26 August 2016

Beli Makeup di Lazada

Salam Jumaat korang! kejap je dah jumaat, ritu aku cite aku beli brush kabuki kat Lazada kan? dah sampai dah, yeay! aku amik free shipping, so lambat sikit sampai, tapi okay lah, ETA 22-25hb, tp awal lagi dr tu dah sampai. Sejak suka beli barang kat Lazada ni, banyak gila iklan keluar pasal Lazada, itu lah ini lah, geram betul aku.

Dorang tanya, brush tu okay ke? apa material dia, okay sini nak bg tips beli barang kat Lazada, idok lah tips hebat sgt, tipsnya simple je, sebelum nak beli, rajin-rajin scroll bawah sikit, baca description dia, then tengok feedback dia. tengok komen komen cust sebelum ni mcm mana, tengok lah komen yang boleh dipercayai sikit, aku sebelum beli yang ni, banyak jugak aku baca komen, tapi last last aku beli set kabuki ni sebab ramai komen kat situ, Brush dia best, lembut sangat, yang lain punya brush ada yg bagi feedback tak best.

Lagi 1, korg kena rajin belek barang-barang kat lazada ni, jangan main beli je, sbb kadang kadang ada jugak barang yg sama, tapi harga lagi murah, sbb lain-lain ' kedai ' kan, so ada yg tawarkan harga lagi murah, mcm brush aku ni, aku beli rm26, ada yang dapat rm11 je, choii. hahahaha. Tapi takpelah, dah rezeki aku mcm tu kan. hiks.

Aku tak test lagi brush ni, tp dah pegang, mmg sedap sgt, lembut gila bulu dia, ada 1 brush tu mmg comei sgt, kecik cinonet je, utk blusher kot. rasa nak campak-campak je sebab geram. HAHA. Lagi satu aku beli set contouring tu. Gaya mcm pandai sangat guna kan, beli set gitu, padahal idok pandai, tapi xpe, nanti kita belajar kat You Tube, hahaha. Set tu aku beli pun sbb Rm5.90 je, siap dpt brush, ko ghase? mana dapat tempat lain, dia tak besar sangat tau, potion dia pun sikit je, tp okay lah, kena dengan harga.

Lepas tu aku beli highlighter, kemahennnn nak kilat-kilat muka, hahahaha. Silap silap kang jd opera cina. lols. Laki aku kan, sebenarnya dia x suka aku makeup beriye mcm skrg ni tau, dia kata tak cantik. HAHAHA. dia kata muka aku jadi hitam, padahal aku tak lah hitam mcm tu kulit asal aku. Aku rasa kaler bedak dan foundation aku beli salah lah, maybe aku beli sama dgn kulit aku, bila blend blend, dia jd gelap. selalu kalau tengok video makeup, dia akan pakai foundation yang cerah dr kulit dia, bila blend baru jadi cantik, x nampak gelap. Ermmm nak shopping lagi ke cm ne ni. hahaha.

So korang nak beli brush ke set makeup ke, boleh lah korang beli kat Lazada, no worries so far, ada jugak lah barang yang tak ok, tapi yang penting, korang baca dulu komen-komen cust yang pernah beli sebelum-sebelum ni okay. Banyak yang unbranded item kat Lazada ni, sama mcm kat online-online shop tu, tp lagi murah.

oh, aku nk update pasal recipe Besgetthi Princess ni, sok lah eh, asek lupa je, tiap kali aku masak, tiap kali org mintak recipe, hehehe. tunggu tau! Senang kacang goreng jeww~ ok lah baiiii~ Skrg tengah addicted buat photobook pulekkk~ hahahaha.

Read More ->>

23 August 2016

9 Bulan Mengandung, SENANG ke?

Second Pregnancy, benda yang paling aku tunggu, Princess nak masuk 4 tahun, baru dapat rasa balik, rindu sangat sangat rindu kenangan masa preggy kan princess dulu, kenangan yang memang tak boleh lupa, tapi kali ni, lagi seronok bila mengandung, suami sentiasa di sisi, kalau dulu, semua sorg sorg, al-maklumlah PJJ. hehehe.

Semalam aku tengok Irma Hasmie share pic ni kat IG dia, aku belek-belek pic ni satu-satu, hahaha. then aku gelak, this is sooooooooooooooooooooooooo meeeeeeeeeeeeeeeeee. sangat!

Bulan pertama, unexpected, cek upt, suspect pregnant, naik 2 line dengan jelas sejelasnya. bulan kedua dan ketiga, lemau, lemau, dan lemau, tak larat nak buat apa-apa, nak baring je rasa, bulan ke empat, baju dah tak muat, baju kecik, baju besar, semua dah tak muat, nasib sblm ni baju aku mmg loose, so leh lah celuih lagi.

Bulan ke 5, dah bersemangat sikit, kengkonon nak pregnant dengan healthy kali ni, jaga makan segala, tapi tak leh jugak, 2am je mintak makan, nak nak ada tok laki yang melayan, berat mulai naik, aku baru nak masuk 6 bulan, now dah 23w, berat is OFFICIALLY 70KG! huaaaaaa mcm nak nangis, tapi pk pk balik, nak nangis buat apa, janji baby sihat, sbb seyes aku kalau tak makan, ngak bulihnya tidurrrrrr. adehhh~

but lepas ni kalau lapar 2am, laki aku suh makan buah je, minum susu je, jgn makan roti bakar lah, roti canai lah, nasi lemak lah. hahahaha. ok lah. kita beli stock buah banyak-banyak eh nanti.

masuk je bulan 9 nanti, kira-kira aku ada dalam lebih kurang 4 bulan je lagi sebelum beranak, hope x naik banyak, serammm mak nak diet balik nanti. hahaha. Minat aku nak melawa mcm dulu masih sama, tp dah kurang sikit addicted tu, tapi masih suka nak makeup and melawa lg.

Skrg misi nak mencari baju mengandung pulak, serius skrg semua baju aku dah x muat, pergi keje aku buat siaran ulang tayang, pakai baju yg sama jeeeee. dah takde baju lain, aku rasa kali ni cepat sangat masa, nak nak busy pulak kan, dengan itu dengan ini, so mcm, ehhhh dah nak masuk 6 bulan dahhh. patut lah baju semua dah tak muat. lols.

So far adik baby tak de masalah, Alhamdulillah semua berjalan lancar, aku pun okay, cuma, dr Jumaat aku selsema batuk, nak demam tak demam, sampai harini, tp dah okay sikit lah, takde lah teruk sangat. Myb sbb KL jerebu, tu yg rasa tak sihat je.

Semalam, aku baru potong kuku kaki, siksanya rasaaaaaaa. huaaa. Nak suruh laki potong aku seriau, biarlah aku potong sendiri slow slow. ngeri aku tengok kuku kaki sendiri. haha.

Barang baby pun belum beli satu hapah lagi, barang baby memang semua kena beli baru, sbb hat kakak dia dulu mmg tak de simpan langsung. lagipun papa dah cakap, adik baby biar semua baru. mcm kakak dia dulu. hehehe. so bulan 7 nanti baru kita start beli, seronoknyaaaa!

Doakan semuanya dipermudahkan ye kawan-kawan. mak nebes, now nak study pasal vbac, adoiii tak khatam-khatam lagi, banyak sgt istilah. hehehe.

Kali ni mmg betul perut meruncing, dr depan x nampak, dr tepi baru nampak. lols.
Read More ->>

17 August 2016

Borak Kosong Hari Rabu

Hai korang, harini dah Rabu ye? sok dah khamis, apekah apekahhh! hahahaha. Aku sampai org order Pavlova pon aku lupa dah, aduhhh seyes tak sempat, semalam aku pergi pos segala barang cust, penat gila, bertapa 2 jam kat pej pos gara-gara tertinggal cop, kena tulis sume alamat sendiri, alamat aku, alamat cust, mmg nak gila jap rasanya, hahahaha. Balik semalam ingat takde nak buat apa, sekali Laki aku kata, Brownies kat Cafe dah habis, errrrr, okay lah, buat sebiji lah, pas tu si Anez Zamri pun rupanya tak lepas lagi ngidam, dah lah 38w dah, risau pulak aku, buat sebiji untuk dia, pos ke Teluk Intan Perak, hebat tak, brownies aku boleh pos, guna pos laju je pon. hahaha.

Lepas tu si Yatie pun wasap, nak brownies, nak bawak balik Ipoh, dia ni mmg peel dia lah ni, asal teringat terus wasap nak brownies. hahahaha. nasib selalu dia lucky, sempat lah aku buat kan utk dia, then dia nak 1 yg small untuk birthday, lupa lak tny dia ni utk besday sape. hehehe. So settle bab brownies, pas tu adik ipar aku pulak msg, katanya Pavlova kat Cafe pulak habis, alamak! tak dapek nak nolong, kul 11pm mak baru nak melurus pinggang. skrg dah x larat sangat nak diri lama korang, lenguh rasa kaki.

Harini, g pos brownies Anez, then hantarkan Munafie kak amy ke SSM, alang-alang hantar, kak amy ajak makan mee udang, kak amy nak banjer, aku dengar mee udang, laju jelah, nk g makan kat kak Laila jauh sangat, susah nak pergi sana. Borak borak dengan kak amy, kul 1pm kak amy dh nak masuk opis, sian kak amy kelam kabut sbb aku sampai lambat, parking xde hooiii. hehehe.

Dah lah kak amy banjer mee, banjer lagi kuih, banjer lagi parking, adehhhh, wahai kak amy ku, nape lah baik sangat, ntah bape rm lah mee udang tu tak tahu, air lagi, semoga kak amy murah rezeki tauuu! Enjoy Jepun bulan 10 ni okay! sy doakan selamat pergi dan pulang, Happy for u! Doakan sy sampai Gunung Fuji tu jugak! lols.

Aku dan selfie mana boleh di pisahkan, semalam aku ada update entry pasal SUSUK MODEN HALAL, Bedazzle Diamond Serum yang best tu, korang g baca okay! memang best serum ni, aku bukan puji sbb aku review, tapi aku puji sebab dia mmg best sgt korang! serius, mmg rasa perubahan kat kulit, plus rasa kulit mcm cerah sikit. Flawless of-course lah kan!

Pasal Imann Sophea pun lama tak cerita, budak ni mcm biasa lah, kalau cakap mmg dah mcm org tua, hari hari excited nak jumpa adik, hari hari ckp adik dh besar ibuu, kalau g klinik, dia paling excited sbb boleh tengok adik. hehehe. Ibuu happy bila tengok kakak Happy, tp kakak jgn buat perangai sgt ye. ibuu babap kang. hahaha. pape pun ibuu sayang sgt kat kakak.

Adik baby pulak dah 22w, kejap nya rasa, adik baby Alhamdulillah membesar dengan jayanya, baru baru ni masa balik kelantan, air ketuban mcm leaking sikit, but semuanya okay, dah pergi cek doc kelmarin, doc kata air ketuban cukup. Adik baby pun dah cukup sifatnya, Alhamdulillah, aku rasa sume dah boleh teka baby apa ni, hehehe. aku tiap kali tengok adik baby, aku rasa sedih nak nangis, ada 1 nyawa lagi sedang membesar dalam perut aku, dah lama aku rindukan rasa ni, dapat jugak aku rasa lg skali.

excited dia sama je mcm mengandungkan kakak dia dulu, tak tau nak describe mcm mana, tp happy sgt, tapi adik baby aktif, kuat gila tendang, dr pagi main je kerja dia, hehe, tp xpe, ibuu suka. tu pic paling latest, isnin haritu, nampak dah pipi, tangan, kaki, hidung, nampak cam mancung sikit hidung tu. kihkih. Ibuu tak kisah lah awak ikut muka sape, asal kan awak membesar dengan sihat dan dijauhkan dr sebarang penyakit, membesar dengan sihat sampai lahir, sampai besar nanti, Amin.

Nanti aku nak share apa yang aku minum sepanjang aku preggy, tapi kurma still xleh telan. haih lah safura.

ok lah, habis dah bebel, balik ni nak beli barang baking, sume dh habis, mlm ni nk buat 2 biji lagi Pavlova XL, hope semua okay! Amin. Bai korang! luffchaaa ♥
Read More ->>

16 August 2016

Dapatkan Wajah Segar Setiap Pagi Dengan Bedazzle Diamond Serum

Susuk Berlian Moden Halal


Pernah tak dengan orang kata, " perempuan kalau nak tengok wajah dia cantik ke tak, tengok pagi-pagi waktu bangun tidur ", kononnya lah! Yelah, bangun pagi kan, tu lah mmg wajah dia yg sebenar, ada ke orang sebelum tidur dia makeup, paling kuat buh bedak sejuk, ye dok? Tapi skrg tak payah tepek bedak sejuk! tepek susuk je, hoiii susuk haram lahhh! Tapi ni aku nak bagi tau, ni susuk HALAL! hehehe.

Aku sekarang, suka betul tengok wajah aku bila bangun pagi, Lols, angkat bakul, tapi betul, seronok bila tengok muka fresh, serius nampak fresh dan bukan bangun dalam keadaan muka berminyak-minyak, kalau dulu bangun pg mesti muka berminyak kan, now rasa moist je, eh dh mcm kek kukus lah moist moist. hehe.

Nak tau tak aku pakai apa? moh baca lagi!


Tips Hilangkan Garisan Halus di wajah


Dah nak nak masuk umur 30 ni kan, wajah mula akan menghasilkan kedutan betul x? bukan saje kedutan, ada jugak masalah pori muka yg obvious sgt berlobang-lobang tu, kalau tengok kulit dari dekat, mmg sedih sangat, nak nak kalau pakai bedak, mmg bercapuk lah.

Produk yang membantu menghilangkan kedutan halus - So sape ada masalah ni, meh dekat-dekat nak cerita, Susuk Berlian moden a.k.a Berdazzle Diamond Serum memang boleh membantu korang, aku memula mcm ermmm betul ke ni, boleh ke ni? Tapi lepas cuba pakai, malam pertama je nak menunjukkan kesan yang best.

Kesan Beddazle Diamond Serum pada kulit aku :

- aku ada fine lines kat mata tau, kedut-kedut halus pada mata, lepas pakai, aku rasa mcm kedutan tu dah beransur hilang, ada tu memang ada, tapi berkurang, baru guna seminggu tu.

- dark circle, aku mmg teruk, kalau tak cukup tidur, memang sangat teruk, tp bila dah guna bedazzle diamond serum, nampak pudar dark circle tu, aku just guna selepas solat isyak, sblm tidur.

- dan apa yang aku rasa best skali, bila BANGUN PAGI, KULIT AKU RASA FRESH SANGAT! serius korang, bangun pagi rasa kulit ni cantik je, dan aku rasa mcm cerah sikit. lols. Tapi bab rasa kulit muka fresh tu memang aku tak tipu!

- Masalah Pori besar : Pori jugak tertutup rapi, elok je, so bila pakai bedak, tak perlu tebal-tebal untuk tutup pori, bila pori tertutup, baru lah muka nampak flawless, kalau tak, dr jauh dah nampak lobang.

Simple cakap, memang serum ni best! antara serum yang best yang pernah aku guna!

Serum berteksturkan air : Serum bagus untuk kulit berminyak : Nak tau tak? Bedazzle Diamond Serum ni menggunakan teknologi nano Diamond dan berasaskan air atau aqua untuk membantu meningkatkan penghidratan pada wajah. Untuk korang yang muka berminyak, korang kena pakai produk yang berasakan air tau! kenapa? bayangkan kalau muka korang jenis berminyak, then pakai lg produk yang berminyak, memang korang cari nahas lah!

kalau boleh, korang yang kulit berminyak, cr produk yang berasaskan AIR ye, makeup remover air, serum air, dan lain lain, jgn guna yang minyak, lagi 1, product yg berasakan air ni, sesuai untuk semua jenis kulit, kalau kulit kering lagi bagus, dia akan kekalkan kelembapan kulit korang.


Cara Menggunakan Susuk Berlian Moden Bedazzle

Cara guna senang je, lepas cuci muka, picit kat tapak tangan, apply pada wajah, kalau malas lagi tak tau dah nak cakap apa! HAHAHA. kalau tak nak cantik, sila lah MALAS! hehe. Cuma jangan jeles bila tengok kulit orang lain cantik. hehe.

Tapi aku more fokus kat T-zone dan mata, sbb bahagian tu yg aku selalu problem. lain-lain alhamdulillah okay. dan bonus lagi, aku rasa kulit aku cerah sikit, yelah, mak kan gelappp. hehehe. Bila nampak kulit cerah, mak rasa teruja. kahkah.

Kenapa aku kata wajah segar setiap pagi? sbb aku akan pakai serum ni setiap malam sebelum tidur, product ni, lebih baik korang jangan pakai siang bersama product lain, untuk serum, biar dia stand alone, pakai dia sorg sorg, jangan campur dengan yg lain sebab dia nak me' repair ' kulit wajah kita waktu kita tidur tu.

Kandungan dan fungsi :

Kojic acid – membantu mencerahkan tona kulit

Licorice root – agen merawat/ memulihkan sel2

Lactic acid – agen penjanaan sel-sel baru dan membantu penyerapan oksigen

Salicylic acid – membantu mengurangkan dan menghalang jerawat dari timbul (kecutkan jerawat)

Sodium Hyaluronate – membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengembalikan seri (kulit kembali remaja)

Kandungan lain Auqa, Cellulose, Glycerin, Propylene Glycol, Fragrance, Bht, Triethanolamine, Glycrrhiza Root Extract dan Imidazolidinyl Urea

Yang penting, korang kena guna secara consistent okay! jgn celam celup, 3 hari je dh boleh nampak kesan, dan aku nak ingatkan, sebelum nak cuba apa-apa produk, rajin rajin detox body, kalau toksin banyak, pakai apa pun takkan nampak kesan.

aku skrg kalau malas, aku mmg makeup nipis-nipis je, sikit sikit je dah nampak okay, kalau sindrom rajin terlebih je makeup beriye! hehehe. Yang seronoknya makeup lelebih, sebab muka dah tak bercapuk, pori dah tak nampak! best! wuwuwuwuwu. Korang tak nak try ke?

Harga 30ml Rm129 sahaja!

So kalau nak try dan more info, boleh rujuk ke website di bawah :


Call/WA : 010 8410092

Facebook : Bedazzle Empire
Read More ->>

11 August 2016

Pandalela Rinong buat simbol DUIT, Mata Duitan, Ini Paling Lawak!

Kata Sarawak Legacy, Natizen kecam Pandalela Rinong sebab tunjuk simbol " duit " haritu, yelah dah menang kan, dpt pencen Rm3000 seumur hidup, dapat insentif lagi sebanyak RM150,000 teruslah natizen kata dia mata duitan, sape natizen tu? siapakahhh? aku mcm teringin pulak nak tahu. hahaha. Masa aku baca viral pg td, mcm nak gelak gila, terus share, hahahaha.

yelah, dulu masa mula-mula aku pun xtau, sbb aku jarang-jarang tengok running man, record je lebih, tengok ntah bila-bila masa, tapi tau jugak lah lepas-lepas tu, sbb sume retis Korea pun buat simbol tu skrg kat dlm Drama-drama, TAPI! kalau dia nak tunjuk simbol duit ponnn, kau susah apa? kenapa perlu kecam? kenapa sibuk nak kecam?

kelakar lah rakyat malaysia ni, Neelofa tunjuk rumah baru pun nak kecam, kata penunggang agama, che Ta kereta hilang pun nak kecam, kata itu ini, apa kahhh org malaysia ni? Sumbangan korang apa? nak kecam orang jeeee! Bertabahlah pandalela rinong yek! Mesia, gini lerrrr. hahahahahaa. lawak hari ini.

Read More ->>

10 August 2016

Tips Melegakan Batuk dan Lelah - Minyak Herba Asma Mujarab

Ubat Asma dan Lelah yang BERKESAN


Pernah tak tengok budak-budak atau bayi yang kecik-kecik dah kena nab, kena batuk kahak, selsema? mst pernah kan? baru baru ni, serius, 2 3 hari lepas di Hospital Ampang, bayi umur 21hari amik neb, Ya Allah, kesian sangat. Budak tu dah lah comel sgt, nasib masa amik neb tu dia diam je, myb mcm tak tau apa lagi kan.

Kenapa bayi lagi dah kena neb? kenapa bayi berumur 21hari dah batuk selsema? aku pun tak jumpa jawapan kenapa tu, maybe sebab cuaca, bila panas sangat, kita pasang aircond, bila aircond sejuk sangat, badan baby sejuk dan selsema, mula-mula selsema, lepas tu jadi batuk, bila batuk jadi kahak, nak pulak mak yang menyusu anak tu tak jaga makan, mmg parah lah jadinya.

Aku ingat lagi dulu Princess, nyaris tak kena asma sbb almost 2 weeks dia batuk, sampai tak selera makan, lepas pergi sedut kahak, alhamdulillah dah lega, tau tak kahak yg terkumpul dalam paru-paru tu lah punca segala penyakit, segala kuman akan aktif, dan senang dpt penyakit. Aku kalau princess berkahak, aku mmg risau sangat, cpt cpt aku sapukan minyak dan bagi dia makan sup-sup.

Zaman skrg ni dah banyak kemudahan dari dulu, tak de alasan kalau mak ayah tak nak mencuba. Yang penting kena rajin, aku dh jadi rutin, kalau princess mcm dah selsema dan batuk, lepas mandi wajib sapukan segala minyak kat dada, belakang dan tapak kaki, sebelum tidur pakai kan stokin, insyAllah, esoknya beransur pulih.

Ok harini nak cerita kat korang pasal 1 product keluaran bumiputera ni, Minyak Herba Asma Mujarab, sbb apa ada mujarab? sbb mmg sangat mujarab ( dengan izin Allah ofcourse ). Bahan-bahan yang digunakan mmg ASLI, bukan extrak extrak ye. Skrg ni org buat product sume bukan pakai bahan asli pun, tu yang tak best tu.

Minyak Herba Asma Mujarab ni diperbuat drpd minyak zaitun,minyak kelapa dara,habatussauda,pati gamat dan herba-herba terpilih je, Halal dan boleh digunakan tanpa was was. walaupun nampak mcm minyak gamat biasa, tapi banyak dah testimoni yang menujukkan betapa berkesannya minyak ni kepada pesakit Batu, Asma dan lelah.

Kalau tengok testimoni tu, ( aku taknak tunjukkan disini ) ada budak tu sampai keluar lendir kahak tu ikut hidung, punyalah banyak kahak dalam paru-paru tu.

Korang nak beli, pastikan ada hologram di belakang mcm ni tau, beli yang original, yang beli yang fake, kang tak jadi apa. hehe.

Minyak ni bukan je untuk Batuk, Lelah dan Asma tau korang, selain dr itu pun boleh guna, seperti

- Menghilangkan Kembung Perut

-Sakit Perut

- Luka-luka

- Terkena Api

- Digigit Binatang Berbisa

- Sakit gigi

- Tergerliat dan lain-lain

Banyak kan kegunaan lain. memang best minyak ni! Testimoni pun best best. Kalau nak baca testimoni lain, boleh korang rujuk Penawar Semput Lelah dan Asma

Satu botol ni 30ml. Buatan Malaysia dan Halal tau, jangan risau, jangan ragu-ragu, dan ORIGINAL 100% herba ASLI. Bau dia sedap tau korang, mcm minyak angin, tp soft sikit dr minyak angin, x kuat sangat, kalau baby pakai pun okay, takde masalah.

Harga RM39 SAHAJA!!!

Kalau korang nak beli, boleh contact :

Puan Nur Ain : 0195091982

dan kalau nak jadi seller ke, or bertanya dengan lebih lanjut lagi tentang product, boleh contact :

Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner)

En. Hafis : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)

Testimoni LINK


Selamat mencuba korang, maybe boleh beli walaupun anak takde lelah, beli standby kat rumah sebab banyak lagi kegunaan lain dia kan. so item yang WAJIB ada dirumah. hehe. ok bai ♥
Read More ->>

Randomly Yesterday

Kelmarin is my bad day sbb terpotong tangan sendiri, semalam pun mcm bad day aku rasa, hurmm. aku bukan boleh kalau badan sakit, mst buat apa pun mcm tak jadi. mcm tak perfect. Petang semalam pergi giant dgn Princess, nk cr buah untuk pavlova, minggu ni aku close order untuk customers, aku buat utk cafe je, selalu laki aku g belikan buah, tapi dia demam, kena lah cari sendiri, sampai je giant, buah lain ada, tp buah UTAMA, stoberi takde, haih, luluh rasa hati, tak pelah, beli lah buah lain dulu. Kiwi, Orange and Seedless grapes, then tanya Princess nak makan apa, dia kata nak makan " besgetti " ok lah, ibuu buat aglio olio je, senang. Budak tu kalau spaghetti mmg gemor benor. tak makan nasi xpe.

Then nak tak nak aku kena jugak pergi tesco, beli stoberi, dan telur. Ingat kan pergi giant senang sbb dekat, parking pun kat basement, tapi tetiba kena jugak g tesco, dah 2 kali kerja, Sabar jelah. Takpelah, aku redha, mls nk runsing runsing kan diri. lex lex je layan keadaan.

Dalam kelam kabut nak cr stoberi, nampak 1 booth Savee ni baru bukak, aku tak tau jenama apa, tp aku teruja sbb nampak sume barang ni Rm1, hahaha. ada jugak yg rm5, bekas tu idok lah besar, kecik kecik je, tp ok lah korang, leh pakai banyak kali jugak.

Aku cepat cepat pergi beli stoberi kat dalam, then singgah jap booth tu laju-laju, pilih pilih total rm5 semua. ikut hati nak amik lg, tapi sila jangan melampau ye safura! sudah! tapi sok kita g beli lg. HAHAHA. Dorg kata mask Savee ni best! ok nanti kita try. Savee 1 brand from Singapore. dorg lah kata. kihkih.

Sampai rumah dalam kul 7pm, nasib jalan x jem sgt kat mrr2 tu walaupun hujan, terus sinsing legan buat pavlova jap, sbb sempat lagi buat sebiji sblm magrib, masa tgh pukul telur, aku tengok telur tu lain mcm, cair semacam, aku dah x sedap hati, pukul jugak, bakar jugak, lepas mandi solat, turun bawah tgk dia mcm dah lain mcm, mmg tak jadi lah ni, terus aku bake lg 1, yg ni masukkan dlm oven lg 1, 2 jam aku bakar, masih x naik, nipis mcm pinggan dah aku tengok, sedih rasa hati ni, tapi malas nk layan perasaan, ko tak nak jadi elok sudah, aku buat lain.

Buat lg sebiji yang lain, jadi, tp runtuh, tak cantik gebu as usual. haih ntah lah, aku xtau nak cakap apa, kalau nak buang, rugi 12biji telur dah. aku biar dulu then buh je topping, yang lg 1 yg awal-awal td aku potong bagi Princess makan, sedap, tp nipis, x gebu. Princess ckp " ibuu pavlova ibuu mcm pizza " hahahaha.

Last-last 1.30am jugak aku tidur smlm, penatnya rasa badan ni. hurmmm.

Lepas siap baking, aku masak utk princess jap, sbb dah kul 9, kesian dia. dia asek tny, ibuu masa besgetti kakak. ok ok jap ibuu masak. hmmm. selalu kul 8pm dh boleh makan, ni dh lewat. kelam kabut lah masak, nasib lah besgetti senang je masak, ada yg tanya resipi, alahai ngader korg ni, senang nk mampus lah. hahaha. nt lah aku taip resipi eh. rebus speghetti, then potong2 bahan, siap rebus, masak terus. tp smlm tersalah beli, pergi capai fettuchini pulak. tak pelah, adik beradik.

Pagi ni lambat lagi pergi kerja, adoiyaiii, ntah lah, bila lambat g kerja, Princess kena lah mandikan siap-siap, dia pun terkulat-kulat nak bangun sbb mengantuk. mana taknya, selagi aku x tidur, dia pun x tidur gak. mcm mana nak buat xtau, jenis mmg tak reti tidur sendiri. dia nak aku peluk dia, bacakan segala doa dengan dia, baru nak tido. hmm, mcm mana ada adik nanti kakak. sobs. takpelah, kakak slow slow belajar nanti ye.

Hurm sekian luahan untuk hari semalam, lols. harini? cuba nasib baking lg semula petang ni, moga elok lah kejadiannya. Biasa lah meniaga, rugi sikit kan. hahaha. #ayatsedapkanhati. Bai, nak pergi lunch!
Read More ->>

09 August 2016

Terasa Seperti Menzalimi Diri Sendiri

Suami aku demam dr ahad haritu, dia kata tak sedap badan, semalam demam makin teruk, last-last smlm tak tahan, pergi jugak hospital. kelam kabut aku balik, settle kat hospital, dia demam biasa, Alhamdulillah takde pape yang teruk, aku tanya dia, " sayang nak makan luar ke nk sy masak " dia kata masak jelah, sbb dia tak larat, dia nak baring. ok lah, dia nak sup ayam, aku pun pergi beli ayam, bahan-bahan buat sup. Ya Ampun, ayam mahal kan korang, aku beli sebelah smlm, kecik je pong! rm8.70, dapat sekali masak je. ok lah, xpelah. semua barang pun mahal kan, tapi tiada tandingannya dengan air tangan isteri, ciaaciaaciaaa. haha.

Semalam masak lah aku dengan penuh semangatnya, mak mertua aku kebetulan tengah masak gak, xpelah, aku masak jugak sup ayam tu, dah siap basuh ayam, potong carrot, siap potong carrot tu bentuk bunga tau, hahaha. punya lah nak bg laki makan benda cantik dan sedap. lepas tu aku nk potong celery. skali! tetiba rasa berdesing, pedih, darah meleleh-leleh keluar, banyak gila!!!

terus aku ke singki, basuh tangan, tapi darah still keluar banyak, takut gila aku masa tu, terus pening. Ya Allah, punya lah dah lama gila tgn x kena pisau, bila kena skali ni, ngeri gila rasa. Sakit nk mampus, sikit lg nak terpotong habis isi tu, Ya Allah. Terus kelam kabut semua jadi rescue 911, cr minyak gamat, cr plaster. tapi dah plaster pun still banyak darah keluar.

Nak tak nak aku teruskan potong potong, then mil aku sambung masak. aduhhhhh~ nak masak utk suami, last last injured. apekahhh~ Nasib laki aku kata sup sedap. hahaha. sup sedap sbb bukan aku yg masak, mak mertua yg masak. hahaha. dan nasib xde sape jd raja bersiong smlm. lols.
tp serius sakit korang! lama x kena, bila ingat balik pagi td, Ya Allah ngeri rasa, naik bulu roma aku.

Read More ->>

06 August 2016

Ariani Square Series Idaman Hati dan Foundation best!

Lama dah sebenarnya aku perkenan Tudung Ariani Square series ni, aku suka sbb satin, kilat kilat, corak plak sweet je, warna pastel pastel, memang tergoda habis. Tapi sebab tak sihat nak dekat 3weeks masa bulan puasa haritu, so aku pendam kan hasrat, masa Raya haritu, kemahen deme melaram tudung arini ni, jelesnyaaaa. Jelesnyaaaaa. Tp sabar lagi, sbb aku fikir mcm aku nak kemana beli tudung, mcm xde event penting sangat untuk beli tudung baru, tp last last aku beli jugak, sbb tak tahan hari hari duk belek IG Galeri Ariani tu. Huaaaa. Pas tu bila tengok kwn kwn pakai, kakak kakak aku pakai, semua nampak lawa, semua nampak malatops habis ahhh!! Xleh tahan lahhh. Terus g beli jugak. Lantak lahhh. Ingatkan mcm nak pergi esok ( sabtu ) tp nanti xde sape nak teman lak, xpelah, trus ajak Ida Baharum teman. Kebetulan dia order brownis kat aku, so culik terus lah.

Kisah culik ida bukan takat situ je, boleh pulak budak ni kena pergi Kajang last minute, nak tak nak aku kena gak keluar sbb nak delivery Mini Pavlova kat Maju Junction nun, so redah je, lepas tu terus g Jakel mall, sorang sorang pun aku jadi, pedulik! Then ida baharum datang Jakel mall, hahaha. Cepat pulak dia sampai, rezeki nak shopping sama sama khennnn. Hahaha. Tp ida tak terpengaruh dengan aku, kebal betul budak ni! Hahaha.

Finally, nak dekat sejam aku kt situ, 2 design ni jadik milik makkk. Hahaha. Bukan senang nak pilih hoiii. Aku paling benci bila kena buat pilihan, x suka! Nasib aku x rembat 3 helai, sabar safura sabar! Next kita try DarabyFathia plak lah. Buat apa beli banyak banyak. Lols. Budak yg intertain aku tu tabah sungguh, semua design dia bukak untuk aku, tolong pegang, tolong pilih, hahaha. Tq dik!

Banyak sebenarnya lawa, tp bila dah kt situ, mmg rambang mata wei, harga Square series ni baru Rm89, kalau tak seratus lebih x silap aku, walaupun satin, tp senang je bentuk, elok cantik terletak, kain tebal dan sejuk, mmg puas hati! Aku suka!!! Tazabar nak pakai. Hahaha. Jgn risau, dia bukan satin yang licin tu, eh aku siap beli inner ala ala dato Siti tu tau, choiii sangat perangai. Haha.


Ada je design lain, che ta punya, instant shawl, tp aku x minat sgt. Kenan yg satin ni je. Dulu aku tak ikut sgt ariani ni, skrg je terjebak sbb satin punya design ni, aku suka lah design sweet sweet gini. Kofkofkof.

Lepas tu pergi Sunway Putra Mall pulak, satu jalan je sebelum nak hantar si Ida Baharum ni balik, dia nak beli makeup katanya, tapi aku yang over masalahnya skrg, aku sebenarnya mmg dah lama nak beli foundation, sebelum ni aku x pakai foundation tau, lols, pas tu rasa mcm teringin nak pakai foundation, so terjebak beli Golden Rose punya foundation.


Golden Rose ni product dr Turkey tau, dulu aku pernah buat 1 entry pasal Golden rose ni, korg cr lah eh. Haha. Tp product golden rose ni mmg best sgt! Aku beli foundation ni yg paling murah, rm35 je. Then aku beli pressed powder, nak beli loose powder asalnya, tp xde, beli pressed powder pun boleh lah, mcm aku ckp td, ada yg mahal dan lg cantik, tp aku yg murah je. Haha. Rm27 je. Bila pakai mmg nice je dia blend. Then conceler utk tutup mata lebam, haha. And eye shadow Rm20, total baru Rm105. Murah je kannn. Tp best.

Aku kalau lipstik ke, eye shadow x kisah beli yg murah, tp kalau bedak, foundation x berani sikit, sbb kang muka aku mst naik bintik bintik merah. Tu risau, biar beli yg betul betul product yg tau asal usul. Nak tau x eye shadow tu sebenarnya aku nak buat apa? Aku nak jadikan blusher. Baru lah pipi nampak kilat kilat gittew. Lols. 

Tengok aku punya x betul mcm mana, mlm mlm dok gatai try brg yg aku beli tu, ntah kenapa lah addicted sgt, banyak sgt tgk you tube, ni lah jadinya. Hahaha. Aku tgk sibuk cr skill utk tutup kening aku yg bersepah sepah tu, dh jumpa cara dia, tp still kena belajar lg. Sbb bulu kening aku jenis tebal gilaaa. So susah nak cover. Makeup sebelah je woi sbb sayang foundation. Hahahahahaha.

Ni siang td masa kenduri yaya natcumi, dah rasmi dah weiii tudung Ariani aku, rasa bergaya sangat mak! Sbr jelahhh. Satu je nak bgtau, besh sgt tudung ni. Sukaaaaaaaa. Nak suh papa banjer selai lagi lah. Hahahaha. Okeh dah lah. Nak tido, sebenarnya perenggan atas tu dah karang semalam, perenggan bawah ni karang malam ni, smlm tgh tgh taip, terlelap pulak. Hahahahaha. Nak tgk video makeup x? Nanti aku buat. #errrr bila tu tak tau. Hahaha. Nite! Muahhh.
Read More ->>

03 August 2016

Peel Mengandung Kali Ni ( Suka Benda Cantik )

Aku tak tau lah kenapa mengandung kali ni, ye sebelum mengandung pun memang aku suka benda cantik, tapi masa mengandung ni, aku lagi sukakan benda cantik cantik dan obses nak jadi cantik. hahahaha lols. cantik ke masalah dia skrg ni?

Dulu sblm pregnant, aku malas makeup tau, seyes, pergi mana-mana malas gila makeup, sbb sejak pakai TATI ( masuk kotak ke 4 ) aku rasa kulit muka aku dah tak kusam, cuma mata je ada lah dark circle sbb tak cukup tido, tapi aku rasa okaylah, confident nk keluar tanpa makeup. Tapi masa preggy ni tak boleh, nk keluar mst kena makeup, mst kena nampak cantik, dan skrg pulak geng mak gojes sume tengah addicted pasal makeup, so aku ada geng, kemahen membeli lipstik lah, brush lah, mcm mcm lagi, padahal sblm ni tak amik port pun, sibuk sume nak makeup mula glowing-glowing. haha.

Tau tak, aku jenis kalau beli barang makeup contoh : lipstick ke, lip cream ke, eye shadow ke? aku takkan beli lebih dr 1, aku akan beli, guna sampai habis dan baru beli lain, tp kali ni, mcm suka nk beli banyak-banyak kaler, suka nk pakai, eye shadow pun aku beli yg mcm mcm kaler tu, salah 1 nya mcm dlm pic kat bawah ni, tau tak aku beli ni kat mana? kat kedai Rm2 kat Ipoh. hahahahaha.

Eh korang jangan pandang rendah kat eye shadow ni tau! hasil dia WOW sangat, mcm eye shadow sephora yg aku beli seketoi Rm45 tu, sama hasil dia, long lasting gak. best tauuu! ada jugak org ckp, xde effect apa apa ke? so far aku pakai okay, kihkih. Nanti boleh beli set kaler lain.

see, eye shadow sephora aku tu pon dah robek separuh sbb pecah. haha. aku pakai betul betul sampai habis, baru beli lain, aku mmg jenis pakai 1 kaler je. haha. ( makeup yg lain-lain aku ada tu sume dapat utk review, jarang beli ) oppsss. hahaha. tengok muka kalau tak makeup, tak bermaya kan? tu tak suka tu, lebih suka melawa lagi skrg ni. hahaha.

Skrg ni aku tengah gila nk beli brush, mcm berus cat tu, skrg kan tgh trend, Brush Anastasia, korg google lah sendiri mcm mana brush tu eh, habis sume tempat online shopping aku register, beli handbag kat Lazada. hahaha. choii sangat. Habis lah aku. Bila aku dh mula melawa, anak dara aku apatah lagi, sibuk lah nak jugakkk! dia nk pakai eye shadow, nk pakai lipstick, sume nak pakai, tapi aku bagi alasan dia kecik lagi, kena tunggu besar. hahahaha. Dia tahu tau mula mula nak pakai apa, second nak pakai apa, semua dia tahu. anak dara sangat!

Color Pop - Echo Park

Anastasia - Blush, next collection??? tungguuu. haha

Sampai kan Pavlova aku pun jadi mangsa, kena hias lawa-lawa, kalau tak lawa, aku sanggup bake yang baru, sbb nak nampak lawa, teruknyaaaa! hahahaha. pavlova pun jadi mangsa!

Lepas tu aku skrg sibuk usha tudung jenis satin gini kat Ariani, dr sebelum Raya ritu nak beli, tapi kan sakit, x boleh keluar rumah, so bertabahlah, dah habis raya baru nak mencari, tapi xpe, leh pakai g kenduri kan. lols. Dara By Nurfathia pun lawa, tp tak selawa ariani, takpe, Jumaat ni kita terjah ariani tau! ahahahaha.

Lee Jong-Suk! aku minat dia, dr dulu! now ada cerita baru! W!!! harus tengok, haritu aku letak pic dia as wallpaper utk lock screen hp, ada orang tu jealous!!! hahahaha. Baiklah kita tukar, cukup lah tengok awak dlm drama je! hahahaha. aku suka bibir dia, terbentuk je! hhahahaha. ok lah, cukup sampai sini! hahaha.

Aku harap addicted aku pada kecantikan ni bersifat kekal lah, jangan kan anak dh dua, mengendong anak sana sini dah mcm mak lampir, cantik untuk suami, cantik untuk diri sendiri, orang sekeliling pun sejukkk mata tengok kita, betul x? kalau tak nak makeup pun, biarlah tak selekeh. tapi aku pun duk umah selekeh. hahaha. aku tengok org org skrg ni, lipstik pun xnak pakai, kenapa eh? susah ke? pakai lah lip balm walau secalit, baru lah muka nampak fresh~ ecehhhh kalau ayat tu kan, hahaha. Tapi yelah kan, kita ni ada masa masanya jugak yg rajin, ada yg malas, kalau malas tu datang, sarung je apa yg ada kan? aku rasa aku ni lebih kepada pembawakan ni. hahahaha. ok lah, tu je nak cite, bai~
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...