Image and video hosting by TinyPic

31 March 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Hai korang! kasik chance kakak nak join contest Lazada ni pulak yeee, hehehe. Mana lah tahu nanti kakak menang! fuhhh kiri fuhhh kanan, mohon menang! hahaha. Nak bagitahu korang, Lazada Big Baby Fair berlangsung dari 27 MAC hingga 2 APRIL 2017 okay! ( Special discount sampai 85% ) gila kauuuuu!


ok meh nak jawap soalan contest jap :

a. What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?
- Anak-anak aku mmg pakai mamy poko, dari dulu memang pakai mamy poko sebab aku rasa mami poko is the best diapers ever!

Aku dh borong siap-siap masa 1st day Lazada Big Baby Fair haritu. haha.

b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?

- Kalau baby formula, aku choose Dutch Lady punya formula milk, sebab bg aku semua pun baby sesuai dgn formula ni.

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children).

- DIY Kinetic Space Sand With Colors (2kg) Theme Wooden Toy Building Blocks Puzzle.


Dah lama nak belikan Kinetik sand ni untuk kakak Sophea, tapi tak beli-beli lagi. huhu.

So korang jangan lupa! sila terjah Lazada Big Baby Fair okayyyy!!! Semoga berjaya buat diri sendiri, yeay! hehehe.

LAZADA MENGGILA LAGI dengan BIG BABY FAIR

Lazada Big Baby Fair


Hai korang! harini nak borak pasal Lazada, dulu aku tak terjebak sangat dengan lazada ni tau, tapi lama kelamaan, aku jadi semakin percaya dengan Lazada dan rasa best pulak dengan lak dengan lazada ni sebab cakap je, apa yang takde jual di Lazada? mak bapak je tak jual, lain semua ada. HAHAHA.

Banyak benda aku dah beli dengan lazada ni, so far Alhamdulillah tiada masalah, aku semakin percayakan lazada, semua barang sampai in a good condition, i love u mucho mucho lazada! muahhh. hehe. Tapi yang aku bengang ni, lazada suka buat sale, haritu birthday sale, kali ni Big Baby Fair pulak! hadoiiii! menyampah! dah lah murah, Free Shipping! hoiiii! melampau. Transaction bank aku hanya untuk lazada je. HUHU.

Dengan peningkatan kos sara hidup, kita sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Lazada ingin berkongsi keceriaan bersama ibu-bapa atau bakal ibu bapa sempena kempen Big Baby Fairyang akan berlangsung dari 29 March hingga 2 April ini. Korang boleh menikmati tawaran terbaik dan harga bagi pelbagai jenis produk bayi!

Korang berpeluang menikmati diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi.

Antara jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi.

Tanpa perlu keluar dari rumah, korang boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di Lazada Malaysia. Ini termasuklah menawarkan kepada para pelanggan dengan cara pembayaran yang pelbagai.

Bukan sahaja menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama di atas tetapi korang juga boleh mendapatkan penghantaran percuma apabila korang membeli produk terpilih!

Lepas dah membeli-belah, boleh pula berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia.

Huggies juga menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik kan?


Lazada Big Baby Fair Blogger Contest


Blogger-blogger Malaysia juga berpeluang untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazada Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017.

Sila ke http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk maklumat lanjut.

Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membeli-belah! Layari “Lazada Big Baby Fair” sekarang.

Aku awal-awal dah rembat Mamy Poko ni, 3 pack for Rm119.90, murah lah weiii, free shipping pulak tu! takyah susah-susah nak keluar tenaga g shopping. hehe. Subtotal tu jangan tengok lah, sebab ada beli benda lain juga, hahaha. So cepat korang! sampai 2 April 2017 tau! ok bai! Jangan cakap kakak tak payung!

28 March 2017

Dating Coffee Coffee Dengan Chenta Hati

Rasanya sepanjang aku balik KL ni, belum pernah lagi kami keluar berdua suami isteri, pegang-pegang tangan, borak-borak, share cerita itu ini and shopping. Start je aku kerja, aku mmg busy gila dgn anak-anak, suami aku busy dgn cafe, dengan kerja dia, dengan kakak Sophea. Kami masing-masing ada task kami. Sampai nak borak pun tak sempat. Sempat borak dalam whatsapps je. Kadang-kadang ckp dalam WA, jom pegi bercuti nak, penat lah. gituuu. hahaha.

Sabtu ni kami nak pegi Janda Baik, pestime aku nak pergi sana ni, excited. Again setiap awal tahun kan mesti ada Gojes punya family day, laki aku kemahen suka lah, hehe. Dia mmg suka join gojes, #lakimakperamah haha. Sesambil family day, ada lah masa untuk kami luangkan 1 family.

Untuk family day kali ni, aku satu hadiah tak cari lagi, org lain semua dah siap dah balut hadiah, aku tak cari lagi, hadiah tukar-tukar, hadiah games, kami xde orang sponsor pongggg! semua keluar duit sendiri. kihkih. So, semalam aku ajak papa teman g cari hadiah. hadiah pun bernilai Rm15 keatas je, x mahal. hehe. Papa pun cuti kan Isnin, so ON lah! leh dating, yeay!

Kami merayap ke Sunway Putra Mall, sebab kat sana semua ada, best gila! tak payah susah-susah dah. Kaison, DIY, Daiso, semua ada.

Tapi sebelum jalan, kena lunch dulu, lapar weiii. aku bukan boleh makan lambat-lambat, masuk angin kang. luls. Punya lah pusing-pusing dalam tu, tapi x tau nak makan apa, last-last pegi makan burger, aku dah lama teringin nak makan burger sedap, so pegi lah makan kat Dc superhero cafe ni, huhu.

Dulu masa kenal laki aku, dia kata muka dia mirip muka superman, hahahaha. kemahen, eh mmg ada mcm superman pun sikit-sikit, luls! tu sbb aku terpikat! hahaha. Laki aku pun boleh tahan gak minat dia dgn superman ni.

Laki aku mkn big breakfast, aku mkn burger + cheese. Caramel Diana + Latte.

Lepas makan-makan, kenyang, pas tu pegi shopping, recommended jugak lah makan kat sini, sebab patty dia tebal dan sedap, ada cheese dlm dia, sedapppp kenyangggg. berbaloi ah rm26 set ni. Big breakfast mcm biasa je lah. Kalau nk bawak anak-anak mkn sini bagus gak korang! sbb dia serve makanan dia dlm bekas besar mcm ni, awesome je rasa. hahaha. padahal #jakun

Pusing-pusing jalan-jalan kejap je dh kul 3pm, then masing-masing pulang, sambung buat tugasan masing-masing as mak bapak. Nanti lah kita g dating lagi k sayang, love u! thanks banjer makan! luls.

ESA GOLDEN JOJOBA, Face Oil Terbaik Untuk Wajah Yang Tidak Menyebabkan Muka Berminyak

HENTIKAN MITOS : GUNA FACE OIL MUKA AKAN NAIK JERAWAT


NO BABE! U WON’T GET MORE PIMPLES IF YOU USE OILS! - Founder Purebysafiyyahosman, SafiyyahOsman

Zaman skrg, semua orang percaya yang skincare berasakan OIL tak bagus, dan menyebabkan muka yang berminyak akan bertambah berminyak. Disebabkan produk korea sekarang semuanya berasaskan air, ( water base ) maka semua produk yang water base tu bagus, dan produk yang oil base ni tak bagus. Ok, mari hentikan mitos ini, tahu tak yang ada face oil yang boleh merawat kulit?

Harini nak cerita tentang Esa Golden Jojoba Face Oil. Produk ni dari Pure by Safiyyah Osman. Macam yang korang tau, produk Pure by SO ni sume natural, tiada bahan kimia, 100% free from chemical, dan dah ramai yg bertukar ke produk natural skrg ni, dan dorg punya face yang problem dah bertambah pulih.


KENAPA FOUNDER PUREBYSAFIYYAHOSMAN PILIH GOLDEN JOJOBA OIL Sebagai FACE OIL?


Golden Jojoba Oil ni tersangat bagus untuk kulit yang sensitif kering atau sensitif berjerawat dan minyak paling dekat dengan minyak yang terhasil dari kulit muka manusia, so that why Golden Jojoba Oil dipilih dr minyak-minyak lain.

Golden Jojoba Oil ini juga mempunyai 10000000 kegunaan dan kebaikkan. Korang boleh guna pada kuku, pada rambut. And then boleh juga buat makeup base! Bila makeup korang " pecah minyak " lagi best!!! Ramai dah yang berpuas hati.

dan yang paling best, ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL ni tekstur dia sangat sangat ringan dan mudah serap. Memang tak terasa minyak langsung bila apply.


Minyak yang mengawal pengeluaran MINYAK JAHAT


Semua jenis kulit sesuai dengan Golden Jojoba Face Oil ni, jangan risau, lelaki atau wanita, kulit biasa atau sensitif ATAU TERLALU SENSITIF, semua boleh guna! If korang ada masalah jerawat aktif dan bernanah juga sesuai guna Jojoba oil ni, sebab Jojoba oil ni adalah minyak yang paling dekat seperti minyak yang dihasilkan oleh sebum kita, so minyak-minyak JAHAT yang keluar berlebihan pun dah takde, sebab Golden Jojoba Face Oilni dah control semua kilang pengeluaran minyak di wajah korang! faham ke tidok ni?

Siapa ada masalah makeup bercapuk atau makeup sekejap dah hilang? okay sama juga, boleh gunakan Golden Jojoba Face Oil ni sebagai base, insyaAllah akan tahan lama makeup dan tiada lagi makeup bercapuk-capuk. Sebelum apply foundation, apply dulu Golden Jojoba Face Oilni.

Okay, lagi 1, kalau korang ada masalah parut jerawat, jika korang konsisten guna setiap hari 1 titis pagi dan malam, lama-lama all the parutsss boleh hilang tau! tapi syaratnya, jangan malas lah, kalau malas apa pun takdakk!


Masalah jeragat!


Okays, korang tau tak, aku ni, sikit-sikit mcm nampak jeragat wei nak tumbuh kat muka, tumbuh pon voleyyy lah! serius, aku dah cuak wei, untuk elakkan jeragat ni, boleh juga guna Esa Golden Jojoba Oil ni wei! Untuk mak-mak korang yg muka dah mula kering, tak bermaya kan, belikan jugak Esa Golden Jojoba Oil ni, insyaAllah kulit muka tak mudah luka dan tak sensitif.

If muka dah mula ada garis atau kedutan kecil ( sama mcm aku ) hahaha. boleh jugak guna Esa Golden Jojoba Oil, haih! dah nak masuk 30an ni, semua masalah. haha. aku naik meluat tau nampak garis-garis halus tu, sakit mata nengoknya! moh lah cegah sebelum teruk! Bila wajah sentiasa lembab dengan minyak baik ni, so kulit akan sentiasa lembut, lembab dan nampak glowning lah secara automatiknya. besh kannnn! haih! tergoda x?

Kalau tergoda, beli lah! apa tunggu lagi, bukan mahal ponnnnn! nak tengok testimoni tak? jom tengok kat bawah!


Ok ok lagi 1, lupa nak cerita, if korang jenis wajah yang ada eczema atau psoriasis, korang WAJIB okay guna Esa Golden Jojoba Oil ni! sebabnya Psoriasis korg akan slow-slow hilang bila kawasan yang bermasalah tu sentiasa lembab dan sentiasa diselaputi minyak baik. Minyak baik tu apa? minyak jojoba ni lah. hehe. Minyak yang kandungan dia semua baik-baik.

Cara menggunakan Esa Golden Jojoba Face Oil :

Hanya titis 1titis di tapak tangan, warmkan dan ratakan ke seluruh wajah. Pakai setiap pagi dan malam sebelum tidur.

So, siapa ada masalah-masalah seperti yang aku cerita kan kat atas, mohon lah beli, produk bumiputra yang sangat bagus dengan harga yang sangat berpatutan.

ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL 
RM36 / 50ml

Follow : 

FB - @purebysafiyyahosman
Whatsapp - +60194163319

stokist dan agent @stokist.purebysafiyyahosman Malaysia dan Singapura

27 March 2017

Bonding Time With kakak Sophea

Minggu lepas cuti sekolah, tp school kakak Isnin sampai Rabu tu ada program membaca, so Khamis dgn Jumaat kakak cuti, Khamis papa jaga kakak, Jumaat ibuu pulak kena jaga, sbb papa nak solat jumaat lagi, nanti kakak nak tinggal mana kan. kebetulan kat opis lengang jumaat lepas, ramai cuti, so aku bawak lah dia ke opis.

sebelum tu aku dh siap-siap kemas bawah meja untuk dia tidur nanti, huhu. tapi dah sampai opis ibuu, takde nya nak tidur, main je kerjanya. Dia suka sangat kalau dtg opis aku, ntah apa syok sgt pun tak tahu, tp mmg dia suka. hahaha. budak-budak kan. itu pun syok, hahaha.

tu, tgk tu tido bawah meja, masa aku ckp, " kakak, nanti kakak tido bawah meja k, ibu dh sediakan tempat tidur," seronok gila dia. hahahaha. lawak betul. pas tu aku buat kerja, dia main-main lah, menggunting lah, mengaler lah, mcm-mcm lagi. Sampai kul 12, jom keluar! jumaat kan, rehat panjang.

Kami g jalan kat KL gateway mall belakang ni, baru bukak. Asalnya nk lepak dgn kak diya and ida, tapi ermmm biasalah, rezeki xdok nak jumpa #bloggerbusysepanjang zaman, hahaha. Best jugak lepak-lepak jalan-jalan dgn kakak. sbb kakak dah besar kan, pampers xyah pakai, dah boleh jalan sendiri, best lahhhh! hehehe.

Tak banyak akai pun kakak ni, buat lawak lagi ada lah, masuk cotton on, habis semua baju nak test. dia kata " ibuu baju ni kakak muat " hahaha. muat sgt lah tu!

Lepas tu masuk H&M paw ibuu rantai ni, asalnya nak rantai rainbow and cloud, dia couple punya rantai, best-friend, tapi mahal sampai rm25. hahaha. so tak boleh, amik yg murah je. bukan kedekut, kena faham, budak2 ni pakai kejap je, pas tu ntah dimana campak nya, haha. so beli rantai deer, rm8 je. luls. ibuu ambil langkah selamat, nanti kakak dh besar, boleh beli yg mahal tu, okay!

lepas tu, perut dia dh lapar agaknya, mintak makan, nak makan KFC, so pegi lah mkn kfc, jumpa kak yana sbb nak amik pampers, diana nak amik EO, ayu nak amik hadiah lucky draw utk family day, huhu. Busy mak nak, sibuk amik hadiah kat org, hadiah sendiri x beli lg. adududu.

sebelum g mkn kepsi, jumpa booth jual hokkaido cheese tart ni, try lah beli, perisa durian dgn choc, mahal gak wei, rm5 seketul. hohoiii! tp yg durian tu mmg muak lah, betul lah dorg kata. aku mkn separuh je, pastu crust dia tebal sgt, x gemor lah kakak. last lah beli tu. hehehe.

Seronok sangat keluar dgn kakak, lepas ni kita tinggal adik dengan papa, kita keluar berdua lagi ye kakak! ibuu love u!

24 March 2017

Pengorbanan Seorang Anak Sulung

Ayat kakak malam kelmarin mmg buat aku sedih. Aku ada share ayat tu di FB aku. Biasa aku dengan anak-anak akan tidur dulu, sebab papa dia balik dr cafe mmg lambat, 1am 2am, kalau weekend mmg lg lambat. So kami anak beranak tidur awal. Sejak kakak sekolah. Aku latih kakak tidur awal, alhamdulillah kakak ok. So 9.30pm kami dah leboh ( tidur ) dah anak beranak. Tapi sebelum tidur, kena pasang movie. Habis movie tidur lah, kdg kdg movie x sempat habis, kami dah lena. Aku suruh kwn office downlod mcm mcm movie. Hahaha. Tapi bertabahlah tengok 1 cerita ulang ulang. Hahaha.

Biasa 1 katil mmg kami tidur bertiga, papa dah mula tidur atas toto. Kesian papa,sabar eh papa, nanti kita beli katil besar. Huhu. So bila tidur bertiga, aku akan tidur hujung, risau anak-anak tergolek jatuh. Kdg-kdg aku tidur tengah, kdg-kdg adik kt tengah. Tapi ada 1 malam ni, kakak ckp " ibuu, ibuu tidurlah tengah, adik tidur tepi, kakak nak peluk ibuu ". Masa tu. Berderau darah aku, trus aku rasa nak nangis. Nangis sedih. Sebab kakak dah besar, dah tahu cakap dan luahkan apa yang dia nak.


Lepas tu, keesokkan harinya, FB share memory 4 tahun lepas, video kakak masa baby, video tu aku ambil masa kat bilik, kakak main sorg-sorg dalam gelap. Terus aku sebak, terus aku rasa nak nangis, ntah kenapa sedih sgt aku rasa. Kakak masa baby, sebijik mcm adik, terubat sikit rindu ( nak cium kakak masa baby ) bila tengok muka adik.

Kakak mmg manja dengan aku, walau kena marah, dia tetap nak dekat aku, bygkan, life kami hanya berdua, dr dia baby, papa jauh masa tu. Kakak dulu, sampai mandi pon dengan aku, hahaha. ( mandi sekali ), tu sbb manjanya bukan main. Pernah dengar tak org tua-tua kata, kalau nak bg anak rapat dengan kita, bg anak mandi sekali dengan kita, masa mandi, dakap anak. insyaAllah anak akan rapat dengan kita. Tapi si kakak ni, bukat rapat lagi dah, aku sampai tak tau nak describe macam mana dia punya melekat dengan aku. HAHA.

Tapi kakak, sejak ada adik, memang aku nampak dia mcm jadi attention seeker, mcm minta kita manjakan dia. Iyer aku manjakan dia, still same, but myb sbb ada adik, dia rasa aku selalu lebihkan adik dari dia. Aku nampak dari mata dia, dia macam rindukan aku. Pernah dulu masa aku dalam pantang, dia cakap kat aku " ibuu, ibuu cepatlah sihat, cepatlah pakai seluar, jgn pakai kain, boleh kita pergi jalan ". Huhu. Bagi dia, bila aku pakai kain, means aku sakit. Aku tak sihat. Dia maybe x reti nak describe erti rindu, tp dr cara dia cakap. Aku tahu dia rindu aku.

Kakak mmg manja sgt dgn aku, walaupun aku garang. Selalu marah dia. Tp tetap manja dengan aku. Mcm semalam, aku sedih sgt, aku susukan adik. Last-last aku tengok dia tertidur sendiri, sambil menyelit belakang aku, sedih gila rasa korang. Aku xtau nak describe. Tp dia mcm, " ibuu x peluk aku pon takpelah, jnji aku dpt menyelit, gituuu " hah.

Masa aku share status haritu, kwn-kwn aku pun komen pasal situasi yg aku alami tu, rupanya dorang pun sama mcm aku, SAMA! mana-mana mak anak dua, mmg akan alami benda yg sama mcm aku, aku sampai nangis baca komen dorg sume. seyes. tersentuh, itu lah pengorbanan anak sulung kan, apa-apa pun mereka kena juga beralah, kasi chance kat adik.



HAHAHAHA. ada yg sedih, ada yg kelakar komen korang ni. 
Sedih kan baca pengalaman masing-masing. huhu. Aku juga anak sulung, anak sulung ni mmg banyak berkorban kan. berkorban demi adik-adik, sabar ye kakak. ibuu tetap syg kakak, ibuu sayang anak-anak ibuu. Ibuu tak pernah membeza kasih-sayang. huhu. harini aku bawak kakak pergi office, sbb tak de sapa nak jaga kakak harini, papa busy + harini Jumaat kan, nak solat jumaat lg, siapa nak jaga kakak. so aku bawak g office, suka sangat lah dia, then jap lg nak bawak g jalan kat KL gateway yg baru bukak ni, dpt lah bonding time jap dgn dia. huhu.

adik Alfi, nanti adik dah besar, adik kena sayang and hormat kakak tau, sayang kakak mcm mana kakak syg adik, semoga keluarga kita kekal bahagia sampai syurga. Amin.

Salam Jumaat korang! hujan lebat kan dr pagi tadi. semoga segala urusan kita dipermudahkan.

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com