08 February 2017

Review Smart Phone GT-Mobile GT-888

Hai korang, tengah mencari-cari smart phone ke? dah survey dah nak beli phone apa? meh aku nak ceritakan tentang GT mobile ni. mana tau masuk dalam senarai phone pilihan korang kan. Aku cerita secara ringkas lah eh pasal GT mobile ni, ( sementara anak tengah tidur ) hahaha.

kalau korang nak tahu, GT-mobile smart phone ni adalah jenama keluaran Singapura. Smart phone GT-888 adalah salah satu produk keluaran GT group. Banyak lagi produk lain yang dikeluarkan GT group ni, tapi harini kita cerita pasal GT mobile jelah eh. hehe.

GT mobile ni ada 2 warna, iaitu Kelabu dan Putih. Aku punya warna kelabu. hehehe. Tapi sebenarnya putih cantik lagi. hahaha. See, dah dapat baru nak menyesal kan, korang sila pilih warna idaman kalbu betul-betul ye.

GT mobile ni adalah sangat ringan dan nipis, skali pandang dah macam Ip7, hahaha. macam jeeee. Screen dia besar hokkay, bila on je phone ni, rasa terbuntang biji mata. Aku mmg minat screen phone yang besar-besar, puas nak layan instagram and tengok cerita Korea. hahaha.

Okay, meh nak cerita pasal spesifikasi pula :

Model: GT888
Screen: 5.5 Inch
RAM: 2GB / 1GB (Kak fink punya 2GB)
ROM: 16GB
Charger: Quick Charging
Weight: 160g
Operating System: Android 5.1 Lollipop
Camera: Front 5MP & Rear 8MP
Color: Grey / White

Dalam satu kotak GT mobile ni, korang akan dapat complete set iaitu smartphone model GT-888, bateri, phone charger + cabel, earphone, screen protector, silicon phone casing dan buku manual. Senang kan, semua dalam 1 kotak, tak payah nak sibuk-sibuk nak pergi cari casing lah, screen protector lah. Semua siap!

Apa yang aku suka dengan GT mobile ni? okeh meh nak cerita, ada beberapa part yang aku suka tentang phone ni. aku suka phone ni sebab battery dia tahan lama, dan kalau battery habis pun, korang mst tak percaya, dia ambil masa yang sangat singkat utk charge batteri penuh semula. Memang tu lah yang paling best! sekejap gila bateri lah full charge. Jimat elektrik hoiii. hahaha.

Lagi 1 yang aku suka, GT mobile ni ada Radio tau! haha. lama dah tak jumpa phone yang ada radio kan, hah GT mobile ni ada. hahaha. Senang mak nak dengar radio di mana saja, kalau agak-agak lagu tu sedap. Boleh pulak record lagu tu. mmg best! hahaha. Mohon tengok video cara-cara record lagu kat IG aku tau!

okay, pas tu nak cerita tentang camera dia, camera belakang GT mobile ni just 8mp dan camera depan hanya 5mp. So nak kata cantik dan sharp sangat gambar tu tidak lah, but okay lah kalau cukup lighting nya. Oh ya, camera depan dia ada flash tau! hiks. Ohsem kan! agak-agak nak selfie, tapi gelap, on je flash.
aku rasa itu jelah quick update dr aku tentang GT Mobile ni, untuk maklumat lanjut, korang boleh cari di http://www.gtmobile.sg okayyy!!!

Harga GT Mobile ( GT-888 )
RM 1580.00
Kalau berminat nak beli, boleh klik SINI okay.

Sekian, TQ for reading korangggg!!! muah ciked 

5 comments:

Cik Tie said...

Wahhh..kena buat kira² dah ni

Sue Izza said...

suka gak sebab ringan dan support sim card 4g heeheee

Jueliza Jamani said...

fon ni dah penganti tab yg hilang tu.. duk layan lagu kat youtube

achiek anis said...

bestnya oi dapat HP baru.....

Mohd Firdaus said...

Harga je tak kena dengan phone erm 😂 huawei y6 spesifikasi lebih kurang je, tpi screen 5 inch, RM6++, hurm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...