08 February 2017

Peminat Bonsai Perlu Tonton Video Hebat Ini

Bonsai Master Art Performance


Korang percaya tak yang aku ni peminat Bonsai? mesti tak percaya kan? aku ni nampak je mcm ni, ganas kan, tapi aku suka benda-benda yang berseni mcm Bonsai ni, Bonsai ni sangat unik bagi aku sebab dia takde satu bentuk yang specific, bentuk pokok dia berlainan dan lain dari yang lain.

Mak aku juga peminat Bonsai, kami kalau pergi kedai bunga, Asyik lah duk telek-telek bonsai lama-lama, sebab kagum gila tengok pokok Bonsai tu. hehe. Pokok Bonsai ni berasal dari Jepun ( Penzai ). Pameran Bonsai yang pertama adalah di Tokyo pada tahun 1914, pameran itu bertujuan untuk memperkenalkan seni bonsai kepada masyarakat.

Bercerita pasal Bonsai, harini aku nak kenalkan korang semua dengan Bonsai Master iaitu Masashi Hirao. Apa yang hebat sangat dengan Bonsai Master ni, jom baca entry sampai habis ya!

What is Boisai?
Bonsai is the traditional Japanese art of creating and contemplating* miniature natural landscapes in pots using trees and other plants. Practitioners shape their landscapes by pruning branches, bending them, and fixing them with wires. They may also arrange stones and grow moss to suit their tastes. Works created by bonsai masters are artistic marvels and sold for huge sums totaling hundreds of thousands or even millions of yen.

Bonsai Master. Masashi Hirao lahir pada 15 Febuari 1981 dan kini berusia 36 tahun mula berminat dengan Bonsai ketika beliau berada di Kyoto Sangyo University melawat hasil kerja Misuzu Shigemori di Tofukuji. Beliau betul-betul impressed dengan kecantikan Bonsai dan terus berazam untuk menjadi apprentice Kato Manseien dan akan memperkenalkan tentang kehebatan Japanese Bonsai bukan sahaja di Jepun, malah di seluruh Negara.

Persembahan, demonstrasi, workshop dan kesungguhan Masashi dalam memperkenalkan Bonsai yang melambangkan kebudayaan Jepun, telah memberi tuah kepadanya apabila beliau dilantik menjadi Japan Cultural Envoy oleh Agency for Cultural Affairs pada 2013. Beliau hanya mengambil masa 4 bulan untuk menggembara ke 11 buah negara. Hebat kan!

2013 September - World Bonsai Competition in China
2013 May - Bonsai Asia Competition in Philippines
2013 May - Appointed to the Japanese cultural envoy for 2013
2012 - Demonstration as the head of Oomiya Bonsai in France
           Demonstration as the head of Oomiya Bonsai in Holland
           Participated in Japan festival in Philippines
2011 - Participated in Japan festival in Italy
2010 - Bonsai demonstration in Argentina
2009 - Acted as a Bonsai technical supervisor in Spain
2008 - Completed a training and took up a post as a manager at Manseien
2003 - Became Saburo Kato's pupil Graduated from Kyoto Sangyo University, majored in economics.

Kalau korang nak tahu, tahun lepas, Masashi ada datang ke Malaysia untuk menunjukkan bakat beliau dalam menghias Bonsai. Uniknya cara Masashi menghias bonsai nak tau tak kenapa? Masashi menjadikan kehebatan beliau menghias bonsai sebagai HIBURAN. ermmm hiburan macam mana pulak kan? mesti pelik. kalau nak tau, tengok video ini sama-sama.

Amacam, dah tengok videonya? hebat kan. menghias pokok bonsai dengan iringan muzik dari band dan DJ, memang tak membosankan lahhhh! malah menjadikan persembahan ini sangat menarik. Bila lah aku pulak berpeluang untuk melihat persembahan Master Masashi ni kan. huhu.

Beberapa individu ternama seperti Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Abe Akie , isteri kepada Perdana Menteri Abe Shinzo turut berkenan untuk mendalami ilmu Bonsai dari Masashi. Ini jelaslah terbukti bahawa Masashi merupakan salah seorang artis Bonsai yang berjaya menarik perhatian dunia mengenai keunikan Bonsai

Bagi korang yang tak sempat nak menonton video Master Masashi di You Tube, korang boleh tonton rancangan Master Masashi di RTM1 pada bulan Febuari ini.

RTM 1 : Bonsai dan Dunia

11 Feb : 2pm
18 Feb : 2pm
24 Feb : ( time will be annouce later )
25 Feb : 2pm

Jangan lupa menonton okayyy!!! Rugi kalau tak tengok.

Master Misashi Hirao You Tube Channel 
( https://www.youtube.com/channel/UCjfzm8X6_M0PYWn6cIcfKfw )

Thanks for reading u allsssss!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...