13 February 2017

Alfi Dua Bulan

Alamak, dah tengah bulan 2 baru nak update pasal Alfi 2 bulan. hahaha. Tapi takpe, nk update jugak buat kenang-kenangan. Sebab masa kakak dulu, setiap bulan aku update perkembangan dia, yelah, anak sulung kan. Anak num 2 pun nak buat gitu gak, nanti senang nak track. haha.

Alfi ni senang nak kira umur dia tau, sbb dia lahir 1 Dis 2016, so every 1st day of month, Genap-genap jelah umur dia. hehe. Febuari ni dia pun 2 bulannnn. hehe. 1hb haritu Alfi cucuk dua bulan, aku tiap kali nak dengar anak kena cucuk, aku mula lah cuak, fobia wei, serius aku fobia bab cucuk, masuk darah, amik darah, mmg fobia gila.

Masa Alfi cucuk sebulan, aku pun kena checkup skali, kena amik darah segala. huaaaa. nak jadi cerita, masa dorg nak amik darah aku tu, dalam fobia-fobia tu, boleh pulak nurse tu cucuk aku sampai 3 kali, darah x keluar wei. hampeh gila. aku dah nak nangis masa tu. gila ko kena cucuk 3 kali x keluar-keluar darahnya. geram gila. Last-last sampai kena panggil nurse lain pulak dtg ambilkan darah aku. baru keluar darahnya. mmg fobia lah weiii. sobs.

#eh ni cerita pasal aku ke Alfi? hahaha. ok lah berbalik kepada Alfi. Alfi masa timbang dua bulan haritu berat dah 5.5kg, panjang pun 55cm, hahaha. mak aku kata Alfi ni pendek, haihhh! mana boleh pendek, kena tinggi ikut ibuu lah. hahaha. Alfi badan dia semangat, mmg hantap, tak larat nk dukung lama-lama. Alhamdulillah dia sihat. cuma dia ni tak tahan sejuk tau, kalau sejuk sikit kang hidung berair, pas tu dedar-dedar, mmg lain sangat dengan kakak. Kakak pulak dalam aircond pun berpeluh. hah mcm mana tu. HAHA.

Alfi skrg dah pandai nak ajak nyembang, yang aku geram, lepas menyusu, kalau dh kenyang, tau x peel dia mcm mana, dia tarik N****E kuat-kuat then lepas, geram aku. pas tu dia tengok muka aku senyum-senyum, geram gilaa!!! Dah lah kalau senyum tu, buat aku cair. haha.

Kalau menyembang, mcm orang besar, " hauuuu haaauuuu hauuuu " jelah tau nya, pas tu dah pandai gelak mengekek. Allah, baru dua bulan dik oiii. hahaha. Bulu mata pun dah panjang, tp bulu mata adik x lentik mcm kakak, adik panjang je, tp straight, mcm bulu mata kuda ( okayyy ni ikut ibuu ). haha.

masa sebulan lebih haritu, nangis dah ada air mata, kalau marah sgt, nampak air mata keluar kat tepi-tepi mata dia, alahaiii, kalau keluar air mata tu konon sedih sgt lah, marah sbb aku lambat angkat.

Rambut masih x cukur-cukur lagi, hahaha. tunggu nanti naik buai baru cukur lah, papa dia takut nak cukur kepala dia. haha. Rambut lah lah lebat. kesian adik rambut dah panjang. Sabar ye dik, nanti kita cukur.

Lagi 1 yang lainnya Alfi dgn Kakak, Alfi tak nak puting, hahaha. Alfi suka mengempeng tau dulu, aku sumbat lah puting, dia tak nak weiii, dia marah sbb dia tau aku tipu dia. kalau dia meraung, nangis-nangis, jgn lah cuba-cuba sumbat puting, mampos ko nk pujuk balik dia melalak. kalau kakak, sumbat puting, settle! ni dia mmg tak nak. Rugi ibuu rm40 beli puting awak dik. haha.

Lagi 1, adik ni nak tidur buai weiii. Kakak dulu tak payah buai, ni adik tidur buai baru lena, Bila dia lena tidur, cukup susu, baru dia diam, letak bawah tak nangis, kalau nangis tu mst ada something wrong lah tu.

Alhamdulillah so far Alfi ni senang lah nak jaga, tapi masa balik Kl haritu jenuh jugak lah aku, mmg penat wei anak dua ni weiii. huaaa. Macam mana lah aku dh kerja nanti. hope semua okay lah. Oh btw, pengasuh Alfi dah jumpa, belakang opis aku je, lega aku rasa. Semoga urusan aku di KL nanti dipermudahkan. Alah bisa tegal biasa orang kata kan, huhu.

okay sekian, nanti jumpa di perkembangan Alfi 3 bulan pulak eh. hehehe. Bai.

6 comments:

y i e n said...

Semangat betui ko dikkk.. Acik ni x pernah dpt baby bambam tau.. Geram nengok, hehe..!

Macam anak aku semua pesen rambut cinonet je, so semua pon apaknya yg cukurkan sendiri :P

Sheila Adziz said...

bambamnya alfi... suka akak tgk bby bambam.... tak pernah rasa ada bby bambam cam ni.... semoga rara n bby sihat sentiasa...

Dalila Zakaria said...

Fuyoo semangatnya alfi..

memmet lenggeng said...

seronok tengok perkembangan anak-anak membesar

IK Tia said...

anak-anak memang berbeza karakternya. hehe

Normi Nieza said...

alhamdulillah..membesar dgn sihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...