni, sampai aku kena study dulu baru leh ajar, maklumlah, mak bukan cikgu. hahaha. Kalau korg nak tau cara mengajar yang betul, kat You Tube pun ada. Mudah. tapi pastikan anak kenal ABC dulu. Kalau tak nanti dorang konpius. Tahun depan Princess nak masuk sekolah dah, boleh lah aku ajar sikit, untuk knowledge dia.

Semua buku-buku ni tidaklah aku guna semua skali gus, aku guna sikit-sikit, mcm aku cakap tadi, princess ni cepat bosan, dia tak suka benda yg sama, dia nak harini buku lain, esok buku lain, lusa buku lain. tu sebab aku beli banyak sikit. heheh.

pencil jumbo 3 batang Rm6.50
Dan lagi satu aku beli pencil dan pencil color jenis JUMBO ni, mmg aku suggest sangat pencil jenis Jumbo ni sbb dia berbentuk segi tiga dan gemuk, kalau budak pegang, dia akan pegang dengan penuh dan betul. Princess suka pencil ni. kalau pencil biasa tu kan halus je, dia cepat lenguh bila tulis lama-lama.

Total semua baru habis Rm105, okay lah kan, untuk anak, aku happy dapat beli semua ni untuk Princess, lagipun aku mmg suka beli buku. suka kumpul. guna x guna belakang kira. kahhh! Aku beli ni bukan lah nakkan Princess cepat sangat pandai, tapi aku nak biasakan dia dengan book, nak bagi dia suka book, suka belajar, suka buat latihan.

Tapi skali sesi belajar bukan lama, 10minit, cukup, pas tu dah pergi main balik. banyak je alasan. haha. tapi takpelah, asalkan dia mahu belajar, itu dah buat aku bersyukur. Habis belajar buku ni, kita beli lagi okay!
Read More ->>

20 May 2016

Menu Baru Restoran Istana Bambu Patin Tempoyak Pahang Asli

Gulai Patin Tempoyak sedap di KL


Sape peminat Ikan Patin? sila angkat tangan tinggi-tingiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, hehe. meh nak sep, aku adalah patin lover, menu paling aku suka, Patin Tempoyak dan Patin masak asam, mak mertua aku orang Pahang, nak tak nak kena belajar makan patin, sedap hoi ikan patin, selain dari mak mertua aku masak, aku tak pernah makan ikan patin kat kedai-kedai, sbb tak kena dengan tekak, kalau kedai masak, mesti ada bau, tak gemor.

Tapi, kalau korang tak pandai masak, tapi nak dan teringin nak makan gulai tempoyak ikan patin sedap, takkan nak suruh mak mertua aku masakkan pulak kan? mesti lah kena cari kedai yang menyediakan hidangan ikan patin yang sedap. Korang tak perlu ke Pahang, kat KL pun dah ada. hehe.

Di restoran Istana Bambu kini menyediakan set makan tengahari yang bertema kan Patin Tempoyak Pahang Asli. Tu sebab aku cakap tak perlu ke Pahang dah untuk makan gulai Patin Tempoyak. Kalau rasa nak makan tengahari nasi putih dengan gulai tempoyak ikan patin, boleh ajak kawan-kawan ke Restoran Istana Bambu.

Kalau kawan korang tak makan Patin xpe, ada jugak menu lain yang pihak restoran sediakan, seperti Asam Pedas Ikan Pari dan Gulai Lemak Daging Salai. Ayam kampung goreng panas-panas pun ada uols! haih, terliur pulak rasa.


Tuh tengok tu, sekawah gulai ikan patin tempoyak. Macam aku cakap tadi, aku mmg tak biasa makan gulai tempoyak ikan patin selain drpd yang mak mertua aku masak kan? Tapi di Restoran Istana bambu ni, aku bukan nak hard shell, tapi mmg sedap, kena dengan tekak aku, kena dengan selera aku. Ikan patin dia memang takde bau. Gulai dia sesedap rasa, ngam semua rasa, sedapnyaaa! katanya, chef yang masak menu ikan patin ni memang dari Pahang, so no wonder lah kan. SEDAP!


Selain gulai tempoyak ikan patin, ada PAIS PATIN, hoi aku x kenal apa ni pais patin. tak pernah makan, Ida baharum makan pais patin ni, sedap sangat dia kata, Pais ni adalah ikan patin yang di salut dengan tempoyak dan dibakar. Ya Allah, mmg orang-orang tua kita terbaek kan! tempoyak adalah salah satu sumber PROBIOTIK yang bagus, mmg baik utk tubuh badan. So korang kena cuba! Harga tertera seperti dalam gambar.


Dan seperti yang aku cakap tadi, kalau ada kawan korang yang tak makan ikan patin, boleh makan menu lain, ada masak lemai daging salai dan asam pedas, Masak lemak daging salai tu memang sangat terbaik! serius! add on lagi, ulam-ulam + sambal belacan! ermmm, habis makan usap perut, seronok~ hahaha.


So, jangan lupa singgah Restoran Istana Bambu nanti, sempat lagi sebelum puasa ni, nanti bulan puasa teringat-ingat pulak. Harga untuk set makan tengahari adalah Rm17 termasuk Nasi, air pencuci mulut dan ulaman. Jika nak makan belah petang, harga ala carte adalah Rm 15- Rm19 semangkuk.

Waktu Operasi 

Isnin - Jumaat
( 12pm - 3pm )
( 6pm - 11pm )

Sabut - Ahad
( 12pm - 12am )

Restoran Istana Bambu
Lot 841 Jalan Ulu Kelang
68000 Ampang

03-2451 4717 / 03-4252 4718

IG IstanaBambu Restaurant
FB Istana Bambu Restaurant
Read More ->>

19 May 2016

Buffet Ramadhan 2016 Ancasa Hotel Bertemakan Selera Desa Nostalgia 60an

Buffet Ramadhan 2016


Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Ramadhan, Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk menikmati suasana Ramadhan pada tahun ini. Aku kalau bab makan, buffet review, ermm suka sangat lah aku, tambah lagi kalau makanan penuh dari depan sampai belakang, TQ to Madi Projek Travel sebab sudi jemput kita kali ini. Aku dengan sape lagi, ida baharum lah. Haha.

Harini nak cerita kat korang betapa bestnya buffet Ramadhan di Ancasa Hotel And Spa, KL. Kali ni dorang merancakkan lagi sambutan ramadhan dengan bertemakan ' Nostalgia 60an '. Siap ada alunan muzik ala-ala muzik zaman 60an lagi tu, memang feel betul makan.

Sebelum tunjukkan korang juadah-juadah yang disediakan, aku nak bagitahu dulu, semua juadah ni menarik ini diilhamkan oleh chef yang mempunyai pengalaman luas dalma bidang kulinari, bukan calang-calang orang tau! Gabungan hebat Chef Yohanis dan Chef Mariam sangat lah hebat!

Masuk je ke ruang buffet ' Saffron Brasseries ' ni, korang akan dijamu mata dengan pelbagai jenis dessert dan pencuci mulut, ampunnnnn! kami sampai rambang mata, sampai tak tahu nak pilih yang mana, oh! korang jangan lah minum air masa makan kt sini, nanti kenyang, tak dapat nak menikmati semua juadah.

Ada kek, buah-buahan, kuih muih, dodol, wajid, putu piring, bubur kacang, eh mcm mcm lagi lah ada, aku pun tak sempat nak merasa semua dessert, tapi mana yg sempat aku rasa tu, semua sedap-sedap.

Kalau tak de idea nak belanja family berbuka dimana, nahhh, ni idea untuk berbuka puasa dengan family! bawak je dtg sini, tak perlu susah-susah.

Selepas itu, masuk di bahagian tengah, korang nampak pulak semua makanan yang banyak ni, aku tak sempat nak kira berapa menu yang ada, tp korang tengok lah sendiri, mmg banyak sangat dan puasa hati lah! makan sampai bersandar! hehehehe. Jangan sampai tak larat nak solat sudah lah.

Ok meh nak cerita sikit, mereka ada Nasi Kabsah bersama kambing bakar, bayar mahal-mahal, kambing wajib lah ada kan, rendang itik, ni aku tak makan, ida baharum makan, dia kata sedap gila, daging itik tak liat, Burung puyuh goreng lengkuas, Sambal udang petai, Lemak ketam nenas, kacang sepat bercendawan, daging opor, Ayam tandoori bersama sos pudina dan ikan jenahak dan mcm mcm lagi, Ampun, banyak sangat makanan tau.


Pihak Ancasa Hotel memilih menggabungkan tema elemen 60an dan menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sempena memperingati pemergian seniman agung tersebut pada 29 Mei 1973.

Okeh, korang kalau nak berbuka puasa di sini, boleh dapatkan baucer istimewa dengan harga serendah Rm58 sebelum 31 Mei 2016 ini,

pada selepas 31 Mei 2016, baucar akan dijual pada harga Rm68 bersih untuk dewasa dan Rm40 untuk kanak-kanak.

sebarang pertanyaan, hubungi Saffron Brassiese di talian 
03-2026 6060 samb. 7703, 
atau hotline 1-300-88-0032

Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...