11 January 2017

Kronologi Bersalin Alfi Imann Idraqi

Assalammualaikum, Ya Allah, lamanya tak menaip, hati membuak-buak nak menaip, tapi kekangan masa, kesihatan, semua tak mengizinkan, last post aku pasal Movie Upin Ipin Jeng Jeng Jeng 26/11/16, bayangkan, lamanya tinggalkan blog. huhu, ada ke yang rinduuuuuuuuuuu~ wuwuwuwu.

Harini 43 hari aku berpantang, Jumaat minggu ni aku habis pantang, yeay! aku pun dah sihat sikit, dah boleh jalan, perut pun dah tak sakit, cuma jalan tu slow slow je, aku ngeri nak jalan laju, sbb perut masih rasa ngilu-ngilu lagi, yelah, org kata luka yang bukan semulajadi ni mmg lambat baik, yelah, berlapis-lapis perut kena toreh, bayangkan lahhhh.

ok lah, malas borak panjang, nak cerita pasal kronologi bersalin kan anak teruna aku tu je sebenarnya. huhu. Buat kenang-kenangan. Banyak benda aku nak cerita kat korang. Banyak dugaan aku sepanjang mengandung kan anak " jantan " ni. hehe. Yelah, Allah bagi apa yang kita idam-idam kan, mesti lah ada ujian sikit kan.

Orang tanya, seronok tak dapat anak lelaki, ehhh mesti lah seronok sangat, Alhamdulillah. Sepasang dah anak kami. Mengandungkan Alfi mmg aku takde alahan langsung, masa kakak Princess dulu ada jugak alah, 3 bulan xleh bau nasi, tapi dengan adik Alfi, mmg takde alah, semua aku bedal, but suka yang masam-masam, yang manis lansung tak suka, tapi dah hujung-hujung, gila aku makan kek tengah-tengah malam, sampai doktor marah, 2 minggu aku naik sampai 5kg. huhu.

Due Adik sebenarnya 19/12/2016, Tapi lahir 01/12/2016, gila kan! awal gila. hahaha. 37w 2 hari aku bersalin. aku pun pelik kenapa awal sangat, tapi ok je, best jugak tarikh yg adik pilih nak keluar tu.

Aku berdoa siang dan malam, nak bersalin NORMAL, sampai aku bernazar lah, tapi nak buat mcm mana, takde rezeki aku nak bersalin normal. Sampai masa dah masuk wad pun, aku solat tepi katil moga-moga bukaan cepat bukak, aku nak rasa bersalin normal. Tapiiiiiiiiiiii.................

Lain perancangan Allah buat aku. Aku terpaksa czer jugak lepas 8 jam dalam LR. Sedih, kecewa, pilu, semua ada, sampai aku nangis dalam hati semahunya, aku nak balik, aku nak balik, aku tak nak lalui semua ni. aku tak nak. Tapi mmg takkan terjadi lah semua tu, mana boleh balik dah, serah diri jeee. Aku rasa suami aku tau apa yg aku rasa masa tu, sampai dia gengam tangan aku, dan dia kata, eb sabar ye, eb redha tau. Sayang ada. ( haih bergenang dah air mata aku )

24/11/16 dah kena seluk skali, baru bukak 1cm, balik rumah balik, nak dekat seminggu juga aku bleeding tau, tapi tak sakit, aku tak nak pergi hospital dah sbb fobia kena seluk. 27hb aku boleh pergi makan kenduri lagi, tapi nak jalan mmg siksa, sakit sangat aku rasa, sbb baby menekan kat bawah. Balik kenduri request Starbucks kat papa. dapat air Starbucks setabung. haha

29hb aku rasa mcm tak sedap hati, sbb kain baju adikbaby, baju aku untuk ke hospital tak kemas-kemas lagi, malam tu aku kemas ( sebelum tu dah kemas, tp tak complete ) huhu, lepas tu snap gambar post kat IG, tak sangka malam tu jugak masuk hospital. huhu. Masa snap picture, kakak Princess siap cakap, " ibuu tangkap gambar kakak skali " alahaiii, mcm tau-tau je lepas tu ibuu nak beranak dah.

Lepas kemas-kemas, aku pergi tandas, nk buang air kecil. Tapi aku mcm rasa ada selambak air keluar, aku tak tau air apa, aku pun confuse sbb tak tau air ketuban tu mcm mana. Semua org aku msg, tapi x dpt jawapan, last-last Eiza kata, air ketuban bukan keluar ikut tempat kencing tau, air ketuban keluar ikut lain, baru lah aku tau, hahaha. ( korg mst tau kan? )

Tapi still aku tak tau tu air ketuban ke apa, tp adik kurang gerak dr biasa, aku pun xtau kenapa, mmg dia slow je haritu, cerita kat papa Princess, papa dia trus ajak g hospital, biasa lah papa dorg ni, penakut lebih. Sikit sikit ajak g hospital. hehe, aku taknak, tapi kena paksa, pergi jugak, 1am rasanya aku pergi hospital Ampang masa tu.

Masa tu dah sayu dah hati, kakak tinggal dengan nenek, nasib kakak tak nangis nak ikut. aku cium kakak. aku cakap, " nanti ibuu balik tau " panas mata aku, sebak. Tapi aku tahan. Sebab aku yakin sangat aku akan balik rumah semula mlm tu.

Sampai hospital, aku terus pergi Bahagian PAC. Aku cerita kat nurse, " saya rasa mcm air ketuban keluar, tapi tak tau betul ke x, sbb tak pernah rasa mcm mana keluar air ketuban, mcm mana ye nurse " hahaha. mcm tu aku cakap. Nurse kata, eh tak pe, nanti kita check.

Macam biasa, tukar baju, masuk bilik, baring, tunggu doc check. Doc yg bertugas malam tu doc lelaki, gemuk, tangan besar. Dalam hati aku, kalau kena seluk, kompom fobia 4 tahun ni! IYERRRR, angan-angan untuk fobia tadi menjadi kenyataan. Doc tu seluk, aku cuba sedaya upaya untuk longgarkan badan, buat relax, tapi sakitnya dia seluk Ya Rabbi. Sampai aku cakap kat nurse sebelah aku, sakit nurse, sakit, aku tolak tangan doc, aku cakap tak nak doktor, sakit sakit. menjerit aku dalam tu, tak tipu. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. dah mcm kena rogol rasanya. Serius korg, sakit sangat-sangat!

Tau tak kenapa sakit sangat? dia kata " saya bukak laluan sikit " perghhh ko suka-suka nak bukak laluan, patut sakit nak mati. Lepas tu doc kata, " dah bukak 3cm, boleh masuk wad dah ". aku? ( ternganga sampai jatuh rahang ) aku tak sangka malam tu jugak kena tahan wad, aku tak ready, tak readyyy!! aku tak sakit, aku nak rasa contraction, aku nak sakit. Nak rasa sakit sendiri.

Aku langsung tak minta balik, ntah kenapa, tapi kalau minta pun x boleh punya, sbb 4cm dah kena masuk LR doc kata, so mlm tu jugak masuk wad, 3am masuk wad 4C. Nasib papa angkut skali beg beg tadi, aku g toilet, bleeding banyak. then keluar jumpa papa. Dengan muka nak nangis cakap kat papa, " dah bukak 3cm, kena masuk wad ". Nurse suruh papa bawak beg g wad, aku naik wheelchair, nurse tolak. bolak balik perasaan aku masa tu, sbb laki aku suruh salam mak mertua aku siap-siap td, tapi aku ckp, alaaa xpe, eb balik rumah balik nanti, padahal tak balik, kena tahan wad terus kot!

Dalam hati, buat buat happy, sebab tak sabar nak jumpa baby, yeayyy!

Aku tak ingat num katil aku, num 20 tak silap, wad second class. 1 wad ada 4 org, kat Hospital Ampang takde 1st class. mmg awkward sbb tak biasa sorg sorg, dulu masa beranakkan Princess kat Hosp Ipoh, dpt 1st class, laki duk teman aku. Tapi ni, xde laki, huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nangis jugak lah mlm tu. Takut pun ada sebenarnya, takut hantu. HAHAHAHA lols.

Papa tak dapat tunggu lama, dalam wad tu hanya ada aku dgn lagi sorg pesakit lain, seremmm jugak aku. malam tu sampai subuh aku tak lena. Azan je aku bangun, solat, solat hajat, minta bukaan bukak cepat, xjemu jemu aku minta, tapi aku masih tak rasa apa-apa, tak sakit langsung, sikit pun takde.

kul 8am doc datang ( nasib perempuan ), seluk lagi, hoiiiiiiiiiiiiii tak sanggup! tapi still 3cm, doc suruh jalan-jalan, jgn baring, iyerr aku jalan, penat dah jalan. haha. petang doc datang, still 3cm, lepas tu papa datang dengan princess, papa dtg bawak nasi putih dgn paprik, sedapnya aku makan. haha. borak-borak dgn princess, cium dia, MIL aku pun dtg, minta maaf kat dia, cium, salam, sebak rasanya.

malam 8pm, doc lain dtg, doc lelaki! india ke apa aku pun tak pasti, rasa mcm india, seluk lg skali, kali ni again, sakit yang azab korang! sakit gila sbb again dia kata nak buka laluan, mmg serius sakit sangat, sampai lepas doc pergi, aku nangis sekuat hati dalam selimut, aku cakap kat baby " baby, kalau baby nak keluar, keluar lah, ibuu tak sanggup dah nak kena seluk, sakit sangat ibuu rasa, ibuu dah tak terdaya nak tanggung, mmg sakit sangat "

Aku pergi toilet, banyak darah keluar sbb kena seluk. dan sebelum tu, doc cakap, dah 4cm, boleh pergi labour room dah. WHATTTT???!!! Tapi aku tak sakit. aku cakap kat doktor, saya tak sakit doc, takpe, pergi je. HAH??? Aku frust sangat, kenapa tak bg peluang kat aku, tunggu aku sakit, ni tak sakit mcm mana?

Tau tak sbb apa doc tu suruh pergi LR cepat even x sakit? sebab dekat LR takde patient langsung malam tu, so tu sebab dia suruh pergi. LOLS gila! Boleh tak mcm tu, ( aku nak tanya korang, aku mmg tak sakit masa tu tau, tapi dh bukak 3cm, kenapa eh? mmg gitu eh? )

Nak tak nak, kena pergi labour room, call papa, papa cepat-cepat datang, masa tu aku tak habis lg nangis, nurse datang suruh salin baju untuk ke LR, baju biru, bukak semua dia kata, tudung pun dia suruh buka. errrrrrrrrrrrrrr. Dalam toilet aku nangis lg, ntah kenapa aku nangis pun xtau, then nurse dtg, dia tny nak makan pape x? aku kata tak nak ( memang dah xde selera dah ), dia kata, minum dulu, nanti awak x boleh minum dah dalam LR. aku pun makan kurma 3 biji, minum air banyak-banyak, makan kurma pun sambil nangis. tak sempat nurse nak tolak, papa sampai, aku nangis lg tengok muka laki. sedih woiii!

10pm - aku masuk labour room, teruja aku tengok labour room sbb pestime kan, hahaha. sebuah sebuah rupanya, lepas masuk, dorg drip, pasang ctg kat perut, pecahkan air ketuban. then papa Princess dipanggil masuk, aku nampak muka papa princess cuak, dia punya senyum tengok aku tu lain, sebak gila, aku nak nangis tengok muka dia, aku nk ckp yg aku sakit ( sbb kena seluk ) tapi tak kesampaian, sebab tak nak kenang saat kena seluk tu.

borak punya borak, lepas 2jam air ketuban pecah, masih x rasa pape, jantung adik pun stable lagi, sikit pun x tunjukkan yang dia nak keluar. oh btw, doc ckp servik aku tebal. lepas 2jam induce pulak. tunggu lagi, tapi tak jugak sakit. Tapi aku dah mengantuk, mata aku tak tahan sangat, nurse kata masa aku tidur, baby pun tidur, dah 1 hal nak gerak dia. tapi dia relax je dlm perut, aku tak ingat start pukul berapa aku rasa sakit, tapi aku rasa lah sakit cotraction tu, sakitttttttttttttttttttttttt. kejap-kejap dia datang. kejap hilang, lepas tu datang balik. masa sakit, aku tarik nafas, hembus slow-slow ikut mulut. masih boleh tahan. Tapi sakit yg hamat. Berzikir je aku masa tu.
Masa sakit, papa princess pegang tangan aku kuat-kuat, merah mata dia aku tengok, dia ckp kat aku, sabar eb ye, tahan ye. aku tak nangis, aku tahan, aku sebak sbb aku dapat jugak merasa contraction tu mcm mana. aku ingat dah sakit mcm tu, dah bukak lah, tapi 5cm je. hadoiiii~

Jam dah 5am masa tu, doc masuk, dia kata " kami tak boleh tunggu, sbb dah lebih 6jam, masih 5cm, risau tempat czer lama awak koyak, kami kena czer awak juga ". sebelum tu berkali-kali dorg tanya, tempat czer lama sakit x, aku cakap tak sakit.
Masa doc kata aku kena jugak czer tu, aku trus rasa mcm kepala kena himpap batu, kenapa aku tak boleh normal, kenapa? kenapa? aku mmg sangat frust masa tu. dr awal lg aku ckp aku tak sakit, kenapa nak masukkan aku awal-awal dalam LR, doc yg dekat LR tu pun marah, dia kata aku tak sakit, kenapa tak bg aku peluang sampai sakit sbb baru 1st time nak normal.

mcm aku kata tadi, masa doc ckp aku kena czer tu, aku dah lemah, otak aku dah tak larat, badan apa tah lagi, aku nak balik, aku rasa nak balik, sbb lepas segala sakit yg aku lalui, last-last aku kena czer. Suami aku tengok muka aku, dia ckp, takpe eb, eb sabar ye, ada hikmah disebaliknya.

Tapi aku mmg sedih sangat. ntah lah, aku x dpt describe perasaan aku ni. mmg sedih. Nak czer, mcm biasa lah. masuk tiub kencing segala. sakit lagi! aku mintak maaf kat suami, dia cium tangan aku, cium dahi aku, aku diangkat ke katil lain, kena tolak pulak ke OT. masa katil kena tolak, aku nampak muka suami aku tersenyum. sedihnya.

Pengalaman dalam LR, borak-borak gelak-gelak dgn suami, dengan nurse, mmg seronok, sambil gelak, sambil air ketuban keluar, haha. banyak gila air ketuban aku, sampai 3 kali salin cadar katil. huhu.

Procedur nak masuk OT mcm-mcm, dah macam apa dah aku atas katil tu, org tolak, transfer katil lagi, dorg sain-sain dokumen, then dalam OT tukar katil lain pulak. Allah. siksanya rasa. Sejuk mengigil-gigil dalam OT. tak suka betul aku.

mcm biasa, cucuk epidural kat tulang belakang, aku lembut kan badan selembut-lembutnya, otak fikir benda lain, tak fikir pasal nak kena cucuk, mmg aku tak rasa sakit langsung, sikit-sikit kaki aku dah tak rasa. doc suruh angkat kaki, mmg tak boleh. dorg tutup muka aku, but still, aku dpt rasa dorg toreh perut aku, godek-godek perut aku, lama jugak, tak mcm kakak Princess dulu, 15minit dah keluar, dengan adik, lama, lebih 30 minit. lepas tu aku dengar suara budak nangis.

Ya Allah, syukur alhamdulillah, anak lelaki aku dah lahir. ibuu redha nak, redha ibuu kena czer. aku nampak dorg bawak anak aku, lap lap, lepas tu nurse bawak anak kat aku, benda pertama aku tengok, dagu lekuk dia, dalam betul lekuknya, putih. hehe. nurse tu dekatkan muka baby kat aku, 3 kali aku cium dia, wanginya bau anak syurga ibuu. wangi yang bukan biasa-biasa, sangat luar biasa. lepas cium, tengok anu dia, nurse bawak pergi anak. tunjuk kat papa dia rasanya.

fresh from oven
aku??? teruskan perjuangan. lama jugak dorg nak jahit semula perut aku, doc dtg kat aku, dia kata, perut awak melekat-lekat, tu sbb lama, last baby awak untuk num 3, czer juga ye, dan lepas tu kami ikat, 3 je anak awak. aku angguk, diam. kelu. Andai sampai itu rezekinya, aku redha lagi skali.

Siap semua, aku kena transfer semula ke wad biasa, tengok muka laki, nangis lagi. kaki kebas lagi, lepas 6 jam baru ok, sampai wad, terus kena susukan anak. Bagusnya hospital Ampang, mmg dia tak bagi susu formula lansung, mmg kena bg susu ibuu walau mcm mana pun yang jadi, kecuali kalau ibuu atau anak ada masalah.

dalam keadaan kaki tak berasa apa, gigih juga aku susukan anak, badan penat sebenarnya, nurse tinggikan baby, mengiring kat aku, seronok tengok dia, pandai sangat nyot-nyot, sampai tertidur aku susukan dia. Lepas 6 jam, bius hilang, nurse suruh bangun, kencing. Alhamdulillah, semua okay asalnya. tapi lepas tu, ermmmm nanti lah aku sambung cerita eh. hahaha. panjang sangat dah ni ceritanya.

Alhamdulillah, esoknya, Jumaat aku dah boleh balik rumah. Kalau kat hospital Ipoh dulu 3 hari aku duk hospital lepas bersalin, ni 2 hari je, syukurrrr, seronok dapat balik rumah. Tapi apa-apa pun antara Hosp Ipoh dan Ampang, aku rasa hospital Ipoh best lg, hehehe. Ntah lah sbb apa, but Hosp Ampang pun okay je.

Dan lagi 1 aku pelik, dorang potong perut aku kat tempat lain, bukan potong kat tempat kakak dulu, aku tanya org lain, semua potong 1 tempat je, aku ni leh pulak tempat lain. dan potong kali ni panjang sikit dr yg lama, sakit dia pun, huhuhuhu. Malas lah nak cerita. haha.

But aku bersyukur, semuanya okay, adikbaby pun okay, sihat, takde G6PD, jantung, semua okay, alhamdulillah. Oh, btw, adik lahir 3.2kg, besar sikit dr kakak dulu. Kakak 2.9kg. Okay lah, nanti sambung cerita, czer kali kedua tidaklah semudah yg aku sangka, teruk jugak aku kena, nanti sambung yeee. bai~

si kakak penjeles, nak jugak masuk bawah kelambu adik. haha.

8 comments:

CikNaa said...

rasa mcm fobia baca part rara kena seluk doc beso tu..phew! apa2 pun tahniah! dah dapat sepasang..

Normi Nieza said...

seriau baca..pengorbanan seorang ibu..

ctmah said...

aduiiii!ngilu baca cite kamu ni ra huhu!
xpelah, janji ibu n anak sihat. Lain2 tu simpan sebagai memori pahit manis yek :D

ily♥ said...

kalau sy mse anak first, dah bukak 5 cm pun x rasa sakit lg. pegi hosp sbb rase perut mengeras dari tgh mlm. pg esok pegi keje mcm biasa. mmg x rasa sakit lnsung. boleh jalan happy2 naik komuter blk keje. tp sepanjang hari tu perut mengeras every 5 mins. officemate suh pegi hosp jugak blk tu sbb die kate ade je org yg x rasa sakit tp jalan dah bukak. malam tu pegi Hosp ampang, dah bukak 4 cm rupanya. tp mmg x sakit lnsg.

anak ke-2, 3cm dah masuk LR even tak sakit pun. sbb GDM, doc takut risiko baby lemas etc.

anak ke-3, skala sakit die berganda2. Allahu. tgh mlm dah rasa contraction yg kuat tp x konsisten, esok pg cek bukaan, belum bukak pun lg. tp sepanjang hari menahan sakit. lepas maghrib pegi hosp, tak mampu dah nk ckp dgn nurse. nanges je terus sebab sakit sgt. cek dah 6cm..

semua pun berbeza je journey nak bersalin tu. yg no 4 ni, doa2 semuanya dipermudahkan Allah.

apepun, take care. baby comel sgt. subhanallah. semoga semuanya sihat & sentiasa dlm rahmat & redha Allah.

YieN said...

Tahniah lg sekali ra.. Seronok baca pengalaman bersalin org walaupon ngeri, huhu..! Takpe ra czer ke normal, dah itu yg tertulis, kite terima je.. Pahala n ganjaran sama jugaq.. Dpt seketui baby jugaq, hehe..! Doakan aku pulak ye pasni :)

Inani Hazwani said...

Ingatkan kuat semangat nak baca entry kak Rara sampai habis rupanya tak. Hahah. Aduh duh baca part yang kena seluk seluk tu, Nani pulak yang terbayang bayang sakit dia macam mana. Lepas tu terus skip baca yang dekat dekat last. Huwaa patutlah besar sangat pengorbanan ibu ni. Moga kak Rara cepat sembuh :) Comel sangat tau baby, moga membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh. Aminn :)

eima said...

tahniah rara .. alhamdulillah ... besar pahalanya tu rara lahirkan sorang lagi khalifah dan umat nabi Muhammad ....

IK Tia said...

Aduh raaaa. bergenang-genang airmata aku baca cerita ko ni. aku punya due 20.03.2017. ko doakan aku eh. anak 1st okey. gabra jugak nih. entahlah kuat ke idok. apapun, tahniah untuk baby boy ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...