Image and video hosting by TinyPic

12 February 2017

Belajar Buat Roti Dengan Lemariburuk MamaYatie

Eh, malam ni macam TERrajin pulak nak update blog, lama tak update tentang hal personal kan. Asyik review produk je, bosan jugak kan! huhu. Meh borak tentang aktiviti aku harini. Harini aku attend kelas roti. Lama dah sebenarnya aku nak belajar buat roti, sebabnya, aku mmg jenis suka makan roti.

Roti skrg kalau beli kat luar mahal wei, roti sosej tu, sosejnya udah dibelah 3, nipis bebenorrrr ( orang perak kata ). Sosnya pulak macam nak taknak je letak. Dulu ada jugak mix vege, skrg dah takde. Harga Rm3.50. Kalau Roti Sugar Cheese Stix tu, Rm3.50, panjang nipis melayang je. Disebabkan lapar, beli jugak lah. Takkan nak berkira kan. Laki aku pulak suka makan roti chicken floss tu, minat sangat dia. So, dari beli, moh lah kita belajar, bukan nak meniaga pun, nak tau cara buat dan tips tips je, kalau ada lebih masa, boleh lah buat jual. huhu. #itupunkalausempat. hahaha. #makanakdua #sibukmenyusukananak. hehehe.

Macam mana boleh belajar buat roti dengan mama yatie? Asalnya, aku beli nona manis dengan mama yatie ni, ( Yani suggest ), last-last stalk punya stalk, mama yatie ni buat kelas rupanya, apa lagi, dah alang-alang cuti masih berbaki ni, marilah kita manfaat kan, asek duduk melepak kat rumah takde buat apa kan, baik gali ilmu.

Yang terharunya, klas roti mama Yatie patutnya untuk bulan ni dah habis, bulan Mac baru ada, tp disebabkan bulan Mac aku dah nak balik KL, mama Yatie buatkan jugak klas untuk aku, alahaiii, sangat terharuuuuuu~ TQsm mama Yatie! Mama Yatie baik sangat, friendly, mcm dah kenal lama je kami, dia asal orang Kelantan, tapi dah lama duduk Perak, dah cakap macam orang Perak, tak mcm orang Kelantan pun. Hahaha.

Ok meh cerita pasal kelas roti, kelas mula jam 9.30am, sampai siap, selalu habis 6.30, tapi sbb klas kami hanya 4 org, so habis awal sikit lah, awal x awal, kul 5 jugak habis tadi. hoiii dr pg sampai petang buat roti, bygkan lahhh. haha.

Kami belajar 6 jenis roti, tapi 1 jenis roti mama yatie bagi FREE, actually bukan 1, tapi 2, hahaha. best kan, mmg tak kedekut ilmu lah mama Yatie ni.

banyak kan.
paling muda budak umur 16tahun belajar buat roti, bestnyaaa lahai.
Mula-mula teruja gila aku nak buat roti, tapi bila tang kena uli tu, halamak, lenguh tangan weiii, tangan pun nak uli tu kena betul, bukan boleh saje-saje main taram je. Mula-mula slow je masing-masing, sampai kembang doh, tapi dah masuk adunan kedua, masing-masing dah expert, laju je. Tapi lenguh lah, boleh SADO lengan mak. haha.

Roti pertama kami buat roti sarang lebah, fav aku! dgn sos butterscotch, sedap gilaaaa!!! hadehhh! 1 bekas ni mmg aku makan sorang lah jawapan dia. lembut sangat roti dia. then buat cheese stick, buat dandan guna doh, cikgu puji dandan aku cantik dari dia, kahhhh, malu ittew~ Aku kan dah biasa buat dandan kat rambut princess, tu expert je. haha. then buat roti sosej, mini piza, chicken floss dan roti kacang merah.

Nak buat roti ni tak lah susah sebenarnya, tapi tempoh masa nak buat tu lama, nak uli, nak rehatkan doh bg naik ( kembang ), then nak hias, pas tu baru bakar, renyah kan, mmg amik masa yg lama. Kalau brownies, adun-adun, masuk oven, siap! senang gila.

Tapi walaupun lama, lepas dapat makan roti yg panas-panas keluar oven tu, mmg puas hati lah, aku suka gila bau roti, harummm je baunya.

gebu gebasss!
cheese stick dandan aku, antek ke tidokkkk.
hasil 4 student, teka mana aku punya. haha
acah-acah roti sosej mcm kat kedai. hehehe.
roti wholemeal.
muka penat dah petang. hahahaha.
then, extra recipe cikgu ajar buat roti banggali dan roti wholemeal, senang jugak rupanya, boleh lah buat roti ala-ala subway pas ni. huhuhu. Habis class, semua roti kami boleh bawa balik, patutlah cikgu pesan, bawa bekas besar, bawa bekas besar, rupanya mmg banyak roti nak bawa balik! aku beli je bekas plastik ni kat kedai bakery, senang! hahaha.

Anyway, mmg fun gila klas roti harini, next nak masuk klas Nona Manis pulak. huhu. Sebelum balik KL, moh belajar habis-habis, balik KL boleh jual. hahaha.

nampak mcm sikit, tp bawah tu berlapis lapis tau, then ada sebekas besar lagi bawak balik. hahaha.
Korang kalau nak pergi kelas roti, boleh roger mama Yatie ni, boleh wasap je, rumah dia depan bukit mcm ni tau, nice gila! teruja aku pagi tadi. hehehe.

Harga kelas roti mama Yatie RM110 je.
017-588 4770

Whatsapp okay, mana tau korang nak belajar jugak, kalau tak nak jual, buat makan sendiri je, tak yah beli. hehehehe. okbai! tu je nak cite. hehehe. #nonpaidreview ni. hahahaha luls.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. sedapnya nampak..mak akk pandai bt roti tpxmenurun plaj ke anaknya..kena minat jugakla kan sis...neway...teringin nk jmpa bb tau..bila.blk KL

    ReplyDelete
  2. huwaaa..kagum nyer dgn org pandai buat roti niii! tapi memang ye roti katl uar sana skrg semua berjnies tak ikhlas nak jual..dah la mahal rase ntah hape hape :(

    ReplyDelete
  3. hi ticer pun nak komen .... best2 dpt blajor ,dpt bawk balik hasil tangkapan byk kan

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com