31 July 2016

First Time Beli Handbag di Lazada

Hai korang, saje update sementara tunggu pavlova sejuk dalam oven, nak cerita pasal Lazada. Percaya tak aku tak pernah beli barang kat Lazada? Mesti lah tak percaya kan. Hahaha. Tak silap aku sebelum ni aku pernah beli. Aku beli penimbang digital. Murah. Rm25 je, lazada kan suka buat offer yg gila gila. Tu yang malas terjebak dengan lazada. Dia sengaja je lalu iklan barang murah murah depan mata, geram sangat aku. Hahaha.


Lepas tu, yang bestnya, haritu tengah layan layan FB, nampak 1 handbag ni, eh tetiba aku perkenan sangat. Aku jarang lah beli handbag kat online, selalu beli kat Zalora je, sbb percaya dgn zalora. Kali ni try lah beli kat lazada plak, murohhhh plak tu. Kaler biru plak tu. Eh beli jelah. Hahaha.


Dulu dah keluar design handbag mcm ni, dulu dulu masa aku muda remaja punya design, skrg dah keluar balik design ni, aku perkenan gak handbag Sometimes ( niko niko ) tu, tp sebab aku tengok dorang berebut perang depan pc. Aku malas lah, aku dah lah cepat nebes, kang mst x sempat nak beli. So lupakan hajat. Tetiba lalu lak iklan handbag ala ala niko niko, ok jadiklah. Mak beli sebijik. Hahaha. Brand Mango je.



Bila aku post kat fb, ramai lak suka handbag ni. Ramai gak yg beli lepas tu, lols, sama lah nt handbag kita yewww. Haha. Kak Haiza Sofi pun beli, tp tup tup sampai lain dr yg dia order, sampai beg petak. Brand mango gak, kaler biru, ich mcm beg zaman dulu, sian kak Haiza. Last last dia report balik, so lazada kata tak yah return, dia bg je sekali lagi voucer rm48, then beli balik handbag tu, huntong huntong. Hahaha.



Yang kes aku plak, beg aku x sampai sampai, aku dh biasa beli kt zalora, harini oder, esok trus sampai, ni aku tunggu punya tunggu punya tunggu tak sampai sampai, risau lak, bayar sume dh ok. Last last aku anta email kat cust service dia, dan dan tu ckp barang aku akan di shipping. Lols. Baru nak hantar lepas 3 hari? Sabar jelah aku. 

Tu yang semalam ( jumaat ) baru dapat handbagnya, Sabtu harini nak g beraya rumah Ros Anis, aku melaram lah. Hahaha. Kemahen kan! Eh ntah lah, aku suka pulak dengan warna biru skrg ni, sesuatu sangat kan!!! Sume benda nak biru. Pink jarang sgt aku nak beli skrg. Biru handbag ni pun biru lain tau, nak kata cair tak cair, nak kata pekat tak pekat, mcm warna kaler luna. Hahaha. Luna pon bolehhh. 


Tp okay lah, kualiti okay jugak, xde lah low sangat, mcm ros anis ckp, dia pernah beli handbag kat Lazada. Tp kualiti teruk. So dia return balik. Aku ni okay lah, rezeki kan.

So melaram lah mak dengan handbag biru mak, kemahen, abaikan muka x makeup tu, hahaha. Sampai lambat rumah ros anis, terus Zohor, bag makeup lupa nak bawak naik? So togel lah muka mak. Lols. Nasib sempat snap pic pakai makeup, aku skrg tgh sibuk suka style makeup muka kilat kilat tu, kemahen kan perangai sejak preggy ni. Hahaha. Melaram sesaja. Nak nak skrg geng gojes pon sibuk buat team makeup, mak mmg suka lah bila ada geng. Dulu takde geng. Haha.

Ni muka makeup kilat kilat, tp mak tak pro lagi, nak beli foundation yg boleh buat conturing tu, tazabar lak rasa, nt dapat lah muka runcing. Hahahahah. Tadi beli lg 1 lipstik kt mak mimi, Anastasia mcm ciknaa, kaler peach peach, lawaaaa. Nanti mak laramkan ye. Haha. Sekian bebelan, jom tido yuk.

Read More ->>

29 July 2016

Althea Turn 1 - Kegilaan Shopping Makeup Direct Dari Korea

Althea Korea Malaysia


Aku dan Makeup memang tak boleh berpisah, pergi mana-mana, mesti kena makeup, sbb aku bukan lah semulajadi cantik tanpa makeup gittew~ hahaha. kalau nak nampak WOW sikit, kena lah makeup, tp idok lah mak reti nak buat conturing ke hape segala, biasa-biasa je makeup mak ni. haha. Idok lah lawa benor lepas makeup, tapi boleh lahhh, sedap-sedap mata memandang. hehehe. lols.

Korang tau tak pasal Althea Korea? tahu tak Althea Korea tu apa? hehehe. OK kalau tak tau, meh nak cerita, tapi aku rasa mesti semua dah tau kan! apa lagi. satu website shopping product direct dari Korea lah, One Stop Center kekdah nya, Tak payah nak kirim-kirim pada kawan yang pergi bercuti kat Korea dah pas ni, boleh beli direct je dari Althea, dah lah selalu bagi diskaun, FREE Shipping pulak tu, dan barang dia 100% authentic, tak payah risau! hokkay!

Semua product tu termasuklah skin care, makeup, hair and body dan apa yang trendy di Korea skrg, so korang takkan ketinggalan lah kekdahnya! Kita ni, org asia, memang sesuai sgt kalau nak pakai product dari Korea ni, sbb type kulit kita sama dengan kulit dorang.


Althea Turn 1


Pada 20July yang lepas, Althea menyambut hari lahirnya yang pertama! ehhh dah mcm berita pulak ayat aku ni, hahahaha. So! aku menggatalkan tangan lah nak usha apa yang ada di website althea. Dengar cerita, beli time birthday Althea sampai 31july nanti, kita akan dapat PINK box limited edition yang special! wooohooooo~ siap dapat party kit lagi tu. Aku pun apa lagi, gatal tangan lah membeli itu ini, sbb dengan purchase Rm150 keatas, kita akan dapat Free Shipping.

Kalau LUCK lg, wish Happy Birthday Althea di IG, dengan #AltheaTurn1, silap silap korang akan dapat menang macam macam hadiah! best kan! Okay stop borak, jom usha apa yang aku beli!
Masa parcel sampai, aku jadi mcm teruja gila, orang lain punya birthday, kita yang mcm dapat hadiah, hahaha. best sangat! dah lah kotak pink, ada tulis Happy Birthday glitter glitter, siap ada balloon lagi. Memang aku simpan lah kotak ni, takkan buang! Limited Edition ni! bukan senang nak dapat. hehehe.
Aku tak reti nak order barang pelik-pelik, aku order sume yang aku rasa berguna untuk aku. hahaha. walaupun mcm tak reti sangat guna, tak pe, pelan pelan lah kita kayuh ye, hahaha. kemahen siap beli Skin Liar Primer, padahal guna pun ntah reti ntah idok tu. hahahaha. Silap silap si Imann Sophea pulak yg tepek kat muka dia.
First skali aku beli, Selfie Fix Pigment, code ( follow me ) glitter-glitter eye shadow ni, mak kan suka glitter glitter kat mata, so seswaiii lah yg ni, haritu calit sikit je kat tangan, tak guna lagi, tetiba dah beli-beli, sayang nak guna plak. hahaha. Dan Selfie awesome Gel Liner, nama je gel liner, tapi mcm pencil, siap ada sharp bawah dia. alaaa x amik pulak pic dekat-dekat, nanti lah aku blog kan kemudian lepas aku guna semua product ni okay?

Lepas tu aku beli Skin Food Fresh Fruite Lip and Cheek Trio Color, code ( Cherry Tomato ), ni pun tak reti guna, main calit-calit je kot kat pipi dengan bibir kan? hahahaha lols. tak pe nanti kita belajar, hahaha.

Then ada Witch's Pouch prefect cover concealer dan Under eye brightener ( brand missha ), bagus untuk cover eye bag yang sebakul ni, i loikeee! hehehe. Brand Witch's Pouch ni popular tau, kalau ke website Althea mmg dorang suka suggest product dari Witch's pouch, murah dan bagus!

Then aku beli Skin Liar Primer, aku tak reti guna, tapi gatai beli! #siscuba belajar nanti ye! hahaha.
Then lagi 2 barang aku beli Aloe Vera soothing gel ni, dengan perfume hand cream, aloe vera ni mmg aku guna, sbb kulit aku selalu kering, apply aloe vera ni 1 badan mmg bagus, kulit tak kering. Perfume hand cream tu kecik comel, senang masuk handbag, kalau busuk tgn bau belacan, pakai je hand cream tu. mudah. hahaha.

Total semua aku beli baru Rm161, FREE Shipping dari Korea tauuu! hahaha berbaloi-baloi sangat! Teruja jap terima parcel dr korea. hehe. So kalau korang nak shopping mcm aku jugak, boleh visit dan merambang kan mata kat my.althea.kr ! okay! semua ada kat sana! Skrg pun tengah banyak diskaun! g usha cepat!


Lepas shopping, terus join #AltheaTurns1 Instagram Contest okay! boleh menang mcm mcm hadiah, mana tau nasib korang baik masa tu. hehehe. Soooooooooooo selamat menghabiskan duit! hehehe. baiii! Tq for reading! ♥

#AltheaTurns1 Instagram Contest

- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea!

- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.

- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.



Website: www.althea.kr
Read More ->>

28 July 2016

Campur Campur Kitchen Cyberjaya Gabungan Menu 3 Negara

Restoran Best Cyberjaya


Hai korang! channel jalan-jalan cari makan kembaliiiii, hehehe. kali ini kita bersiaran TAK langsung dari Cyberjaya ye! hehehehe. Kalau dulu aku paling malas nak pergi Cyberjaya, sebab apa? Sebab Cyberjaya kan macam mati, takde pape, tapi sekarang!!! WOW! mcm mcm hado! banyak mall dah naik, lepas satu-satu, best woi! takde lah korang nak berkumpul di Alamanda je kan, now leh gerak sikit ke Cyberjaya, dah ada mcm mcm.

Dpulze Shopping Center Cyberjaya


Sape pernah datang sini? aku rasa mall ni mcm agak baru jugak bukak, ke dah lama? sbb nampak mcm masih ada renovation sikit-sikit. Tapi best mall ni, serius mcm mcm hado! Aku datang sini sebab di jemput oleh Ida Baharum untuk food review. Food Review di 1 Restoran baru, Campur Campur Kitchen! Gabungan menu dari 3 NEGARA! wow sangat!

Masa mula-mula sampai restoran ni, aku macam teruja, suka dengar nama restoran dia sebab mcm ' funky ' Campur Campur? apa yang campur nya? mst kita nak tau kan, hehe. lepas tu kedai ni agak luas, deko menarik, nampak fresh! mak suka!

Pemandangan dari depan kedai

Suasana dalam kedai

Luaskan kedai dia? kalau korang nak bawak 1 family makan-makan pun boleh, mmg selesa. Kat sini ada 1 daya tarikan yang menarik tau! nak tau! jom baca lagi! hehehe. AWAS! gambar banyak! hahaha.

Minum Air Dalam Mentol


Kalau food review, kalau perut tak buncit, mmg tipu lah! Mcm mcm hoi makanan kami kena cuba! tak larat gila! Tapi sebab semua menu best gila! so kami makan jugak! rasa jugak semua benda! hahaha. Menu kat sini adalah GABUNGAN dari 3 Negara tau! iaitu Indonesia, Thai, dan Chinese. whoaaaa! sampai 3 negara skali, best tau! tak payah susah-susah nak pergi luar negara. kihkih.

Jom usha menu!

Tom yam fried rice
Pan fried kway teow with seafood wrap in lotus leaf
Bangkok jezz crab meat fried rice
Indo nasi goreng with rempah chicken
Campur belacan chicken fried rice

Bagi penggemar nasi goreng, kalau nak makan lunch, boleh datang sini, sebab semua menu nasi goreng dia best dan lain dr yang lain, kat bawah aku ada sertakan menu, leh rujuk skali dgn nama dan harga dia, nak senaraikan satu-satu banyok lah pulok. hehe. Tapi semua nasi goreng nampak menarik kan! paling teruja bila tengok nasi goreng dalam bungkusan daun tu, Chinese style sangat!
Indo mee goreng with seafood
Ayam goreng ni best sangat! Chicken Boxing Rm12.90. Rangup, sedap, cukup rasa.
Chicken Wing 3 Rasa Rm12.90
Curry Fishball Rm8.90
Chicken Wing with Salt and Chili Rm12.90
Egg Salad Thai Style Rm10.90. Yang ni sedap! walaupun aku x makan telur tu, aku mkn kuahnya saje, masam masam pedas pedas, sedap sgt!
Flying Fish, ikan yg di deep fried kan, dan di makan dengan nasi dan cili kicap, upmsshhhh sgt korang! must try!
Petai shrimp
Ayam bakar
Flying Fish

Butter chicken

Chicken wt salted egg

okeh! kalau tak nk order satu satu, boleh juga order set, set ni dia dah gabung gabung kan menu yg satu-satu td, so aku rasa lagi jimat, dah mcm mix bento dah aku tengok! mmg berbaloi! boleh rasa semua makanan dlm set ni. Harga setiap set ni cuma serendah Rm14.90 sahaja! whoaaaa best kan, murah!

Nak bgtau korang, Chicken Salted egg dia sedap sgt, sambal tumis udang pun sedap. aku suka! mmg menu yang di gabungkan tu semua " ngam ".

Kalau nak makan ringan-ringan ada french toast with honey Rm6.90.

See, happy sume dpt makan! hehehe. kredit pic tu abah careno! hehe

Okeh lagi satu nak bg korang teruja sikit! minuman dalam MENTOL! unik gila kan? minum dlm mentol, aku memula risau gak, eh pecah x nanti mentol ni, hahaha. tapi x pecah ye, jgn risau, ianya direka khas utk letak minuman. hehehe.

Air dlm mentol ada Lemonade Blue dan Icy Green, Rm8.90. 

Lain-lain air boleh cuba Tea in Hong Kong Style, Coffee in Hongkong Style, Tea in thai style. Semua sedapppp! Tea dia semua mengancam! TAPI!!! ada satu air yang korang kena cuba! sape yang suka kelainan! kena cuba! hahahahaha.

Ni lah AIR korang kena cuba tu! Almond Tea! hehehehe. Rm4.90, malas nk cite banyak, tapi kalau dah try jangan marah tau. hehehe. Aku memula order air ni, poyo je, tapi last-last tak boleh telan, dia ada 1 bau yang melekat, kuat sangat, trus amik air laki Nory, hahahaha. Minum teh ais, lagi sodapppp! Teh ais dia mmg terangkat habis, aku nk repeat lg dtg sini nanti.

Okeh, ni antara menu yang kami cuba lah, kalau korang nak cuba menu lain, boleh je, ada banyak juga dessert lain, mcm mcm hado! Must come and must try tau!

Okeh! untuk sape yang nak dtg, aku sediakan alamat di bawah.

#foodblogger yang kekenyangan! hehehe. 

LOVE ♥

Campur-Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,
DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya

03-8322 4848

Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...