Image and video hosting by TinyPic

21 February 2017

Banglo Kahwin Dengan Pakej Lengkap Dan Murah

The Wedding Heritage - Bunglo Kahwin No 1 di Malaysia


Hai korang, Assalamualaikum. Harini kakak nak cerita pasal bunglo kahwin, pernah dengar tak? Sekarang ni orang dah tak buat dah kerja kahwin kat rumah. KENAPA? sebab renyah, habis kenduri nak mengemas pula, payah, nak nak kalau sedara mara tak ramai, siapa pulak nak bantu mengemas, betul tak? Kalau kawasan rumah kecil, satu hal jugak, susah jugak nak pasang khemah, pelamin yang grand-grand, tak gittew, hehe.

So, sekarang untuk memudahkan kita semua buat kerja kahwin, ramai lah yang dah mula tempah dewan, tempah tempat-tempat yang sesuai untuk dibuat kerja kahwin. Zaman kakak dulu 2011, paling kuat orang tempah dewan, tapi zaman sekarang ni, 2017, tak main lah dewan, orang tempah bunglo. Hah grand tak chuoollsss, Bunglo Kahwin tauuuu!

Banyak dah kakak tengok orang buat bunglo disewakan jadi tempat kerja kahwin. memang nampak grand plus memudahkan kita, tak perlu nak mengemas rumah lepas kenduri. Penat hoiii. Ni, ko cuci kaki tangan je. Balik rumah tidurrr. hehehe.


"Perbezaan kahwin di dewan dan di TWH, pengurusan TWH akan memberikan lebih masa lebih-lebih lagi selepas majlis untuk keluarga pengantin membungkus makanan dan merehatkan diri selama 2-3 jam. Jadi bagi tetamu yang terlewat masih boleh berjumpa pengantin dan seperti berada di rumah mereka sendiri." The Wedding Heritage (TWH)

Macam yang aku cerita kat atas tadi, The Wedding Heritage menawarkan pakej lengkap tau untuk korang, korang memang tak payah susah-susah nak fikir, dari khemah, katering, pelamin, busana pengantin, makeup, photographer, MUA, semua lahhhh! semua disediakan, memang cuci kaki dan tangan habis-habisan. hehehe. Senang nya lahai nak kahwin skrg, aku dulu sampai lost 5kg fikir hal kahwin. huhu.

TWH sudah menapak 2 tahun di Malaysia ini, dan sudah ada cawangan di KL, Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Johor. TWH menawarkan pakej serendah Rm12,900 untuk majlis kecil 200pax. Murah lah kannn, all included. Apa lagi mauuu~
Lagi satu, lepas aku stalk-stalk IG TWH ni, aku dapat rasakan yang buat wedding kat sini mesti seronok, sebab design-design pelamin, semua yang latest-latest, gambar dari photog pula cantik-cantik, makeup pun cantik. Apa lagi lah yang pasangan pengantin mahukan selain dari sebuah Majlis yang indah kan? Bagi aku, dah terbaik sangat dah.

Selain dari deko pelamin yang cantik dan elegant, venue banglo juga luas tau, tidak lah sempit berhimpit-himpit, nampak luas dan selesa, ada juga ruangan-ruangan tertentu yang mempunyai aircond, so tak perlu risau dengan cuaca panas sekarang ni. TWH juga menyediakan bilik pengantin untuk bersiap, surau dan apa saja keperluan kita sama seperti di rumah, selesanya seperti membuat majlis di rumah sendiri.

Okeh, meh nak tunjuk korang segala pakej yang TWH sediakan, kalau tak setuju dengan pakej yang TWH tawarkan, korang tak perlu risau, korang boleh tolak atau add on apa yang korang mahu, bukan lah memang bulat-bulat perlu ikut apa yang disediakan dalam pakej. okay? no worries, benda boleh bawak bincang. hehe.

Amacam, awesome kan semua pakej, semua included, best sangat-sangat, kerja korang? cuma bersedia je, hehehe. Yelah, bersedia mental dan fizikal lah. Lain semua TWH buatkan, mudah! Dari A-Z. Kalau tak tahu, boleh tanya, sebelum tu kalau nak usha-usha dulu, boleh stalk IG mereka. okay?! Harap entry ini dapat membantu korang yang tengah pening-pening nak cari venue untuk buat Majlis. okaysss bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. wohooo. grand gileee. nasib baik dah kahwin tauuu. ihikss

    ReplyDelete
  2. ZAMAN DAH MAKIN MUDAH..TAPI SEMUANYA DENGAN DUIT LA...SEDIAKAN DUIT JE..YG LAIN2 BIAR ORG LAIN PIKIR...KITA PIKIR KAWIN JE KAN...HAHAHAH...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com